Posts

Showing posts from 2010

Bila Ibadah Hilang Manisnya

Image
Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah , baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagimana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam Ibadah. Firman Allah: "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku." (Adz-Dzaariyaat: 56) Ibadah, baik yang wajib mahupun sunat, seharusnya dapat membawa seseorang merasa lebih nikmat dan indah dalam hidup ini. Setiap kali masuk ke dalam solat, hatinya merasa sungguh tenteram bersama Tuhannya. Apabila keluar daripada solat, hatinya selalu rindu untuk menghadap-Nya lagi. Tatkala kalam Ilahi dilantunkan, hatinya luluh sehingga mengalirlah butir-butir air daripada pelupuk matanya. Bahkan apabila bibirnya sendiri membaca Al-Quran, hatinya semakin teguh untuk melangkah dalam kehidupan. Itu belum bercerita tenta

Pemilikan Hakiki

Image
"...kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi..." (Al-Baqarah: 255) "Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Al-Baqarah: 284) "...kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi..." (Al-Munaafiquun:7) Merasa bahawa kita memiliki sesuatu secara mutlak akan mengundang kesengsaraan jiwa kerana apa yang ada pada kita itu boleh hilang bila-bila masa. Maka kita tidak akan redha atau berpuas hati dengan sebuah kehilangan, dan akan menjadi tertipu dengan sebuah pemilikan yang sementara. Kita tidak memiliki apa-apa dan kita juga bukan milik siapa-siapa selain Dia. Allahlah yang memiliki jiwa-jiwa kita dan segala yang ada di langit dan di bumi. Sedarlah bahawa kita akan kembali, kerana pemilikan Dia adalah sebuah pemilikan tunggal, hakiki dan abadi. Adapun istilah 'milik' yang kita gunakan dalam pembicaraan sehari-hari itu hanyalah sebuah kata yang hakikatnya merujuk kepada sesuatu yang dianugerahkan

Meniti Takdir Kehidupan

Image
" Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Ali-Imran: Ayat 6) Allah telah menciptakan kita dalam bentuk yang terbaik seperti dikehendaki-Nya. Apabila kita meyakini hal tersebut, maka kita tidak akan membanding-bandingkan rupa paras kita dengan orang lain lalu mengutuk diri sendiri. "Dia cantik, aku hodoh","dia hensem, aku buruk", "dia tinggi, aku rendah" , dan pelbagai lagi statement yang menggambarkan betapa kita tidak berpuas hati dengan ketentuan yang telah ditetapkan Allah. Bukan sahaja dalam elemen material yang nampak seperti rupa paras, tetapi juga dalam kehidupan seharian yang berbentuk peristiwa dan kejadian. Setiap yang berlaku pada kita semuanya berada dalam pengetahuan-Nya. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu itu berlaku dalam jalan cerita hidup kita, janganlah kita mengeluh, "mengapa in

Aku Hanya Insan

Image
Aku hanya insan tak selalu taat bak malaikat tak selalu ingkar bak syaitan Aku hanya insan punya perasaan punya keinginan punya naluri punya obsesi Aku hanya insan dalam dunia akhir zaman penuh khayalan mimpi, godaan angan-angan Aku hanya insan sekalipun aku selalu ingkar dan selalu gagal aku tetap insan mengimpikan syurga takutkan neraka Aku hanya insan hidup sementara mati bila-bila Aku hanya insan… Pun begitu, aku punya Tuhan punya panduan punya peraturan punya nabi penunjuk jalan punya amanah dan tanggungan Terimalah bahawa aku hanya insan dan akan tetap menjadi insan jangan dikejikan kesalahan jangan dipujikan kebaikan 25 November 2010

