Posts

Showing posts from March, 2019

Manusia Sengal

Kebencian menjadi kegilaan,
Gila dan dahaga darah insan,
Nyawa murah di rumah Ibadah,
Bebas, bangga, musnah kemanusiaan,
Fahaman sesat, jiwa pengganas.

Pelampau tak kenal agama,
Tumpah darah dan air mata,
Mencemar tamadun manusia,
Menyemai seribu dusta,
Melampias dendam durjana.

Betapa akal terasuk,
Jiwa terbawa ingin yang busuk,
Menghambur peluru kotor,
Bersama bebal yang menebal,
Dan mentaliti yang sengal.

Barangkali ia merasa murni,
Mengalirkan darah suci,
Membersih muka bumi,
Tak tersisa hamba Ilahi,
Kecuali insan penuh berahi.

Sampai bila kau dapat melata,
Dengan segala yang bakal sirna,
Hanyut dalam mimpi dunia,
Merasa benar membuat angkara,
Memusnah yang Tuhan Anugerah.

Suatu saat mulutmu terkunci,
Tanganmu berbicara lantang,
Akan segala nyawa yang melayang,
Kakimu menjadi saksi,
Akan segala langkah yang memusnah,
Barulah engkau sedar apa itu benar.

Kebenaran takkan pernah tenggelam,
Betapa manusia cuba memadam,
Kebatilan takkan pernah menang,
Betapa hebat manusia memandang,
Su…