Posts

Showing posts from 2012

Pelajaran Daripada Pernikahan 9 - Saling Memberi

Image
"Seandainya aku diizinkan untuk memerintahkan seseorang agar bersujud kepada orang lain, niscaya aku akan perintahkan kaum isteri untuk bersujud kepada suaminya." (HR Ahmad, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
"Sebaik-baik kalian ialah orang yang paling baik perilakunya terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik dari kalian dalam memperlakukan isteriku." (HR At-Tirmidzi)
Islam adalah agama yang adil. Islam meletakkan suami sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya, dan memberikan penghormatan yang selayaknya. Islam mewajibkan isteri untuk taat kepada suami, dan memberikan pembelaan yang secukupnya. Baik suami mahupun isteri punya kewajipan yang harus dilunaskan terhadap Allah. Suami isteri harus berlumba-lumba untuk memberi yang terbaik di dalam rumahtangga demi mengangkat darjatnya di sisi Allah.

Menyedari hakikat tersebut, kita tidak akan saling menuntut. Sebaliknya, kita akan sentiasa berusaha untuk saling memberi. Kita tidak harus mencar…

Adakah Kita Bersedia?

Image
"Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus. Dia bertanya, "Bilakah hari Kiamat itu?"" (Al-Qiyaamah: 3-6)
Masanya pasti tiba, tanpa ada keraguan padanya. Masa ketika ibu-ibu yang mengandung keguguran kerana dahsyatnya suasana. masa ketika saudara mara tak lagi saling mengenal kerana masing-masing sibuk menyelamatkan diri sendiri. Masa yang digambarkan di dalam Al-Quran dengan gambaran-gambaran dahsyat yang menggerunkan, yang tidak pernah dilalui oleh sesiapapun. Jika gambarannya pun sedemikian dahsyat, tentu realitinya lebih dahsyat!

"Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan bulanpun telah hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan, pada hari itu manusia berkata, "ke mana tempat lari". Tidak! Tidak ada tempat berlindung! Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari …

Memanfaatkan Segenap Ruang Beramal

Image
Apabila si miskin melihat si kaya, yang ia rasakan adalah "alangkah bertuahnya dia, banyak harta yang mampu ia sedekahkan". Apabila si kaya melihat si miskin, ia merasakan sesuatu yang berbeza, "alangkah bahagianya dia, tak banyak harta untuk dipersoalkan di hadapan Allah nanti".

Setiap manusia mempunyai garis takdir yang berbeza dan memainkan peranan-peranan yang berbeza. Bukan semua orang mampu menjadi guru, bukan semua orang harus menjadi CEO, bukan semua orang harus menjadi nelayan, petani dan sebagainya. Bahkan bukan semua orang juga harus menjadi pemimpin negara. Demikian pula bukan semua orang kaya dan bukan semua orang miskin.
Dalam posisi apapun kita berada, ruang beramal itu ada. Kadang-kadang kita meratapi sesuatu posisi yang tidak kita miliki sehingga kita tidak menjalankan peranan di posisi kita secara optimum. Bagi sebuah tubuh badan berfungsi, setiap sel harus menjalankan peranannya secara terbaik, walaupun ia bukan daripada organ utama tubuh sepert…

Pelajaran Daripada Pernikahan - 8

Image
Pelajaran #8: Syuro - Membawa ke Meja Rundingan

Suami selalu merasakan ia punya kuasa veto dan kadang-kadang sampai menidakkan hak isteri bersuara. Apabila ternyata keputusan yang diambil suami membawa mudarat, ia akan turut memberi kesan kepada sang isteri. Akhirnya, yang hinggap adalah sindiran sinis sang isteri, "itulah, pandai sangat buat keputusan". Paling tidakpun, jika keputusan berjaya, sang suami mungkin pula bersuara, "nasib baik ikut cakap saya, kalau tidak...".

