Posts

Showing posts from August, 2016

Berapa Ramai Orang Yang Hidupnya Sia-sia

Image
Genap sudah usiaku 28 tahun. Hampir separuh umur kalau dianggar berdasarkan rata-rata umur manusia iaitu 60-an. Namun, siapa pula yang menjamin bahawa usia pasti berakhir pada sekitar 60-an? Bila-bila masa sahaja usia ini akan menemui titik hujungnya, noktah. Bahkan di ketika ini, ramai juga temanku di sekolah dan universiti yang telah pergi. Ada yang sakit, lalu bertemu ajalnya. Ada yang lemas di sungai, lalu bertemu ajalnya. Ada yang kemalangan di jalan raya, lalu bertemu ajalnya. Bahkan ada juga yang hilang bersama MH370 dan tidak tahu nasibnya. Ada yang sebaya denganku, ada yang lebih muda dan ada yang lebih tua sedikit. Pokoknya, semuanya pergi secara TIBA-TIBA. Usia bukan hanya angka yang menunjukkan tempoh masa, tetapi ia juga adalah penanda akan pengalaman hidup yang telah semakin bertambah. Seiring bertambahnya pengalaman hidup (Baca: semakin tua), adakah bertambah juga kematangan hidup? Begitu juga seiring jelasnya garis takdir yang telah berlalu, adakah bertambah jelas