Gelora

Image
Tersudut di lubuk hati paling dalam bercambah bersama butir-butir gelisah meraung, menjerit tanpa suara meminta, merayu penuh derita andai saja batasan tiada nescaya ia berkuasa, bermaharajalela Hilang sesekali muncul seringkali tenang bila ia pergi goncang bila ia kembali Berlembut ia terus meruntun berkeras ia terus mengganas Walau kecil tetap bahaya hingga sampan bisa terbalik Kalau besar lebih bahana hingga kapal bisa tenggelam Di laut manapun ia hadir gulungannya tetap menggila di hati manapun ia bertandang rengkuhannya tetap berbisa Hadirnya tak dijemput perginya harus diusir Andai saja batasan tiada nescaya ia berkuasa, bermaharajalela. zulyunus 10.30 am 24 Oktober 2010

Melalui Detik-detik 'Down'

Image
Memang langit tak selalu cerah. Secerah-cerah mentari menyinar, tak mustahil tiba-tiba mendung bertandang dan hujan lebat mencurah tanpa disangka. Suatu ketika saya mengikuti perkhemahan di Sungai Chamang, Bentong. Selesai semua peserta mengambil wudhu’ untuk Solat Subuh, tiba-tiba air deras datang, arus menggulung dan seketika itu juga warna air berubah menjadi sangat keruh berbanding sebelumnya. Begitu juga sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan peristiwa Tsunami yang sebelumnya tiada siapa dapat menjangkakan dengan tepat bahawa ia akan berlaku. Kejadian alam ini mengajar kita, memberi tanda akan Sunnatullah yang tak mungkin siapapun dapat menduga dengan tepat kerana ilmu itu hanya ada di sisi Allah. Perubahan boleh berlaku secara drastik dan begitu pantas. Kehidupan kita ini adalah sebahagian daripada fenomena alam, kerana kita sendiri adalah sebahagian daripada alam. Kehidupan ini penuh dengan misteri yang tidak terungkapkan. Kalaupun boleh diungkapkan, belum tentu dapat difah

Ancaman Daripada Segenap Sudut

Image
“Jika musuhmu menyerangmu daripada segenap sudut yang ada, adakah kau akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut?” Jika matamu selamat daripada melihat aurat, belum tentu telingamu selamat daripada mendengar orang mengumpat. Jika tanganmu bebas daripada mencuri, belum tentu kakikmu terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat. Jika mulutmu bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluanmu terhindar daripada dosa dan rangsangan. Musuh itu pasti menyerang dan menjerumusukanmu daripada segenap sudut dan melalui segala kemungkinan yang ada. Musuh itu berupa nafsu daripada dalam dirimu sendiri, atau godaan daripada luar. Dalam dunia yang sedang kita hadapi sekarang, serangan itu semakin menjadi-jadi. Daripada segala perkara dan alat yang kita gunakan dalam kehidupan seharian, musuh-musuh kita menggunakannya untuk melemahkan dan menghancurkan kita. Hanya dengan menghidupkan laptop dan melayari internet, kita terus terdedah kepada serangan tersebut sekalipun kita tak berniat un

Berharap Kepada Yang Tak Punya

Image
"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?” Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan. Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada Iman untuk sentiasa bertahan. Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan. Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan. Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi? Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan. Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi. Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri. Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam. Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitp

Hidup Lama atau Hidup Berjasa?

Image
“Adakah engkau ingin hidup selama-lamanya dalam dunia yang akan musnah bila-bila masa?” Hidup kita di atas dunia ni, selama manapun, pasti ada akhirnya. Selama manapun, sebenarnya singkat. Firman Allah: “(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.” (An-Naazi’aat: 46) Allah menerangkan dalam satu ayat lain yang panjang tentang hakikat dunia: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suk

Mencari Kesempurnaan Makhluk

Image
“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui” Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahwa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. Rasulullah adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Namun, baginda sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah. Ya, sekali pandang kita rasa bahawa kita yang terbaik. Apabila kita mengubah sudut pandang, akan ternampaklah lompang-lompang yang terdapat pada diri kita. Cahaya lampu nampak hebat tatkala ia menerangi kegelapan malam, namun menjadi tak bernilai ketika mentari mula menerangi. Di