Apapun kesan daripada sebuah keputusan peribadi, mungkin membuka ruang untuk ketidakpuashatian. Sebelah pihak akan merasa menang, sebelah pihak akan merasa tidak menyumbang. Atau sebelah pihak merasa gagal, sebelah pihak merasa dizalimi. Memang, keputusan perlu dibuat oleh pemimpin, namun suara rakyat harus didengari.

Banyak keputusan-keputusan besar yang perlu kita buat yang turut memberi impak kepada pasangan juga. Contohnya ingin bertukar tempat kerja, ingin membeli kereta, membeli rumah, mela…

Syurga Tidak Diraih Dengan Bersenang-Lenang

Image
Ibrahim Bin Adham pernah ditanya tentang mengapa doa tidak dimakbulkan, lalu beliau memberi antara salah satu sebabnya adalah “kita tahu tentang syurga tetapi tidak bekerja untuk mendapatkannya”.

Benar. Setiap Muslim pasti tahu bahawa adanya syurga dan neraka. Namun, kehidupan seharian sebahagian daripada kita seakan-akan jauh daripada merealisasikan azam untuk meraih syurga. Seakan-akan pengetahuan tentang syurga dan neraka itu hanya tersimpan di akal tetapi penghayatannya tidak masuk ke hati. Lalu amal seharian jauh menyimpang daripada jalan ke syurga.
Kecilnya nikmat dunia yang diberikan kepada kita terasa begitu besar di dalam hati sampai kita merasa lupa pada besarnya azab di neraka dan abadinya nikmat di syurga. Sesungguhnya jalan ke syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci manusia sedangkan jalan ke neraka dipenuhi perkara-perkara yang memenuhi tuntutan syahwat.

“Ketika Allah menciptakan syurga, Dia berfirman kepada Jibril: "Pergi dan lihatlah syurga."…

Pelajaran Daripada Pernikahan - 7

Image
Pelajaran #7 - Bersedia Berubah

1 Muharram sering dikaitkan dengan Hijrah (walaupun Hijrah sebenarnya bukan berlaku pada 1 Muharram, tapi tak ada masalah kita nak mengambil ruh Hijrah untuk dihayati bersama). Bersempena dengan 1 Muharram 1434H ini, saya ingin berkongsi tentang hijrah berkait dengan alam rumahtangga.

Ramai yang masuk ke alam pernikahan tanpa kesediaan untuk melakukan perubahan terhadap diri, iaitu perubahan-perubahan yang perlu dilakukan tatkala lelaki bujang bertukar gelar menjadi suami atau anak dara bertukar gelar menjadi isteri, perubahan-perubahan yang merangkumi banyak aspek, baik daripada segi mentaliti, emosi, sikap, mahupun gaya hidup seharian.

Mungkin kita masuk ke alam pernikahan dalam keadaan separa sedar, membiarkan sahaja pernikahan itu berlalu tanpa benar-benar memahami tuntutan-tuntutan sebagai suami atau isteri. Sedar-sedar sahaja sudah bergelar isteri atau suami orang. Oh, unbelievable! Atau mungkin kita langsung tak ambil peduli. We don't really …

Pelajaran Daripada Pernikahan - 6

Image
Pelajaran #6: Menjadi Pendengar Yang Setia

Pendengaran adalah pancaindera yang lebih dahulu berfungsi ketika manusia dilahirkan, sebelum penglihatan dan lisan. Ini menggambarkan peranannya yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kita biasa mendengar radio tanpa melihat video, namun pelik jika kita harus menonton filem tanpa suara. Pendengaran adalah input penting yang diproses menjadi output, iaitu kata-kata yang kita ucapkan.

Apabila pasangan kita berbicara, kita harus belajar mendengar dengan teliti, sepertimana kita ingin didengari dan difahami ketika kita berbicara. Jika kita tidak mendengar dengan teliti dan memahami, kita akan memberikan respons yang tidak adil dan menyakiti. 

