Posts

Showing posts from June, 2009

Umat Dalam Satu Tubuh

Image
Biarpun mereka tak berada bersama kita, namun mereka tetap sebahagian daripada kita. Biarpun kita tak pernah merasai apa yang mereka rasai, kita tetap sebahagian daripada mereka. Kita ibarat tubuh yang satu, saling melengkapkan antara satu sama lain. Kaki tak dapat melangkah tatkala badan lemah atau akal tak berfungsi. Itulah hakikatnya. Namun, realitinya lain, jauh berbeza. Kita tak pernah merasakan bahawa mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka. Kita hidup seolah-olah mereka tidak pernah wujud ataupun tak bererti bagi kita. Bukan setakat tak ingin membantu, bahkan tak ingin langsung mengambil tahu. Siapakah mereka?

Sinergi Tua dan Muda

Image
Kita mungkin pernah mendengar orang-orang muda berbicara begini: “Orang-orang tua ni susah sikit. Mereka ni kolot. Susah nak terima pendapat orang lain. Asyik-asyik dengan teori lama dan tak relevan dengan zaman kini. Biarlah mereka dengan cara mereka. Lambat dan tak proaktif.” Dalam masa yang sama, orang-orang tua pula berbicara begini: “Orang-orang muda ni semangat mereka lebih sikit, susah nak kawal. Kita bagi nasihat pun tak mahu dengar. Biarlah mereka dengan cara mereka. Kita nak tengok setakat mana mereka punya kepandaian.” Haruskah begitu?

Tragedi 2 Jun 2009

Image
Ini kisah benar tentang diriku. Mudah-mudahan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dan membawa pembaca menghayati erti kehidupan.

2 Jun 2009, Selasa – Petang Selasa itu aku menunggang motosikal menuju ke Terminal Makmur, ingin membeli tiket pulang ke Pulau Pinang Khamis malam dan membaiki handset. Tiba di terminal, aku langsung menuju ke kaunter bas Utama Ekspres. “Tiket Khamis malam ni ada tak bang ke Butterworth?”. “Ada, jam 9 malam. Berapa orang?”. “Seorang. Berapa ringgit?”. “Rm 51″. Setelah mendapatkan tiket, aku sempat mencari kedai untuk membaiki handset di bawah terminal. Kedai Hotlink. “Bang, nak repair handset boleh? masuk air”. “Hmm…ni kalau repair ni lagi mahal daripada handset second hand ni dik. Macam mana?”. Aku berfikir sejenak, “Tak apalah bang, terima kasih saja ya. Bagi saya charger motorola satu.” Aku membeli charger motorola untuk mengecas handset yang diberi pinjam sahabatku. Kemudian aku singgah di cybercafe bersebelahan terminal. Selesai urusan, aku turun k…