Posts

Showing posts from April, 2012

Waspada Terhadap Golongan Syaitan (Hizbusy Syaitan)

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Sejarah Bapa Manusia dan Bapa Syaitan Sejak awal diciptakan manusia, Allah SWT telah menunjukkan dalam bentuk yang nyata kepada Nabi Adam AS bahawa musuh utama manusia adalah iblis laknatullah. Babak keingkaran iblis untuk sujud kepada Nabi Adam AS seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT telah menjadi titik tolak penentangan iblis terhadap manusia dan terhadap perintah Allah. Takabbur telah menjadi sifat Iblis yang utama sepertimana firman Allah: “ Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis, ia enggan dan takabbur, dan menjadilah ia daripada golongan yang kafir.” (Al-Baqarah: 34) Tiada siapa yang tahu hakikat kesombongan iblis sehinggalah Allah Yang Maha Mengetahui mencipta situasi sedemikian yang menonjolkan sifat keji iblis tersebut. Sifat yang dominan ini telah dikuatkan lagi dengan ungkapan iblis

Kembalikan Hatimu Kepada Rabb

Image
Ketika kita harus memilih simpang Pasti ada ketika dalam hidup ini kita perlu memilih satu antara dua jalan (atau lebih). Ibarat simpang tiga di hujung jalan yang cuma ada kiri dan kanan. Boleh jadi laluan kiri dan kanannya adalah dua arah yang saling bertentangan sama sekali. Boleh jadi kiri dan kanannya bersebelahan dan seiringan, yang semakin jauh semakin bercabang dan menjauh antara satu sama lain. Nampak serupa pada awalnya, tetapi menuju ke laluan yang berbeza. Pilihan kita di persimpangan itu membawa kita ke fasa seterusnya dalam perjalanan kehidupan. Jika kita tersalah pilih, kita akan tersalah destinasi. Jika kita tidak teliti tanda-tanda pada persimpangannya, kita akan keliru apabila perjalanan itu semakin jauh ke hadapan. Jika telah pasti salah, dan ternyata destinasi yang dibawa laluan pilihan itu jauh daripada tujuan, kita harus mencari jalan untuk kembali ke jalan yang akan membawa kita kepada tujuan asal. Namun, pasti ada yang harus kita korbankan, iaitu minyak ken

Islamiyyah Qobla Jam'iyyah

Hari ini saya membaca sebuah post di sebuah group di Facebook mengajak untuk sama-sama kembali kepada menghormati sesama pergerakan Islam. Tiba-tiba dalam bahagian komennya, para commentator sibuk bercerita tentang jemaah ini sebegini, jemaah itu sebegitu. Ada yang bertanya ingin tahu, ada yang membuat statement provokasi. Takut pula kita saling fitnah memfitnah sesama aktivis dakwah. Kalaupun kita bijak memberikan ulasan-ulasan kepada organisasi atau individu tertentu, berhati-hatilah sebelum berbicara. Wahai kaum muslimin yang kucintai semuanya, sesungguhnya rasailah bahawa kita bertanggungjawab mewujudkan sebuah jemaah Islam yang dinaungi di bawah satu khalifah. Kita inginkan semua Muslim berada di bawah naungan Jemaah tersebut, yang belum terealisasi. Yang ada hari ini adalah Jemaah daripada kalangan muslimin, Bukan sebuah jemaah muslim yang bersatu semuanya di bawah satu khalifah. Letakkanlah Islamiyah Qobla Jam'iyyah. Menjadikan perjuangan islam itu diangkat lebih tinggi d

Nasyid Elaika - Subtitle Arab dan Melayu

Image