Posts

Showing posts from December, 2011

Allah Memberikan Apa Yang Kita Perlu

Image
Kita selalu fokus kepada apa yang kita mahu, dan berdoa kepada Allah agar diberikan apa yang kita inginkan. Apabila Allah belum makbulkan, yakinlah bahawa Dia lebih tahu. Sesungguhnya, Dia memberikan kepada kita apa yang kita perlukan, sekalipun kita sering meminta apa yang kita mahukan.

Kita inginkan kesihatan yang berpanjangan. Namun, jika kesakitan itu lebih kita perlukan agar kita kembali ingat kepada Allah, maka Dia akan mendatangkan kesakitan. Kita mahukan kekayaan. Jika kekayaan itu buruk bagi kita dan membuatkan kita lupa kepada-Nya, maka Dia mendatangkan pula kesusahan. Sebagai seorang hamba, begitulah kita seharusnya menyikapi ketentuan Allah.

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216)

Betapapun anak kecil meraung-raung meminta agar ibubapanya menunaikan sesuatu yang sangat ia inginkan, ibubapa tak…

Bila Tarbiyah Difahami Sebatas Halaqah

Image
"Kenapa ya setelah bertahun-tahun berhalaqah tetapi masih belum mampu melahirkan seorang da'i yang komited, peribadi yang solid?" Tiba-tiba soalan tersebut terpacul daripada mulut seorang teman seperjuangan, yang kelihatan bersungguh bertanya, sambil matanya berkaca-kaca memikirkan dengan mendalam. "Mungkin, kerana kebanyakan murabbi memahami tarbiyah sebatas halaqah dan program-program", spontan dia sendiri yang memberikan pandangan. "Betul, setuju", jawabku ringkas.

Lamanya berada dalam proses tarbiyah belum menjamin keberhasilan jika prosesnya hanya terhenti setakat di halaqah dan program-program tanpa memerhatikan secara teliti karakter-karakter anak-anak buah yang dibina. Dalam persoalan ini, teman tadi berkongsi kata-kata yang pernah didengarnya daripada teman lain, "tarbiyah itu bermula setelah tasbih kaffarah dan berlangsung sehingga al-fatihah", kata-kata yang menggambarkan pentingnya pembinaan yang berterusan di luar halaqah. Kita …

Merealisasikan Impian Sang Da'i

Image
Impian yang tak disusuli amal itu adalah jauh daripada realiti.

Suatu malam saya duduk-duduk bersama beberapa teman, dan bertanyakan kepada mereka, "apakah yang kalian impikan dalam masa 10 tahun akan datang tentang keadaan Umat ini?". Jawapannya pelbagai, ada yang inginkan gejala sosial dalam apa juga bentuk, terus berkurang dan ditangani, ada yang inginkan bahawa tidak ada penindasan berlaku terhadap satu sama lain. Ada pula yang menginginkan bahawa Islam itu menjadi tertinggi dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Ya, semuanya inginkan kebaikan, dan perubahan ke arah masyarakat yang lebih soleh. Sebuah masyarakat yang bertaqwa kepada Allah, dan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

Jawapannya sudah diduga. Tidak ada seorangpun yang inginkan keadaan menjadi lebih buruk, melainkan orang-orang yang memang niatnya membawa kerosakan ke atas muka bumi.

Soalan tadi disusuli dengan soalan kedua, "apakah yang telah kalian lakukan untuk merealisasikan impian-impian tersebut?&quo…