Posts

Showing posts from July, 2011

Mengorbankan Kepentingan Peribadi

Kepentingan sendiri tidak diingini
Bahagia kekasih itulah yang diharapi..

Sekali lagi saya petik bait-bait kata daripada lagu P.Ramlee. Ini adalah kesinambungan post Berkorban Apa Saja yang saya tulis tempoh hari. Jika tempoh hari saya menyentuh tentang mengorbankan harta dan jiwa, maka kali ini saya nak menulis tentang mengorbankan kepentingan sendiri demi kebahagiaan Kekasih.

Kekasih yang ingin saya highlightkan di sini ialah Allah dan Rasul, secara langsung berkait dengan agama dan ummah. Ibubapa juga adalah sebahagian daripada kekasih, yang kita harapkan kebahagiaannya. Saudara-saudara seagama kita juga adalah kekasih-kekasih kita. Jika kita inginkan kebaikan dan ganjaran yang besar, kita harus siap mengorbankan sesuatu yang bersifat peribadi demi meraih keredhaan Kekasih tadi. Beratnya, tidak dapat disangkal. Namun, untuk suatu jangka masa yang lebih panjang, kita akan mampu merasai hikmah dan kebahagiaan dalam kehidupan. Yakinlah akan perkara ini. Kerana sesungguhnya Alla…

Berkorban Apa Saja

Pengorbanan adalah nadi perjuangan. Ketika tiada lagi orang yang sanggup berkorban, maka perjuangan menjadi lesu dan kehilangan ruhnya.

Berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia.


Itulah bait-bait yang saya petik daripada lagu P.Ramlee. Daripada perspektif peribadi, saya melihat terdapat hikmah besar yang tersusun dalam bait-bait kata ini, tentang PENGORBANAN.

Beliau menyebut tentang aspek pengorbanan yang meliputi harta dan nyawa/jiwa. Allah telah menggariskan tentang perjuangan di jalan Allah yang harus disertakan dengan pengorbanan harta dan nyawa. Dalam surah At-Taubah, ayat 111:


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka..."


Begitu juga dalam ayat-ayat berikut:

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan."…

Rahmat Sebalik Ujian

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang TERBAIK amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.



Telah bertasbih kepada Allah segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang telah dihantar oleh Allah kepada Umat Manusia sebagai satu anugerah, membawa Rahmah ke seluruh pelosok alam.

Demi Allah, sungguh tidak akan sesat orang yang berpegang pada tali agama Allah, menggigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi gerahamnya dan dia sama sekali tidak pernah mencari selainnya sebagai sesuatu yang lebih agung dan lebih utama.


Hidup ini adalah …

Bersangka Baik Kepada Allah

Image
Kita, adalah hamba selama-lamanya. Dia, adalah pencipta yang wujud sejak azali. Sehebat manapun kita rasakan tentang diri sendiri, kita takkan pernah mampu menandingi sekecil-kecil ciptaan-Nya, walau seekor nyamuk. Dia maha adil, tidak menzalimi manusia. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri.

Ketika kita ditimpa musibah, perkara pertama yang harus kita hindarkan adalah mengeluh. Keluhan merupakan refleksi kepada kekesalan kita terhadap takdir Allah. Dalam ertikata lain, kita melahirkan rasa tidak puas hati dengan penguasa yang Maha Mengetahui. Tapi susah kan? Sebaik ditimpa masalah, dilanda musibah, senang sangat terkeluar daripada mulut, "aduh...kenapalah jadi macam ni...?".
Sebaik sahaja kita mengucapkan perkataan tersebut, tampillah syaitan meragu-ragukan hati, menghasut agar kita terus bersangka yang tidak-tidak kepada Allah. Jika kita cepat tersedar, Alhamdulillah. Jika tidak, kita akan dirundung kesedihan yang berpanjangan.

Instead of saying that, kita cuba lat…

Kegagalan, Anak Tangga Kejayaan

Image
Kegagalan adalah sesuatu yang tidak pernah diharapkan oleh sesiapapun, meskipun ia akan tetap berlaku dan dihadapi dalam kehidupan. Sehebat manapun kita berusaha menolaknya, ia seolah-olah mengekori kita dan menunggu masa untuk berlaku. Tidak bermaksud pula bahawa kita harus berpuas hati dengan kegagalan dan membiarkan ia berlaku, namun ini tentang bagaimana kita memandangnya, dan menghadapinya.

Saya pernah gagal, anda juga pernah gagal. Saya pernah dengar kata-kata, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan. Menarik, saya setuju. Kejayaan yang tidak didahului dengan kegagalan, sukar dirasakan kemanisannya. Bahkan mungkin sukar dihargai sesetengah orang, sehingga mereka terus give-up ketika kejayaan itu lenyap tiba-tiba. Mungkin juga tak mampu terima bahawa mereka telah GAGAL!

Nanti dulu, jangan kecewa dengan terlampau dahsyat (kecewa tu terdetik tak dipinta). Ibarat mendaki gunung, ada ketika kita harus menuruni lembah sebelum sampai kepada bahagian pendakian seterusnya. Begitulah …

Ke Mana Kau Bawa Hatimu?

Hati ini kubawa melayari lautan gelora
dalam bahtera yang sudah lama berlabuh pergi
meninggalkan titik mulanya hidup ini
bersama impian-impian yang makin membesar
merentas samudera kehidupan yang diliputi ketidakpastian
hujungnya kabur, tak tergambar hentiannya di mana
namun bahtera ini terus menerjah gelombangnya
ketika tenangnya, hati ini berbahagia
ketika hempasannya dahsyat, hati ini bergoncang.

Andai saja lautan ini terus tenang tak bergelora
tentu aku lalai, dan asyik dengan belai samudera
andai saja aku gagal menempuh tiap gelombang yang melanda
tentu aku binasa, bersama hati yang kubawa.

Hati ini, dalam bahteranya, akulah nakhoda
aku dilepas berlayar menuju sebuah destinasi
untuk mempersembahkan hati ini kepada pemiliknya
lalu aku menanti perhitungan penguasa
mungkinkah ia tiba dengan sejahtera
atau terlihat penuh cemar dan noda?

Masih jauh lagikah pelabuhan itu?
aku tak pernah tahu
aku cuma pasti bahawa samudera ini bukan destinasi
ada sesuatu yang menanti di hujung pelayaran…

Jurang Antara Ilmu Dan Amal

Image
"Andai saja jurang itu tiada, hancurlah nifaq di dalam dada"

Antara ilmu dan amal itu ada jurang. Boleh jadi jurangnya itu terlalu dalam sehingga tak bertemu keduanya. Ibarat puncak gunung dan dasar laut. Ilmu adalah sesuatu yang tersimpan, dan amal itu sesuatu yang terlihat. Belum tentu yang terlihat itu didasarkan kepada ilmu, atau yang tersimpan itu melahirkan amal.

Begitulah fenomena yang berlaku sekarang. Jurang terlalu besar antara ilmu dan amal. Umum mengetahui bahawa solat 5 waktu itu wajib, namun ramai yang masih meninggalkannya. Ilmu itu tidak melahirkan amal, iaitu komited dengan solat.

Tak kurang juga yang  beramal tanpa ilmu, tanpa faham akan amalannya. Dek kerana itu, Hassan Al-Banna menekankan faham atas amal. Untuk memahami, kita harus memiliki ilmu. Namun ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Ramai yang boleh berceramah, memberi tazkirah, namun tidak mengerjakan apa yang dikatakannya. Ingatlah dan sedarlah akan firman-Nya:

"Amat besar kebenciannya di …