Posts

Showing posts from June, 2012

Coretan Cinta Untukmu Akhi

Image
Kutujukan surat ini untuk semua sahabat yang dicintai. Akhi, Pertemuan denganmu adalah sebuah anugerah yang besar dalam hidupku. Anugerah daripada Dia yang memiliki dan melimpahkan rasa cinta ke dalam hati mereka yang dikehendaki-Nya. Cintaku padamu sentiasa segar walaupun masa berlalu, bahkan bertambah subur saban hari. Engkau sentiasa terasa dekat di hati walaupun kesibukan masing-masing membawa kita jauh daripada segi geografi. Jika cinta ini kerana penampilanmu, aku yakin masih ramai yang kacak berbandingmu (kau masih kacak, no offense), mengapa cintaku begitu dalam terhadapmu? Jika cintaku kerana hartamu, bahkan aku yang selalu belanja makan (walaupun cuma sebungkus nasi lemak RM 1.20 dan air suam percuma). Jika cintaku kerana kedudukanmu, rasanya tak siapa yang ingin bertemumu meminta cap dan tandatanganmu (mungkin belum lagi). Lalu cintaku padamu kerana apa? Kerana keimanan akhi. Kerana kita sama-sama mentauhidkan Tuhan yang satu. Kita sama-sama berjuang menyebarkan kalima