Posts

Showing posts from November, 2010

Aku Hanya Insan

Image
Aku hanya insan tak selalu taat bak malaikat tak selalu ingkar bak syaitan
Aku hanya insan punya perasaan punya keinginan punya naluri punya obsesi
Aku hanya insan dalam dunia akhir zaman penuh khayalan mimpi, godaan angan-angan
Aku hanya insan sekalipun aku selalu ingkar dan selalu gagal aku tetap insan mengimpikan syurga takutkan neraka
Aku hanya insan hidup sementara mati bila-bila
Aku hanya insan…
Pun begitu, aku punya Tuhan punya panduan punya peraturan punya nabi penunjuk jalan punya amanah dan tanggungan
Terimalah bahawa aku hanya insan dan akan tetap menjadi insan
jangan dikejikan kesalahan jangan dipujikan kebaikan
25 November 2010