Posts

A Moment

A moment can be captured But could never be stopped Hardship won't last Joy won't stay They might come one after another Or they might come together A passed moment would never return A future moment could never be confirmed Sometimes we look back and feel sad Then we look forward and feel worry Moments given to us have been taken They used to be called NOW Moments coming to us will be given They are called LATER What we don't do NOW We will regret LATER Appreciate this moment Stop complaining every single things And start doing goods Because... A moment can be captured But could never be stopped - Zoul U Knows, 19th Oct 2019, 8.54am -

Nasihat Adik beradik

Adik beradik, bergaduh macam mana manapun suatu saat akan rasa rindu dan terkenang-kenang. Air dicincang memang takkan putus kata pepatah Melayu. Tepat sungguh. Manakan tidak, kita membesar bersama, keluar dari rahim yang sama, darah daging dari mak ayah yang sama, hidup bersama. Bila dah dewasa, boleh jadi makin renggang jarak, dan masing-masing dihadapkan dengan ujian-ujian yang pelbagai, mengambil pilihan hidup yang berbeza-beza. Boleh jadi juga berlaku salah faham bila masing-masing dah berkerjaya, berumahtangga, beranak pinak. Rasa tak selesa mungkin muncul bila adik-beradik bagi nasihat soal kehidupan peribadi kita, soal keluarga kita, kita rasa over protective. Rasa tak nak adik beradik ambil tahu hal diri, keluarga dan anak-anak... tak boleh nak masuk campur. Tetapi kalau kita letakkan kasih sayang itu sebagai pertimbangan asas, kita akan sedar yang hakikatnya adik-beradik ni nak yang baik-baik untuk kita. Tindakan dan kata-kata nasihat tu adalah demi kebaikan kita. N...

Manusia Sengal

Kebencian menjadi kegilaan, Gila dan dahaga darah insan, Nyawa murah di rumah Ibadah, Bebas, bangga, musnah kemanusiaan, Fahaman sesat, jiwa pengganas. Pelampau tak kenal agama, Tumpah darah dan air mata, Mencemar tamadun manusia, Menyemai seribu dusta, Melampias dendam durjana. Betapa akal terasuk, Jiwa terbawa ingin yang busuk, Menghambur peluru kotor, Bersama bebal yang menebal, Dan mentaliti yang sengal. Barangkali ia merasa murni, Mengalirkan darah suci, Membersih muka bumi, Tak tersisa hamba Ilahi, Kecuali insan penuh berahi. Sampai bila kau dapat melata, Dengan segala yang bakal sirna, Hanyut dalam mimpi dunia, Merasa benar membuat angkara, Memusnah yang Tuhan Anugerah. Suatu saat mulutmu terkunci, Tanganmu berbicara lantang, Akan segala nyawa yang melayang, Kakimu menjadi saksi, Akan segala langkah yang memusnah, Barulah engkau sedar apa itu benar. Kebenaran takkan pernah tenggelam, Betapa manusia cuba memadam, Kebatilan takkan pernah mena...

Pelajaran daripada pernikahan 13 – Membina kedekatan hati.

Kadang-kadang suami isteri berhadapan dengan situasi sukar untuk memahami pasangan, terutama apabila berhadapan dengan sesebuah konflik. Ungkapan daripada pasangan terasa seolah-olah seperti suatu simpulan kemas yang tak mampu untuk dirungkai. Atau sebaliknya, kata-kata kita seakan-akan tidak sampai kepada pasangan. Boleh jadi disebabkan ketegangan yang berlaku, kita menggunakan suara yang lebih tinggi dan keras untuk berinteraksi dan berkomunikasi, baik secara berhadapan atau secara maya. Lantaran keadaan yang berlaku, perbualan yang seharusnya menjadi topik berdua kini mula didengar oleh orang lain baik kerana suaranya yang tinggi atau status ‘facebook dan insta’ nya yang menjadi-jadi. Sedangkan pasangan kita tidaklah jauh sehingga tidak mampu mendengar. Paling tidak, kita akan bertemu setiap hari. Atau jika jauh, telefonnya dan whatsapp nya masih berfungsi, masih boleh berhubung hanya dengan sentuhan jari. Ketika itu yang jauh bukanlah jarak, bukanlah teknologi. Di saat ...