Jangan cepat membuat kesimpulan sebelum jelas dengan apa yang cuba disampaikan. Tak semua orang mampu untuk berbicara direct to the point. Jika kurang faham, tanya. Dapatkan kepastian. Jangan cantas kata-kata pasangan sesuka hati dan membuat kesimpulan yang sebenarnya tidak dimaksudkan pasangan. Melua…

Pelajaran Daripada Pernikahan - 5

Image
Pelajaran #5: Saling Menghormati Perbezaan

Alhamdulillah, penulisan kali ini dihasilkan setelah mengadakan perbincangan ringkas dengan isteri tercinta. Terima kasih atas idea-idea yang dilontarkan dan kesudian mendengar celoteh sang suami.

Keserasian bukan mesti kita mempunyai pendapat dan sikap yang sama dalam semua perkara, tetapi ia adalah sebuah kemampuan kita memanfaatkan segala perbezaan untuk mencapai keharmonian, meraikan kepelbagaian untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Ibarat bezanya caj positif dan negatif yang menghasilkan sebuah bateri. Atau ibarat bezanya bunyi setiap note piano yang menghasilkan lagu. Semakin banyak perbezaan, semakin mencabar jalan mencapai keserasian, jika kita gagal menghormati perbezaan dan mengurusnya dengan baik.

Oleh sebab itu kita digalakkan mencari yang sekufu agar lebih mudah mencapai keserasian. Baik daripada segi misi dan visi hidup (perkara paling utama), latar belakang keluarga, minat dan kecenderungan. Pemain badminton akan mencari pemai…

Pelajaran Daripada Pernikahan - 4

Image
Pelajaran #4: Memberi dan Memohon Maaf

Pernah seorang pensyarah saya berpesan, sebuah pesanan yang ia terima daripada gurunya, "90% of marriage life is about forgiving, the other 10% is about forgetting things that you could not forgive". Menarik. Tak pasti daripada mana sumbernya, dalilnya, kajian kesnya. Namun, bagi saya, it makes sense!

Kita tidak harus lokek untuk meminta maaf (atas kekurangan diri) dan memberi maaf (atas kekurangan pasangan). Berkait dengan kemaafan, mari kita melihat sebuah hadith daripada baginda Rasulullah SAW:

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

Dalam memohon maaf, kita harus tulus. Janganlah mulut kata "maafkan saya", hati kata "bukan salah aku, sepatutnya kau yang minta maaf". Kalau itu yang berlaku, kita sebenarnya t…

Pelajaran Daripada Pernikahan - 3

Image
Pelajaran #3: Menerima Kekurangan

Banyak masa kita akan dihabiskan bersama pasangan, terutama bagi yang baru berumahtangga. Walaupun pada mulanya kita lebih banyak malu-malu dan tidak mahu menonjolkan cacat cela diri terhadap pasangan, lama-kelamaan akan diketahui juga. Baik cacat cela yang berbentuk fizikal diri atau cacat cela yang berbentuk perangai kita yang sudah sekian lama.

Wajar, jika kita menemui banyak kekurangan-kekurangan pada diri pasangan kita apabila masa berlalu. Demikian juga dia akan mengetahui kelemahan kita. Dulu, dia nampak sopan. Selepas kahwin beberapa lama, baru tahu kentutnya kuat dan busuk. Sendawanya juga dahsyat dan nafasnya berbau. Peluhnya masam. Macam-macam lagi yang nampak sebagai cacat cela bagi kita (ada orang tak kisah pasangan kentut kuat dan busuk, pun rasa wangi).

Sikapnya yang kurang menyenangkanpun mula kelihatan. Ternyata dia jenis cakap tak berlapik. Hati kita, dia tak jaga. Hati dia, sensitif pula. Boleh jadi juga dia jenis cepat marah. Mula-…

Pelajaran Daripada Pernikahan - 2

Image
Pelajaran #2: Melebur Keegoan



Merasa lebih baik daripada pasangan adalah sebuah sikap yang akan memunculkan keegoan. Ini menghalang proses mencapai keharmonian rumahtangga. Masing-masing merasa lebih benar. Masing-masing merasa lebih patut dihormati, maka siapa yang akan belajar menghormati?

