Posts

Showing posts from November, 2009

Kalau Bulan Bisa Berbicara

Image
Suatu malam yang hening, saya mendapat mesej daripada seorang teman: “Salam…Dah tengok bulan?” Saya yang sedang sibuk melakukan kerja di dalam bilik tidak pula merasa terpanggil untuk segera keluar. “Kemudianlah tengok. Tak ke mana bulan tu” , hati saya mendesis. Selang beberapa ketika, suatu panggilan masuk, saya jawab. “Eh Zul, ada di mana? Cepat keluar tengok bulan!” wah, teruja sekali bunyinya. “Ok” , Saya lantas mematikan panggilan dan segera keluar dan memandang ke langit. Terlihatlah akan indahnya bulan, dilingkari satu bulatan ibarat spektrum cahaya pelangi. Cahaya mengelilingi cahaya. Sungguh indah dan mempesonakan. Tidak lama selepas itu, masuk lagi satu panggilan daripada seorang teman lain, “Zul ada di mana? Tengok tak bulan?” “Ya, dah tengok, dah ada orang beritahu tadi”.

We Are Special!

Image
Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia, “We are special!". Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini.

Cukup Sampai Sini

Image
Telah lama kita lesu daripada kegigihan dalam perjuangan. Bukan sekali kita lari daripada menggalas amanah dan kewajipan. Terlalu sering kita beralasan setiap kali diseru untuk berkorban. Acap kali kita menjadi hamba kepada keinginan, membuang perasaan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Tiba masanya untuk kita membulatkan tekad melangkah gagah dalam perjuangan. Cukup sampai di sini teman, jangan bunuh dirimu sebelum ajal. Kelak kita akan mati sebelum mati. Pemuda punya obsesi dalam melakukan sesuatu. Telah lama obsesi kita dialihkan oleh musuh-musuh Islam kepada perkara-perkara yang merosakkan iman dan menumpulkan akal. Kita makan apa sahaja yang dihidangkan berupa hiburan, gaya hidup dan corak pemikiran.

Pemain dan Pengkritik

Image
Setiap permainan ada gelanggang. Untuk bermain, kita harus masuk ke dalam gelanggang, merasa segala sepak terjang di dalamnya. Umpama bermain bola, kita harus berada di dalam gelanggang untuk dapat menjaringkan gol. Jika kita menjadi pengkritik, kita takkan menjulang piala kemenangan. Pasukan A melawan pasukan B, salah satu akan menang. Mungkinkah pengkritik menang? Pengkritik boleh mengulas sesuka hatinya tentang tindakan pemain, namun dia takkan pernah merasai apa yang dilalui pemain, selagi dia belum terjun ke dalam gelanggang menjadi pemain.

Rezeki Di Tangan Tuhan

Image
Pernah suatu hari saya ingin melawat Mak Long di Temerloh. Saya daripada Kuantan. Dengan harga tiket RM 10 lebih kurang, saya bertolak ke Temerloh petang itu. Cadangnya cuma ingin tidur semalam dan pulang besoknya. Dalam perkiraan, cuma RM 20 diperuntukkan untuk pergi dan pulang. Setibanya di sana, abang dan kakak sepupu ramai, di bulan Ramadhan baru-baru ini. Kami sempat berbuka bersama. Malam itu, mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang, abang sepupu sempat menghulurkan RM 100 kepada saya. “Alhamdulillah, Terima kasih bang” . Dalam masa yang sama, kakak sepupu juga menghulurkan RM 50. “Subhanallah” , dalam hati saya serba salah. “Terima kasih kak” …Saya cuba menolak, namun dipaksa, “Ambillah, duit raya” . Malam itu mereka pulang ke Kuala Lumpur.

Hidup Tidak Boleh Reverse

Image
Hidup ini takkan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku takkan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tak dapat nak reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita takkan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan. Allah memberikan peluang membuat keputusan, kemudian memberikan peluang mengambil pelajaran. Bahkan dengan taubat, Allah akan memadamkan semuanya daripada tulisan. Namun kita sentiasa lupa. Jadi, apakah kita mahu terus melakukan kesalahan dan kelak menyesal? Atau berfikir sebelum melakukan sesuatu yang takkan dapat terpadam daripada sejarah hidup? Maha suci Tuhan yang masih memberikan Rahmat dan Nikmat dalam hidup yang penuh dosa dan noda.

Konsistensi

Image
Konsistensi merupakan anak kunci kepada kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Orang yang konsisten mampu bertahan lama dalam sesebuah amal walaupun sedikit. Dalam Islam, konsep ‘Istiqamah’ telah lama diajarkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasul dalam sabdanya. Istiqamah adalah konsisten, tetap pendirian, teguh dan tidak berubah dalam melakukan atau mempertahankan sesuatu. Dalam melakukan apa jua amal, istiqamah sangat penting supaya matlamat yang dikehendaki daripada amal tersebut tercapai. Bukan sahaja dalam beramal, namun juga dalam mempertahankan kebenaran. Boleh jadi kita meninggalkan sesuatu amal atau pendirian kerana tidak terasa kesannya. Atau mungkin kita tidak terasa kesannya kerana tidak istiqamah. Yang mana yang betul? Mari kita meneroka hati dan berbicara tentang konsistensi atau istiqamah.