Tempuh

Tempuh Adalah sebuah kemestian Bagi mereka yang mahu ke depan Tempuh Berbeza laluan bagi setiap insan Asasnya berpaksikan keberanian Menempuh perjalanan tanpa kepastian Apakah impian akan diraih ke genggaman Tempuh Tidak bisa dengan alasan Tidak bermakna dengan separuh jiwa Tidak sepi daripada pengorbanan Tidak putus daripada tentangan Tempuh Biar panjang asalkan tenang Biar sukar asalkan tekad Biar goncang asalkan terus Tempuh Adalah sebuah kemestian Bagi mereka yang ingin bertemu Tuhan Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudah baginya jalan ke SYURGA

Begin with the end in mind

Saya petik ungkapan ini daripada penulis barat, Stephen Covey. Begin with the end in mind. Bagi mereka yang memahaminya, tentu merasakan betapa dalam hikmahnya. Bahawa kita perlu jelas akan tujuan atau matlamat akhir sebelum memulakan langkah awal. Berabad-abad sebelumnya, Umat Islam telahpun diajar bahawa setiap amal tergantung niatnya, bagi setiap orang apa yang ia niatkan (Hadith). Sebuah peringatan yang datang setelah berlalunya sebuah ekspedisi hijrah yang sangat sukar. Walaupun sama-sama menempuhinya, namun matlamat akhir membezakan nilainya. Kejelasan niat dan tujuan akhir sebuah kehidupan itu diterapkan dengan begitu dalam bagi seorang Muslim. Bahawa solatnya, ibadahnya, hidupnya dan matinya adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Bahawa ia akan dihadapkan di hadapan Allah untuk diperlihatkan segala catatan amalnya, tidak terkecuali seorangpun. The end in mind yang menjangkaui the end of life. The end in mind yang dikuatkan dalam dirinya 5 kali sehari, paling kurang. Ap...

Berapa Ramai Orang Yang Hidupnya Sia-sia

Image
Genap sudah usiaku 28 tahun. Hampir separuh umur kalau dianggar berdasarkan rata-rata umur manusia iaitu 60-an. Namun, siapa pula yang menjamin bahawa usia pasti berakhir pada sekitar 60-an? Bila-bila masa sahaja usia ini akan menemui titik hujungnya, noktah. Bahkan di ketika ini, ramai juga temanku di sekolah dan universiti yang telah pergi. Ada yang sakit, lalu bertemu ajalnya. Ada yang lemas di sungai, lalu bertemu ajalnya. Ada yang kemalangan di jalan raya, lalu bertemu ajalnya. Bahkan ada juga yang hilang bersama MH370 dan tidak tahu nasibnya. Ada yang sebaya denganku, ada yang lebih muda dan ada yang lebih tua sedikit. Pokoknya, semuanya pergi secara TIBA-TIBA. Usia bukan hanya angka yang menunjukkan tempoh masa, tetapi ia juga adalah penanda akan pengalaman hidup yang telah semakin bertambah. Seiring bertambahnya pengalaman hidup (Baca: semakin tua), adakah bertambah juga kematangan hidup? Begitu juga seiring jelasnya garis takdir yang telah berlalu, adakah bertambah jelas ...

Pelajaran Daripada Pernikahan 12 - Dia Adalah Yang Terbaik Buatmu

Image
Jika kita mencari yang sempurna, kita tak akan pernah berjumpa kerana kesempurnaan bukan sifat manusia. Jika kita mencari yang kekal, kita akan menyesal kerana perubahan adalah sesuatu yang tak dapat disangkal. Begitu juga dalam berumahtangga. Ketika kita telah sama-sama menerima akad untuk menjadi suami isteri yang sah, itulah ketetapan takdir yang jelas untuk kita. Wajib bagi kita untuk mengimani takdir yang baik mahupun yang buruk. Kita telah dipertemukan dan ditetapkan jodohnya, maka tak perlu lagi kita berpusing-pusing mencari yang lain yang lebih baik pada perkiraan kita. Mungkin ada lagi yang lebih baik, tetapi itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Syaitan tak akan pernah tenang apabila kita tenang bersama pasangan. Ia akan datang daripada segenap sudut untuk memesongkan kita daripada apa yang seharusnya kita buat. Ada masa ia akan membisikkan agar kita membandingkan kecantikan atau ketampanan pasangan kita dengan orang lain. Pada masa yang lain ia membisikkan rasa penyesa...