Walaupun suami, tak patut membuat kenyataan bahawa dirinya sentiasa lebih betul, lebih baik, lebih patut didengar pendapatnya. Suami yang mengambil sikap autokratik sebegini selalunya akan berakhir dengan mendapat protes daripada sang isteri. Bukan isterinya tidak mahu buat, bukan isterinya tidak mahu taat, tetapi cara menyuruh itu terlalu kasar, tidak hormat dan tidak memahami keadaan pasangan.

Tenang, jangan cepat beremosi. Syaitan pernah berkata kepada Allah, "aku lebih baik dari Adam, Engkau mencipta aku dari api sedang dia engkau cipta dari tanah". Jika kita ingin mengatakan kepada isteri kita, "aku sentiasa lebih baik darimu, aku suami, engkau isteri", tidakkah kita sedan…

Belajar Daripada Kisah Musa AS dan Ghulam

Image
Nabi Musa AS lahir ketika kekuasaan Firaun berada di puncaknya. Firaun mengaku dirinya sebagai Tuhan. Sesukar-sukar perjalanan dakwah kita, tidaklah sampai menghadapi seorang raja atau kerajaan yang mengaku diri sebagai Tuhan. Kita harus memahami, bahawa peluang dakwah itu tetap ada dalam kondisi sedahsyat apapun. Jangan menutup ruang dakwah dengan pelbagai alasan tentang persekitaran. Allah telah menggambarkan bahawa dakwah itu berlaku dalam sedahsyat-dahsyat kerajaan Firaun.
Begitu juga dalam kisah Ghulam, Allah menghantar seorang budak sahaja untuk berhadapan dengan raja yang mengaku diri sebagai Tuhan. Tidak ada faktor yang dapat dijadikan alasan untuk dakwah itu tidak berjalan. Faktor usia, faktor masa, faktor persekitaran, semuanya tidak harus menolak kita ke belakang. Kita harus siap menyampaikan dakwah sekalipun persekitaran yang ada itu kelihatan sangat rosak dan tidak nampak bibit-bibit kebaikan.
Allah tetap melahirkan nabi Musa AS sekalipun ternyata Firaun benar-benar eng…

Pelajaran Daripada Pernikahan

Image
Alam pernikahan adalah sebuah proses kehidupan. Banyak perkara boleh dipelajari, banyak pengalaman boleh ditimba, banyak manfaat boleh diambil. Apabila berbicara soal nikah, memang fikiran selalu membayangkan yang indah, namun harus diingat bahawa langitpun tak sentiasa cerah.

Saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang beberapa pelajaran daripada sebuah pernikahan. Walaupun usia pernikahan masih segar (setelah genap 2 bulan hari ini), saya tetap ingin berkongsi. Semoga usaha untuk menyampaikan dalam bentuk penulisan akan membuatkan saya lebih matang, seterusnya memberi manfaat juga kepada para pembaca. Bagi yang akan bernikah, ini sebagai persediaan. Bagi yang sudah bernikah, ini sebagai tazkirah (peringatan). Jika kurang, harap ditambah. Jika salah, harap dibetulkan.

Pelajaran #1: Luruskan Niat

Niat adalah sebuah perkara pokok dalam kehidupan. Memandangkan pernikahan adalah salah sebuah proses kehidupan (bukan destinasi), maka niat juga harus diberi penekanan dalam sebuah p…

Kembalikan Hak Cinta

Image
Adakah kita memahami hak-hak cinta? Jika masih samar, maka kita akan mudah tergelincir ke dalam tindakan mengkhianati hak-hak cinta. Pengkhianatan terhadap hak-haknya adalah sesuatu yang zalim dan salah. Segala tindakan atau perbuatan yang mencerminkan sebuah pengkhianatan hak-hak cinta juga menjadi tindakan yang salah.

