Posts

Showing posts from July, 2013

Jaulah Keimanan Yang Panjang

Kehidupan ini adalah sebuah jaulah (perjalanan) keimanan yang panjang. Jaulah dalam bahtera kehidupan yang berlayar di atas samudera dunia yang sentiasa terumbang-ambing. Seseorang yang berada dalam fasa puncak keimanan belum tentu dapat bertahan selamanya. Seseorang yang berada dalam fasa jauh di lembah kehinaan belum tentu berakhirnya di neraka. Mengaku beriman itu bukan pengakhiran perjalanan ini, tetapi ia permulaan kepada fasa cabaran yang semakin dahsyat dalam perjalanan. Kita jangan pernah tertipu dan selesa dengan keteguhan iman yang kita miliki sekarang, sehingga kita lalai dan terjerumus ke lembah kehinaan. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan kita. Kita jangan pernah juga tertipu dengan besarnya dosa-dosa yang kita kerjakan, sehingga kita berputus asa dan terhalang daripada mendaki ke puncak kemuliaan. Allah sentiasa melapangkan tangan-Nya untuk menerima hamba-Nya yang kembali. Demikianlah hidup, manusia sentiasa diilhamkan akan dua perkara, fujuur dan taqwa…