Pelajaran Daripada Pernikahan 11 - Sabar

Image
Bismillaahirrahmaanirrahiim... Sudah lama saya tidak menulis pelajaran daripada pernikahan. Ketika saya menuliskan ini, saya sudah membaca kembali segala yang pernah saya tulis sebelum ini berkait pelajaran daripada pernikahan, ternyata banyak perkara yang saya tuliskan sebelum ini dalam bentuk teori, hanya mampu saya fahami setelah beberapa lama berada dalam dunia pernikahan. Ketika ini, saya sudah menjadi seorang bapa kepada seorang anak yang sudah mencecah umur 1 tahun 4 bulan. Cepatnya masa berlalu, rasanya baru semalam saya mencoret tinta dalam siri pelajaran daripada pernikahan ini (selepas 2 bulan bernikah). Sekarang, usia pernikahan saya telah mencecah 2 tahun 2 bulan bersama isteri yang tercinta. Belum cukup tempoh fasa ta'aruf lagi (5 tahun). Kali ini saya nak berkongsi tentang SABAR. Sabar adalah kunci yang utama dalam kehidupan berumahtangga, bahkan dalam kehidupan kita secara amnya. Ketika saya hendak bernikah dulu, ada seorang kawan berpesan dengan 3 pesanan; Ya...

Loncatan

Hidup ini bukan sebuah perjalanan yang lurus, rata dan dekat. Semua orang tahu. Ada kala kita harus memanjat cuma satu anak tangga, ada kali kita perlu meloncat tinggi untuk menggapai tebing. Siapapun kita, tetap akan ada kepayahan yang bakal menjengah. Suatu fasa hidup yang payah suatu ketika dahulu mungkin tak lagi mengganggu hidup kita hari ini. Suatu yang payah hari ini, tak akan kekal menghantui. Apa yang dulunya realiti hari ini menjadi memori. Apa yang dulunya teori hari ini menjadi realiti. Allah telah mengeluarkan kita, daripada rahim ibu. Sebelumnya Dia yang menyusun tubuh kita mengikut kehendak-Nya. Kemudian Dia membesarkan kita, memelihara kita sehingga kita boleh membaca tulisan ini. Dalam kita mengeluh akan payahnya musibah yang sedang kita hadapi, Dia telah membebaskan kita daripada sekalian banyak masalah yang menimpa di masa silam. Dia yang mengeluarkan kita daripada kegelapan dulu juga berkuasa mengeluarkan kita daripada kegelisahan hari ini. Masa, telah mengancam...

Mereka Yang Beruntung Sekali

Image
Mereka pergi menunaikan janji menerima jemputan khas Ilahi dimuliakan di langit tinggi dinanti-nanti para bidadari meraih bahagia abadi kepuasan sejati yang tak pernah dinikmati mereka hidup dan tidak mati-mati betapa untung tak terperi betapa cemburunya rasa hati ini. "Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." (Ali 'Imran: 169) Ada yang simpati, empati ada yang berdoa sepenuh hati ada yang berhimpun untuk solidariti ada yang jahil mencaci maki ada yang lebat berhujah sana sini tentang demokrasi dan demonstrasi ada yang buat-buat tak peduli asalkan diri sendiri cukup makan dan gaji. Di sana ada pemimpin dunia yang nampak Islamis bahkan ada pula Ulama' di institusi berprestij tapi turut sama menggelar syuhada' sebagai terrorist di sana ada pemimpin dunia yang nampak sekularis tapi paling berani tampil mengecam habis penguasa bengis ada pul...

Jaulah Keimanan Yang Panjang

Kehidupan ini adalah sebuah jaulah (perjalanan) keimanan yang panjang. Jaulah dalam bahtera kehidupan yang berlayar di atas samudera dunia yang sentiasa terumbang-ambing. Seseorang yang berada dalam fasa puncak keimanan belum tentu dapat bertahan selamanya. Seseorang yang berada dalam fasa jauh di lembah kehinaan belum tentu berakhirnya di neraka. Mengaku beriman itu bukan pengakhiran perjalanan ini, tetapi ia permulaan kepada fasa cabaran yang semakin dahsyat dalam perjalanan. Kita jangan pernah tertipu dan selesa dengan keteguhan iman yang kita miliki sekarang, sehingga kita lalai dan terjerumus ke lembah kehinaan. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan kita. Kita jangan pernah juga tertipu dengan besarnya dosa-dosa yang kita kerjakan, sehingga kita berputus asa dan terhalang daripada mendaki ke puncak kemuliaan. Allah sentiasa melapangkan tangan-Nya untuk menerima hamba-Nya yang kembali. Demikianlah hidup, manusia sentiasa diilhamkan akan dua perkara, fujuur dan taqwa....