Apabila Tiba Ajalnya, Tidak Akan Ditangguh Lagi

Image
“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Al-Munaafiquun: 11) 27 Ramadhan 1431 H. Hari ini hati aku rasa sayu. Melihat sebuah kematian. Sebuah kematian yang menyedihkan. Mayat itu mungkin telah mati beberapa hari tanpa disedari. Sehinggakan tubuhnya kelihatan kebiruan. Darah sudah tidak merah. saat aku mengangkatnya, tubuhnya kaku. Keras, tak selembut manusia yang masih hidup dengan aliran darah yang segar. Baunya usah ditanya. Busuk. Giginya kuning. Matanya tertutup rapat. Perlahan-lahan kuangkat, kumasukkan ke dalam plastik. Temanku hanya melihat, dengan penuh penghayatan bahawa hidup ini pasti berakhir. Entah bagaimana pengakhiran kita. Beberapa hari sebelum dia mati, aku dah menyedari perubahan sikapnya. Kebelakangan ini dia kelihatan kurus dan semakin kurus sehinggalah akhirnya aku sempat bertemunya s

Bila Yang Dikejar Itu Dunia

Image
Bila yang dikejar itu dunia, hati kita akan sentiasa tak tenang. Seolah-olah kita sedang berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang paling memuaskan, namun hakikatnya jiwa terasa semakin haus. Semakin banyak keperluan duniawi yang kita dapatkan, semakin banyak pula yang kita inginkan. Ibarat kita mengejar bayang-bayang, perjalanannya menjadi semakin panjang dan bayang-bayang menjadi semakin jauh kerana kita sedang berlari menjauhi cahaya saat kita mengejarnya. Bila yang dikejar itu dunia, kita akan sentiasa tidak berpuas hati. Sememangnya tak ada di dunia ini sesuatu kepuasan yang paling mutlak. Sekenyang manapun perut, lapar akan terasa kembali. Senyenyak manapun tidur, pasti kita akan terjaga. Itulah kita. Walaupun kita menyedari hakikat ini, jiwa masih lagi tidak dapat terputus daripada orientasi keduniaan. Kita terjaga di pagi hari dengan niat yang satu, untuk mencukupkan keperluan duniawi. Akhirat tidak menjadi obsesi yang ingin dicari, yang diimpi-impi. Sedangkan perbandingan anta

Monolog Seorang Insan

Image
“Aku dah lama hidup…aku dah dewasa, aku harus mula serius dalam kehidupan ini…” “Ah, apa aku nak risaukan, kan hidup aku masih jauh perjalanan. Banyak lagi masa untuk aku bergembira…” “Betul jugak. Aku masih muda. Ah! Tapi aku tak tahu bila kematian akan datang…” “Apa nak dikira kematian? Tak perlu aku berfikir negatif. Hidup ni mesti happy!” “Ya, aku masih sihat. Tak mungkin aku akan mati dalam masa terdekat” “Ya! Macam tu baru lah jiwa muda!” “Aku nak rasa segala keseronokan yang orang lain rasa. Aku nak bergembira sepuas hati sementara umur masih muda. Tapi, macam mana kalau tiba-tiba aku mati?” “Apa nak dirisaukan? Bukankah Allah itu Maha Penyayang. Pasti dosaku diampunkan” “Ya, lagipun aku dah banyak beramal sebelum ni. Takkanlah Allah nak biarkan aku mati sebelum bertaubat.” “Kalau aku bertaubat pun, nanti aku akan ulang balik kesalahan aku. Baik aku teruskan buat maksiat, nanti dah dekat nak mati aku bertaubatlah” “Ya, dah banyak kali aku bertaubat dan aku rasa ma

Sikap Terhadap Al-Quran

Image
Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran? Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adalah berpandu kepada acuan Al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan. “Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”. “Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus”. “Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”. “Ye ke Quran ni lengkap?”. “Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”. Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? Bagaimanakah mungkin Al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tak pernah mengetahui sekalipun pengerti