Hak cinta perlu dikembalikan, agar ia membina, bukan memusnahkan. Agar ia membuat kita teguh dalam kebenaran, bukan hanyut dalam kemaksiatan. Orang yang menyalahkan cinta atas keterlanjuran dirinya sendiri, sebenarnya tidak pernah memahami apa itu cinta. Orang yang meraikan cinta sehingga memesongkan dirinya dalam kesyirikan telah salah memberi erti pada cinta. Akhirnya, hak cinta tidak tertunai.

Mencinta Allah Melebihi Segalanya

Hak cinta adalah mencintai Allah melebihi segalanya. Kita mencintai pemberi menjangkaui segala hadiah/pemberiannya. Pelik, bagi orang-orang yang melupakan pemberi dan berlebihan mencintai hadiah/pemberiannya. Allah adalah pemberi segala yang k…

Al-Quran Adalah Sumber Tertinggi

Image
Bismillaahirrahmaanirrahiim.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam." (An-Nahl: 102)

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" (Al-Baqarah: 2)

Dua ayat di atas memberikan penjelasan bahawa Al-Quran ini adalah sumber keteguhan orang-orang beriman, petunjuk bagi mereka yang hendak bertaqwa. Ketika ia tidak lagi menjadi sumber kekuatan dan petunjuk yang menghidupkan dan memberi arah tuju kehidupan, maka yang perlu dipersoalkan adalah keimanan dan ketaqwaan kita.

Bukan, bukan ada salahnya pada kitab Al-Quran yang mulia. Al-Quran yang kita baca hari ini adalah Al-Quran yang sama dibaca oleh Rasulullah SAW da…

Membina Manusia Mengikut Acuan Islam

Image
Pembinaan manusia adalah sebuah proses yang sangat rumit, kerana manusia mempunyai seribu satu perangai yang tidak boleh dilayani dengan satu pendekatan yang serupa untuk semua orang. Membina seorang Muslim untuk menjadi seorang yang komited dengan Islam adalah sebuah proses yang sangat penting dan utama. Banyak perkara yang perlu dibentuk dan dibina sehingga seseorang itu benar-benar menjadi celupan Allah, masuk keseluruhan hidupnya ke dalam agama Islam.

Mengabaikan proses pembinaan ini (yang juga lebih tepat disebut tarbiyyah) bererti membiarkan dunia ini dimonopoli oleh manusia-manusia yang rosak dan tidak berakhlak. Ketika Muslim sendiri tidak lagi beriltizam dengan Islam, maka mereka pasti akan beriltizam dengan cara hidup selain Islam yang membawa kepada kehancuran kerana tidak teguh dan rapuh. Cara hidup yang paling tepat tentunya yang datang daripada pencipta manusia, Allah SWT.

Matlamat kita jelas, meninggikan kalimah Allah SWT di seluruh muka bumi. Perjuangan ini harus dimu…

Meraih Rahmat dan Cinta Ilahi

Image
Saya nak berkongsi suatu pengisian yang saya dapat daripada sebuah ceramah. Semoga bermanfaat untuk para pembaca. Mohon ditambah kalau ada yang kurang dalam perkongsian ini.


Jika nikmat kurniaan Allah adalah berdasarkan kepada amal kita, sudah tentu kita akan gagal dan mengalami defisit amal. Amal kita langsung tidak setimpal dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Mampukah kita membayar nikmat Allah dengan amal-amal kita?

Ketika seorang rahib memohon untuk masuk syurga dengan amalnya beratus tahun, Allah meletakkan sebelah matanya atas sebelah timbangan dan meletakkan segala amalnya di sebelah timbangan yang lain, ternyata timbangan itu lebih berat di bahagian mata. Itu baru nikmat mata, belum terbanding dengan segala nikmat lain yang dianugerahkan. Maka, kurniaan Allah itu adalah atas rahmat dan kasih sayang-Nya, yang menjangkaui kemampuan kita untuk membayar balik dengan apa jua amal. Sungguh, Allah benar-benar pemurah kepada hamba-Nya, sekalipun bagi yang kufur.