Material Does Not Always Work

Image
The life horizon Life worth more than materials achievements. It is not always about how much money do we have or how high our position is in the society. Not also about how many wives or children we have in our possession alone. Certificates, titles, properties, companies are not the reasons why we live. If those things are the only indicators of a meaningful life, then those people without any of them might live an empty life ever. Undeniably, those material indicators might affect our life to some extent but not the goals of life. Truth be told, some (or most) people having those materials in their possession might not enjoy life as much as those who are not. To some extent, those who doesn't really possess all those things might live happier, healthier and longer. Materials does not always equal to happiness. The current living society In our current living society whereby materials parameter are being assessed seriously as indicators of success, our per...

Tiba Saatnya Nanti

Image
Tak terbilang dalam hidup ini urusan yang perlu masa untuk kita memahami membuatkan kita tersentak ketika hakikatnya masuk ke hati seolah-olah belum pernah kita mendengar belum mampu kita hayati ketika pertama kali ia terjadi sehinggalah hijab terbuka dan hikmah terungkai pada saat yang DIA kehendaki pada saat yang kita mampu merasai. Ada tangisan yang tak kau mengerti punca atau kau tahu tapi kau tidak memahami mengapa haruskah ia ditangisi sedemikian rupa? haruskah ia dirasai sampai ada linangan air mata? Tidak kau mengerti sehingga kau sendiri melalui dan merasai melihat dan memahami hakikat sehingga terbuka segala bungkusan hati yang menutup perasaan yang tersimpan rapi. Hari ini engkau melihat dia derita sedang engkau tidak merasai peritnya besok orang melihat engkau menangis sedang mereka tidak memahami sengsaranya demikianlah kitaran hidup yang berlangsung sampai engkau pergi bertemu ILAHI dalam dunia yang lebih misteri lebih banyak yang belum pernah...

Apa lagi yang belum kita laksanakan?

Kita harus mengenal diri dengan baik. Faham akan dari mana kita datang, ke mana akan kita tuju dan apa peranan yang harus kita laksanakan. Kefahaman kita akan tertonjol melalui tindakan kita. Jika kita salah memahami tujuan hidup, peranan kita dalam hidup, kita akan cenderung sentiasa tersilap langkah dalam kehidupan. Paling tidak, kita akan merasa betul melangkah di laluan yang salah. Ternyata manusia punya sangat banyak tanggungjawab pada hakikatnya. Banyak aspek yang harus diberikan perhatian. Terkadang kita tertumpu pada memenuhi sebahagian aspek dan menghabiskan banyak masa dan tenaga untuknya. Apatah lagi kalau ia hanya melibatkan aspek keperluan hidup yang tidak pernah selesai sehingga kita mengabaikan peranan pokok manusia diciptakan. Sebanyak manapun yang telah kita lakukan, lebih banyak sebenarnya yang belum kita laksanakan. Baik disebabkan oleh terhadnya kemampuan daripada apa juga sudut diri kita, atau kerana lalainya kita dengan kesibukan memenuhi keperluan atau kehendak...

Menerima hakikat diri

Kita adalah manusia yang bersifat lemah, penuh dengan kekurangan-kekurangan.seandainya Allah memaparkan segala kelemahan kita di hadapan manusia, nescaya kita tak akan mampu bertemu dengan mereka kerana malu yang tak tertanggung. Allah yang Maha Penyayang menutup kelemahan-kelemahan kita. Kita amat berharap Allah mengampuni segala kesalahan kita dan menutupnya juga di hari kebangkitan. Kesombongan akan menjadikan manusia hina, sebagaimana Firaun dan Qarun, atau Abu Jahal dan Abu Lahab. Mereka tidak mahu menerima hakikat manusia yang sentiasa harus bergantung kepada Allah. Jika kita mengikut rentak mereka, kita juga akan mengalami kesudahan yang sama. Rasulullah manusia mulia bahkan sebaik baik makhluk. Namun ketika masyarakat Thaif menolak dakwah dan menghalau baginda, baginda mengangkat tangan penuh khusyuk di hadapan Rabb mengadu akan kelemahan diri dan mengharap redha Ilahi. Kita, tidaklah lebih baik daripada Rasulullah, bahkan lebih patut mengharap redha kerana tiada jaminan akan...