Kuasa Taubat

Image
Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terkini yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan bahkan seketika tadi, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, namun sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa? Orang mukmin itu melihat dosa mereka seperti sebuah gunung yang akan menghancurkannya, sementara orang munafik itu melihat dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di mukanya, ditepis maka ia akan lari. Begitulah perumpamaan yang diberikan oleh Abdullah Bin Mas’ud. Persoalannya, bagaimanakah kita melihat dosa kita? Dosa kecil kita ringankan-ringankan. Namun kita lupa bahawa ia ibarat ranting kayu kecil yang jika dikumpulkan akan menghasilkan a

Carilah Jalan Kembali

Image
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Maidah: Ayat 35) Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan. Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah. Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah. Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga. Ruh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad. Maka ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan. Untuk mencapai kepuasan ruh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptanya. Maka carilah jalan kembali. Bukan kembali dengan kematian jasad, tetapi kembali dengan menghidupkan hati. Y

Bila Allah Sayang Kita

Image
Bila Allah sayang kita, kita akan rasa bahagia, tenang, aman, tenteram. Seluruh hidup terasa penuh makna dan penuh cinta. hati terasa begitu berkobar-kobar untuk beramal. Dunia terasa begitu luas untuk mereguk anugerah, kurniaan-Nya. Tidak ada apa yang kita risaukan selain untuk memenuhi panggilan Dia yang memberikan segala-galanya. Tidak ada apa yang kita takutkan melainkan kemurkaan-Nya. Lalu Dia memberikan yang terbaik untuk kita. Dia menentukan yang paling baik untuk hidup kita. Dia mengaturkan jalan hidup terbaik untuk kita. Lalu dia mengangkat kita menjadi mulia di tengah-tengah manusia. Walaupun kita tidak meminta, namun Dia memenuhi hasrat dan keinginan yang kita pendam di sudut hati. Namun, boleh jadi keadaan berbeza seketika kadang-kadang. Bila Allah sayang kita, diuji kita dengan rasa kesempitan dada, kepayahan dan penderitaan. Diberikan kita ujian yang paling berat yang tidak diberikan kepada orang lain. Kita selalu merasa keliru pada mulanya sebelum Dia memberikan jalan

Mengejar Pengiktirafan Manusia

Image
Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti akan ada yang mengatakan, “wah, baguslah!” “awak memang baik” “jarang jumpa orang macam awak” “Hebatnya!” . Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan diberikan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan “eleh, tu nak tunjuk baik la tu” “buang masa awak saja buat macam tu” “jangan buat macam tu lagi lain kali!” , apakah kesannya kepada diri kita? Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya? Kesan yang berlaku atas diri kita daripada respons positif dan negatif orang lain ini menjadi indikator kepada keikhlasan kita dalam beramal. Nilai sesebuah amal itu tidak ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah nilai yang telah Allah gariskan dalam Al-Q

Hidup dan Mimpi

Image
Mimpi adalah sebuah keajaiban. Semalam datang, hari ini menghilang, besok entah akan datang lagi. Kalau mimpi itu indah, kita mengharap ia kembali. Kalau mimpi itu buruk, kita buntu memikirkan makna dan erti. Tatkala kita tertidur, kita bermimpi dan sampai ketikanya, kita terjaga dan terfikir-fikir tentang mimpi yang dialami. Nanti kita tidur lagi, mimpi lagi dan terjaga lagi. Ia menjadi misteri, sampai ke hari ini. Belum ada sesiapa yang bisa meneroka hakikat mimpi yang kita alami saban hari. Belum ada sesiapa yang boleh menentukan apa yang ingin ia mimpikan dalam lenanya. Ia tinggal menjadi misteri, menjadi tanda kekuasaan-Nya. Ia ada, namun tak bisa dijangkau secara nyata. Ia wujud, namun kewujudannya sukar diertikan dalam realiti. Kadang-kadang terjadi mimpi yang tidak pernah terlintas dalam kehidupan biasa. Apa saja bisa terjadi dalam mimpi. Apakah itu menjadi gambaran bahawa apa sahaja bisa diciptakan oleh Allah di SANA nanti? Ya, sesuatu yang tidak pernah terjangkau oleh pemikir