B…

Garis-garis Takdir Kehidupan

Image
Setiap orang mempunyai garis takdirnya sendiri yang telah tertulis sejak azali. Sebelum sesuatu terjadi, tak siapa tahu tentang apa yang bakal menimpa dirinya. Apatah lagi untuk mengetahui tentang ketentuan orang lain. Kita sentiasa ingin tahu tentang kejadian yang akan datang dalam hidup kita, sedangkan kita tak mungkin tahu kerana ia adalah perkara ghaib yang tersembunyi dalam ilmu Allah.
Keinginan manusia yang tinggi untuk mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa depan terbukti dengan terhasilnya filem-filem yang cuba menggambarkan kemampuan menilik masa depan. Lama dulu, kita pernah menonton cerita Back To The Future. Banyak lagi filem-filem yang menggambarkan keadaan masa depan yang hanya berlandaskan kepada imaginasi yang fana.
Di satu sudut lagi, terdapat begitu banyak sang bomoh penipu yang menilik nasib yang bakal menimpa seseorang sedangkan si bomoh sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi pada dirinya pada esok hari. 
Hakikatnya, hanya Allah yang mengetahui segala-gal…

Mengemudi Bahtera Pernikahan

Image
Di sebalik akad yang satu, ada cinta yang terpatri dalam wilayah yang dihalalkan Ilahi. Ada janji yang dimaterai kukuh. Pernikahan adalah sebuah fenomena yang sudah wujud sejak azali demi menyatukan dua hati. Lalu bahtera pernikahan itupun berlayar meninggalkan zaman bujang di belakang bersama segala suka duka yang dilalui, menuju ke sebuah destinasi cinta abadi.

Suami yang bertanggungjawab memimpin perjalanan bahtera ini, baik ketika air tenang membelai atau gelora datang membantai. Suami yang diberi amanah, dilantik menjadi nakhoda yang harus bertanggungjawab pada segala yang akan dilalui oleh bahtera ini. Di sebalik akad yang satu, ada sebuah peristiwa besar yang bersejarah. Ada jangkaan peristiwa masa depan yang bakal menggugah. Sang suami, harus membawa bahtera ini menuju ke destinasi dengan selamat.

Pernikahan bukan untuk meraikan pemilikan. Kita tidak memiliki pasangan kita kerana kita tak berkuasa menahan dia daripada diambil Ilahi. Ketentuan sang isteri bukan tertulis dalam …

Kekecewaan Adalah Aset Kebahagiaan

Image
Dalam perjalanan hidup ini, pasti ada perkara-perkara yang mengecewakan kita. Baik kekecewaan yang besar mahupun kecil. Baik yang digambarkan dengan tindakan atau hanya disimpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Ia adalah sebuah proses kehidupan. Jatuh adalah perkara biasa yang dialami oleh seorang budak yang sedang belajar berjalan. Kekecewaan ibarat sebuah lompong dalam hati kita. Semakin dalam dan perit kekecewaan yang kita hadapi, sebenarnya semakin besar lompong-lompong yang boleh kita isi dan ganti dengan kebahagiaan. The deeper you are hurt, the bigger the space for happiness to be filled in your life.

Ada perkara besar yang berlaku dalam hidup seseorang tetapi tidak membuatkan dia begitu kecewa. Sebaliknya, ada perkara kecil sahaja yang berlaku dalam hidup seseorang yang lain yang membuatkan dia merasa sangat kecewa dan terkesan. Sebenarnya, bukan kejadian atau fenomena yang menentukan tahap kekecewaan yang akan kita hadapi, tetapi keadaan hati kita yang akan menentukan sej…