Pelajaran Daripada Pernikahan 10 - Mengutamakan Proses, Bukan Natijah

Image
Rumahtangga: Tangga menuju rumah di syurga atau neraka? Kita terkadang terlalu fokus kepada sesebuah natijah. Natijah yang ideal. Jika natijah itu tidak kelihatan, kita akan punya banyak rungutan.  Isteri tidak tahu menjaga hati suami, suami tak pandai urus kewangan, isteri tak pandai layan suami, suami tak sensitif dengan emosi isteri, isteri malas memasak.  masing-masing selalu kecil hati dan terasa, masing-masing meletakkan sebuah natijah yang diinginkan daripada sebuah rumahtangga dan memaksakan pasangan untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki,  sekarang juga! Proses itu lebih penting, kerana ia yang akan  melahirkan  sesebuah natijah dengan izin Allah. Rungutan tidak mengubah keadaan jika tidak disusuli dengan usaha membuat perbaikan. Di sinilah letaknya elemen  saling membantu  antara suami isteri, ke arah kebajikan dan taqwa. Membantu untuk sama-sama mencapai natijah yang sama-sama kehendaki. Saling membantu dalam suasana tarbawi dan suasa...

BEZA

Manusia sinonim dengan perbezaan baik dari utara ke selatan atau kiri ke kanan Jika ada dua yang berbeza jangan dihukum salah satunya persoalannya ialah kenapa berbeza dan salahkah berbeza? Berbeza bukan mesti bererti berpecah Bersama bukan mesti bererti bersatu kam fiinaa wa laisa minnaa - berapa ramai bersama kita bukan daripada kalangan kita wa kam minnaa wa laisa fiinaa - berapa ramai daripada kalangan kita bukan bersama kita Di mana letaknya adab ikhtilaf jika semuanya sekepala? di mana letak indahnya kepelbagaian jika tiada lagi saling hormat dan cinta? Takut kita disibukkan dengan berbezanya kiri dan kanan sehingga terlalai daripada melangkah ke depan takut kita sibuk menghitung perbezaan sehingga lupa membangunkan keserasian. Perbezaan tidak selesai dengan cara pemaksaan akhirnya berbalik kepada persoalan iman berbalik kepada persoalan asas perjuangan berbalik kepada duduk letak tujuan dan dalam mana kefahaman. Ayuh bakarkan bendera assobiyah dan...

Shollu 'Alan Nabiy

Oleh : K.H.Rahmat Abdullah Apa yang kita fikirkan tentang seorang laki-laki berperangai amat mulia, yang lahir dan dibesarkan dicelah-celah kematian demi kematian orang-orang yang amat mengasihinya? Lahir dari rahim sejarah, ketika tak seorangpun mampu menguratkan keperibadian selain keperibadiannya sendiri. Ia produk ta’dib Rabbani (didikan Tuhan) yang menentang mentari dalam panasnya dan menggetarkan jutaan bibir dengan sebutan namanya, saat muaddzin mengumandangkan suara adzan. Di rumahnya tak dijumpai perabot mahal. Ia akan makan di lantai seperti orang biasa, padahal raja-raja dunia iri terhadap kekekehan struktur masyarakat dan kesetiaan pengikutnya. Tak seorang pembantunya pun mengeluh pernah dipukul atau dikejutkan oleh pukulannya terhadap benda-benda rumah. Dalam kesibukannya ia masih bertandang ke rumah puteri dan menantu tercintanya, Fatimah Azzahra dan Ali bin Abi Thalib. Fathimah merasakan kasih sayangnya tanpa membuatnya jadi manja dan hilang kemandirian. Saat Bani...

Coretan Alam

Awan mengandung hujan hidup terkandung ujian Bukit meneguhkan bumi iman meneguhkan hati Hijau pohon mempesona suci hati bercahaya Kabus membuatkan jalan sukar maksiat membuatkan hati gusar Indah lukisan alam ini ciptaan Yang Maha Suci. 22 Disember 2012, Lebuhraya LEKAS