Hakikat dan Syari'at

Image
Tanpa kulit, inti tak terpelihara. Tanpa inti, kulit tak memberi makna. Hubungan yang seharusnya bersifat sinergistik antara inti dan kulit ini selalu diambil sebagai antagonistik oleh sebahagian daripada kita. Kesannya, ada golongan yang membuang kulit dan ada yang lain membuang inti. Buah durian tak wujud seulas demi seulas di atas pokok, ia diciptakan mempunyai kulit yang berduri manakala kulit durian yang terbuang tanpa ulasnya takkan dipedulikan oleh manusia. Begitulah hakikat ciptaan yang telah Allah pamerkan kepada kita, khususnya buat orang-orang yang berfikir. Kita perlu berlaku adil dalam memberikan fokus kepada kedua-duanya, menyeimbangkan antara inti dan kulit. Perlu kita fahami bahawa seimbang bukan bererti sama rata.

Masa Depan Generasi Muda Islam

Image
Apa yang bakal saya tulis mungkin terlalu idealistik, boleh jadi sukar dihadam oleh para pembaca. Apa yang ingin saya sampaikan bukanlah tentang ungkitan hari semalam, tetapi jangkauan hari esok. Siapa tahu apa akan terjadi pada kita nanti? Ketidakpastian tentang masa depan menjadikan hidup ini sangat mencabar. Kita berjalan di dalam gelap yang kian mencerah hari demi hari. Apa yang kita tidak pasti tentang diri kita 10 tahun yang dulu, kini kita telah mendapat jawapannya. Apa yang kita tertanya-tanya tentang diri kita pada 10 tahun akan datang, kita harus terus berlalu agar jawapan itu kita ketemu. Apa yang kita nampak dan lihat, itu adalah kejadian sekarang. Masa depan tiada siapa yang pasti.

Tarbiyah dan Perjuangan

Image
Pertarungan Internal dan External Seorang Muslim itu membawa sebuah perjuangan yang sememangnya terkandung dalam syahadah yang diungkapkan, diyakini dan diamalkan.Pertarungan yang digalas di bahu seorang Muslim itu adalah sebuah kewajipan yang tidak terpisah daripada kehidupannya. Tahap pertarungan itu semakin bertambah tatkala gelar Muslim itu di upgrade menjadi Mukmin. Tidak ada pertarungan yang tidak bermusuh. Tentu ada musuh, baru ada perlawanan.Maka perlawanan yang sedang kita hadapi adalah melibatkan musuh luaran mahupun dalaman, external dan internal.

Guru Membentuk Aku Yang Kau Kenal

Image
Aku yang kau kenal dibentuk oleh guru.Aku yang kau nampak mantap dan hebat dibentuk oleh guru.Aku yang petah berbicara dididik oleh guru. Aku yang melangkah kemas dibimbing oleh guru.Aku yang hidup terpelajar kini semuanya hasil didikan insan-insan mulia bergelar guru. Sesiapa sahaja yang memberi aku pengajaran tentang kehidupan adalah guru bagiku, biarpun hanya secebis ilmu yang dikongsikan, atau sepatah kata yang diajarkan. Guru yang paling hebat dalam segenap hidupku adalah Rasulku. Sejak kulahir ke dunia, ibubapaku adalah guru yang paling sabar mendidik dan memberi bekal kehidupan. Dalam perjalanan aku melalui kehidupan ini, semakin banyak guru yang muncul dalam hidupku daripada generasi dulu hingga kini, guru yang mengajar di sekolah sehingga universiti. Aku akan sentiasa menghargai seorang guru, kerana guru membentuk aku yang kau kenal.

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan. Wahai sahabatku, Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah.