Posts

Showing posts from 2014

Pelajaran Daripada Pernikahan 11 - Sabar

Image
Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Sudah lama saya tidak menulis pelajaran daripada pernikahan. Ketika saya menuliskan ini, saya sudah membaca kembali segala yang pernah saya tulis sebelum ini berkait pelajaran daripada pernikahan, ternyata banyak perkara yang saya tuliskan sebelum ini dalam bentuk teori, hanya mampu saya fahami setelah beberapa lama berada dalam dunia pernikahan. Ketika ini, saya sudah menjadi seorang bapa kepada seorang anak yang sudah mencecah umur 1 tahun 4 bulan. Cepatnya masa berlalu, rasanya baru semalam saya mencoret tinta dalam siri pelajaran daripada pernikahan ini (selepas 2 bulan bernikah). Sekarang, usia pernikahan saya telah mencecah 2 tahun 2 bulan bersama isteri yang tercinta. Belum cukup tempoh fasa ta'aruf lagi (5 tahun).

Kali ini saya nak berkongsi tentang SABAR. Sabar adalah kunci yang utama dalam kehidupan berumahtangga, bahkan dalam kehidupan kita secara amnya. Ketika saya hendak bernikah dulu, ada seorang kawan berpesan dengan 3 pesanan; Yang p…

Loncatan

Hidup ini bukan sebuah perjalanan yang lurus, rata dan dekat. Semua orang tahu. Ada kala kita harus memanjat cuma satu anak tangga, ada kali kita perlu meloncat tinggi untuk menggapai tebing. Siapapun kita, tetap akan ada kepayahan yang bakal menjengah. Suatu fasa hidup yang payah suatu ketika dahulu mungkin tak lagi mengganggu hidup kita hari ini. Suatu yang payah hari ini, tak akan kekal menghantui. Apa yang dulunya realiti hari ini menjadi memori. Apa yang dulunya teori hari ini menjadi realiti.

Allah telah mengeluarkan kita, daripada rahim ibu. Sebelumnya Dia yang menyusun tubuh kita mengikut kehendak-Nya. Kemudian Dia membesarkan kita, memelihara kita sehingga kita boleh membaca tulisan ini. Dalam kita mengeluh akan payahnya musibah yang sedang kita hadapi, Dia telah membebaskan kita daripada sekalian banyak masalah yang menimpa di masa silam. Dia yang mengeluarkan kita daripada kegelapan dulu juga berkuasa mengeluarkan kita daripada kegelisahan hari ini.

Masa, telah mengancam ke…