Posts

Showing posts from December, 2012

Pelajaran Daripada Pernikahan 9 - Saling Memberi

Image
"Seandainya aku diizinkan untuk memerintahkan seseorang agar bersujud kepada orang lain, niscaya aku akan perintahkan kaum isteri untuk bersujud kepada suaminya." (HR Ahmad, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah) "Sebaik-baik kalian ialah orang yang paling baik perilakunya terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik dari kalian dalam memperlakukan isteriku." (HR At-Tirmidzi) Islam adalah agama yang adil. Islam meletakkan suami sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya, dan memberikan penghormatan yang selayaknya. Islam mewajibkan isteri untuk taat kepada suami, dan memberikan pembelaan yang secukupnya. Baik suami mahupun isteri punya kewajipan yang harus dilunaskan terhadap Allah. Suami isteri harus berlumba-lumba untuk memberi yang terbaik di dalam rumahtangga demi mengangkat darjatnya di sisi Allah. Menyedari hakikat tersebut, kita tidak akan saling menuntut. Sebaliknya, kita akan sentiasa berusaha untuk saling memberi. Kita tidak har

Adakah Kita Bersedia?

Image
"Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus. Dia bertanya, "Bilakah hari Kiamat itu?"" (Al-Qiyaamah: 3-6) Masanya pasti tiba, tanpa ada keraguan padanya. Masa ketika ibu-ibu yang mengandung keguguran kerana dahsyatnya suasana. masa ketika saudara mara tak lagi saling mengenal kerana masing-masing sibuk menyelamatkan diri sendiri. Masa yang digambarkan di dalam Al-Quran dengan gambaran-gambaran dahsyat yang menggerunkan, yang tidak pernah dilalui oleh sesiapapun. Jika gambarannya pun sedemikian dahsyat, tentu realitinya lebih dahsyat! "Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan bulanpun telah hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan, pada hari itu manusia berkata, "ke mana tempat lari". Tidak! Tidak ada tempat berlindung! Hanya kepada Tuhanmu tempat kem