Posts

Showing posts from October, 2011

Masa Pasti Berlalu

Allah punya hak untuk kita tunaikan di malam hari yang tidak diterima-Nya di siang hari. Begitu juga Dia punya hak untuk kita tunaikan di siang hari yang tidak Ia terima di malam hari. Begitulah wasiat Abu Bakar sebelum beliau meninggal dunia. Setelah berkumandangnya azan Subuh, maka tamatlah masa qiamullail pada hari itu. Begitu pula berakhirnya asar setelah berkumandangnya azan Maghrib.

Bagi setiap sesuatu ada masanya dan terhad sehingga waktu yang tertentu. Betapapun kita mencintai kehidupan ini, masanya pasti berlalu dan akan tiba masa kematian. Kematian yang datang secara tiba-tiba itu juga akan berlalu dan diteruskan pula dengan masa perhitungan amal. Setelah selesai perhitungan dan ditentukan destinasi akhir kita, maka bermulalah masa yang kekal selama-lamanya.

Allah telah mengingatkan kita tentang dekatnya masa perhitungan amal kita. Firman-Nya:


"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

Ciptaan Agung: Jantung Yang Sentiasa Berdegup

Apabila kita menyedut udara masuk ke dalam paru-paru, gas oksigen akan diserap dan larut ke dalam darah. Darah beroksigen ini akan masuk ke partition kiri atas (left atrium) jantung melalui pulmonary vein. Darah yang masuk ke partition ini kemudian dipam ke partition kiri bawah (left ventricle). Di antara dua partition ini terdapat injap yang memastikan darah tidak berpatah balik dan bergerak unidirection. Darah kemudian dipam keluar daripada jantung melalui aorta. Darah ini dibawa ke seluruh bahagian badan yang lain (selain paru-paru) untuk membekalkan oksigen.

Sel-sel dalam badan menggunakan oksigen dan menghasilkan karbon dioksida untuk dikeluarkan daripada badan. karbon dioksida ini diserap dan larut ke dalam darah, kemudian dibawa ke partition kanan atas (right atrium) jantung melalui vena cava. Darah yang datang daripada bahagian atas badan akan melalui superior vena cava, dan darah daripada bawah badan akan melalui inferior vena cava. Darah kemudian dipam ke partition kanan b…