Posts

Showing posts from July, 2012

Ikhlas Sepanjang Perjalanan

Image
Apa juga amal, baik yang kecil mahupun besar, niat yang ikhlas tak pernah terpisah daripada syarat diterima amal tersebut oleh Allah. Demikian Rasulullah SAW menekankan persoalan ini dalam hadith, “Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya, dan bagi setiap amal apa yang ia niatkan...”, supaya Umat Islam sentiasa segar dalam niat Ubudiyyah kepada Allah. Hanya kerana Allah dan untuk Allah. Banyak dalil yang boleh kita cari untuk bercerita tentang niat. Kita bukan berhadapan dengan kekurangan dalil, namun kurang penghayatan. Amal yang kelihatan seperti ibadah boleh bertukar menjadi tidak bernilai dengan niat yang tersasar. Sedangkan amal yang kelihatan kecil dan kurang signifikan di mata manusia, boleh menjadi sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah dengan niat yang tulus. Solat yang didasari riyak adalah dicela, sedangkan salam dan senyum yang ikhlas untuk menghubungkan silaturrahim kerana Allah itu besar nilainya. Kita harus sentiasa meluruskan niat. Selagi ada

Dekatkah Kita Dengan Al-Quran?

Image
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Marilah kita sama-sama meningkatkan kedekatan hati kita dengan kalam Ilahi ini yang menjadi cahaya dalam kehidupan kita. Kita mulakan dengan konsisten dalam membacanya. Kita mulakan dengan perkiraan matematik yang mudah. Saya telah membuat percubaan membaca beberapa mukasurat Al-Quran dengan kelajuan yang biasa, tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat. Berikut variasi masa yang saya catatkan; mukasurat 44 – 2 minit 4 saat mukasurat 45 – 2 minit 12 saat mukasurat 46 – 1 minit 53 saat mukasurat 47 – 2 minit 13 saat mukasurat 48 – 2 minit 24 saat mukasurat 49 – 2 minit 21 saat Mukasurat 48 mengambil masa yang paling lama kerana ia mengandungi 1 ayat sahaja yang panjang daripada Surah Al-Baqarah, ayat 282. Saya ambil ini sebagai masa maksimum yang akan saya luangkan bagi membaca 1 muka daripada Al-Quran, saya genapkan kepada 2 minit 30 saat, atau 2 minit setengah. Sekarang, mari kita hitung bersama-sama. Da

Ramadhan: Pengembaraan Menjadi Hamba

Image
 "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183) Bismillaahirrahmaanirrahiim. Di manakah hamba yang hatinya sentiasa dekat dengan Al-Quran, terikat dengan Masjid, menangis di malam hari sendirian sambil mengharap cinta Ilahi? Di manakah hamba yang sentiasa rindu akan kembali kepada Ilahi, bertemu dengan kekasih sejati dalam keadaan saling redha meredhai? Boleh jadi hamba itu sedang hanyut dalam dunia yang begitu mempersonakan, sehingga dia terlupa dan terleka akan tujuan dia diciptakan. Namun, Allah tidak membiarkan hamba-Nya terus alpa, Dia menganugerahkan Ramadhan, sebagai sebuah stesen untuk menyuburkan kembali keimanan. Bulan ini dapat menjadi sarana kita mendekatkan diri kepada Allah, mengawal hawa nafsu, menjauhkan diri daripada neraka dan mendekatkan kita ke syurga. Ramadhan adalah sela masa terbaik untuk kita mengukuhkan kedekatan hati kita den

Tadabbur Alam

Image
"Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (As-Saff: 1)

Bermulanya Jalan Ke Neraka

Ia bermula dengan bisikan halus yang berbicara tatkala hati terasa ingin bermaksiat “Ini biasa. Tiada apa yang harus dirisaukan” Ia bermula dengan langkah kecil yang diatur ketika kaki ingin melangkah ke tempat maksiat “Jangan ragu-ragu, teruskan sahaja niatmu” Ia bermula dengan sebuah SMS yang dihantar daripada seorang teruna kepada dara “Balaslah, nanti dia kata sombong” Ia bermula dengan anggapan ketika ingin memohon keampunan “Nanti dulu, umur masih muda” Ia bermula dengan tidak peduli akan pintu-pintu yang menuju kepadanya “Berbuatlah, untuk pertama kali ini sahaja, selepas itu hentikanlah” Ia bermula dengan merasa tidak apa mengangkat sedikit suara pada yang ditegah “Tak kiralah mak ayahpun, masih manusia yang berdosa” Ia bermula dengan nikmat yang terasa melimpah dan tak akan tamat “Nanti dulu taubat, besok masih sempat” Akhirnya, Penyesalan menghantui Kekecewaan tak lagi bererti Jalan pulang kelihatan suram Nyawapun dicabut p

Bingkisan Buat Adikku

Image
Adikku, Perjalanan hidup kita bukan terlakar dalam hitam putihnya warna, bahkan coretannya jauh lebih berliku dari sekadar biasan warna pelangi. Kita melalui setiap fasa hidup dengan merasakan bahawa ia adalah fasa yang paling payah, namun anggapan itu kabur tatkala kita sampai pada fasa yang ternyata lebih payah menanti di hadapan. Bekal terbaik yang boleh kutitipkan untukmu adalah bergantung kepada Allah di setiap keadaan hidupmu. Apapun fasa yang sedang kita hadapi, Allah sentiasa ada dan Dia mengerti. Kita yang selalu lupa kebersamaan-Nya dalam setiap langkah dan denyut nadi. Adikku, Semangat yang semakin luntur itu boleh dikaitkan dengan jauhnya kita daripada Dia, sumber semangat dan sumber tenaga. Tiada lain yang boleh mengurniakan kekuatan hati kepada kita melainkan Dia. Segala kekuatan yang berasas daripada material dan perkara-perkara lain hakikatnya semu, dan tak akan bertahan lama. Semoga hatimu dikuatkan sepertimana kuatnya hati para pemuda Kahfi tatkala menyatakan im