Posts

Showing posts from September, 2009

Perasaan dan Tindakan

Image
Kita hidup sebagai seorang manusia yang tidak pernah terpisah daripada perasaan. Kita akan sentiasa merasa-rasa sepanjang kehidupan. Ini bukan soal rasa deria, tapi soal rasa hati, mungkin jauh namun penuh erti.

Perasaan itu timbul atau ditimbulkan dengan sengaja? Soalan ini nampak bodoh tapi ada bezanya. Kita dipukul oleh seseorang, tiba-tiba kita merasa marah. Marah itu timbul atau kita timbulkan sendiri? Saya tidak maksudkan implikasi daripada perasaan tersebut, tapi tentang kemunculan perasaan itu. Tatkala kita memandang seseorang dan jatuh hati, adakah perasaan itu timbul atau ditimbulkan? Selalunya perasaan itu datang tiba-tiba buat pertama kali, namun tanpa kita sedari ia berkembang dan akan terus menguasai diri jika kita terus melayannya. Dalam ertikata lain, kita hanyut dengan apa yang kita rasakan. Apabila kita marah, kita biarkan perasaan itu terus membiak. Apabila kita sedih, kita terus melayannya dan itu membuatkan kita menjadi semakin sedih. Boleh jadi juga perasaan itu …

Mencari Cinta Sebalik Ramadhan

Image
"Dan di kalangan manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai sepertimana mereka mencintai Allah. Dan orang-orang beriman itu amat sangat cintanya pada Allah…” (Al-Baqarah: 165)

Semua orang menjadi teruja apabila berbicara tentang cinta. Semua orang tahu bahawa cinta itu pelbagai bentuk dan halatujunya dan ia adalah satu perasaan yang sukar untuk dinafikan. Itulah kehebatan Allah dalam mencipta sebuah perasaan yang dinamakan CINTA. Tatkala kita mengetahui bahawa cinta itu dicipta Allah, pernahkah kita terfikir untuk apa ia diciptakan? Atau mungkin kita asyik merasa kenikmatan cinta sehingga kita sendiri lupa ke mana harus ia dihalakan dan apa yang Allah kehendaki daripada perasaan yang diciptakan tersebut. Kalau tidak kerana cinta, hidup kita entah bagaimana. Namun, kerana cinta juga, boleh jadi hidup kita ENTAH KE MANA.