Posts

Showing posts with the label Dunia

Manusia Sengal

Kebencian menjadi kegilaan, Gila dan dahaga darah insan, Nyawa murah di rumah Ibadah, Bebas, bangga, musnah kemanusiaan, Fahaman sesat, jiwa pengganas. Pelampau tak kenal agama, Tumpah darah dan air mata, Mencemar tamadun manusia, Menyemai seribu dusta, Melampias dendam durjana. Betapa akal terasuk, Jiwa terbawa ingin yang busuk, Menghambur peluru kotor, Bersama bebal yang menebal, Dan mentaliti yang sengal. Barangkali ia merasa murni, Mengalirkan darah suci, Membersih muka bumi, Tak tersisa hamba Ilahi, Kecuali insan penuh berahi. Sampai bila kau dapat melata, Dengan segala yang bakal sirna, Hanyut dalam mimpi dunia, Merasa benar membuat angkara, Memusnah yang Tuhan Anugerah. Suatu saat mulutmu terkunci, Tanganmu berbicara lantang, Akan segala nyawa yang melayang, Kakimu menjadi saksi, Akan segala langkah yang memusnah, Barulah engkau sedar apa itu benar. Kebenaran takkan pernah tenggelam, Betapa manusia cuba memadam, Kebatilan takkan pernah mena...

Material Does Not Always Work

Image
The life horizon Life worth more than materials achievements. It is not always about how much money do we have or how high our position is in the society. Not also about how many wives or children we have in our possession alone. Certificates, titles, properties, companies are not the reasons why we live. If those things are the only indicators of a meaningful life, then those people without any of them might live an empty life ever. Undeniably, those material indicators might affect our life to some extent but not the goals of life. Truth be told, some (or most) people having those materials in their possession might not enjoy life as much as those who are not. To some extent, those who doesn't really possess all those things might live happier, healthier and longer. Materials does not always equal to happiness. The current living society In our current living society whereby materials parameter are being assessed seriously as indicators of success, our per...

Kelebihan Bukan Kemuliaan, Kekurangan Bukan Kehinaan

Image
Suatu hari saya dan beberapa orang teman duduk bersama seorang ustaz untuk mendengar tazkirah. Sesi itu begitu ringkas dan mengena. Ustaz mulakan dengan sebuah simulasi. 2 orang kawan saya diberi sebuah buku setiap seorang. Seorang diberi buku yang tebal, sedangkan seorang lagi bukunya nipis. Lalu kata ustaz kepada yang diberi buku tebal, "katakan ustaz hadiahkan buku ini buatmu, apa perasaanmu?", jawabnya, "gembira!". Lalu ustaz beralih kepada yang diberi buku nipis, "bagaimana denganmu?", katanya, "kurang gembira kerana lebih nipis berbanding dia". Ustaz kemudian memberikan arahan seterusnya, "sekarang, kamu berdua diminta membaca buku tersebut dan bentangkan pada pertemuan kita yang akan datang". Di ketika itu, yang berbuku tebal berkerut dahinya, yang berbuku nipis tersenyum gembira. Ustazpun tersenyum. 'Ibrahpun bermula. Kita selalu gembira dengan kelebihan yang banyak dan bersedih dengan sedikitnya kelebihan. Kita lupa, b...

Tarbiyah dan Perjuangan

Image
Pertarungan Internal dan External Seorang Muslim itu membawa sebuah perjuangan yang sememangnya terkandung dalam syahadah yang diungkapkan, diyakini dan diamalkan.Pertarungan yang digalas di bahu seorang Muslim itu adalah sebuah kewajipan yang tidak terpisah daripada kehidupannya. Tahap pertarungan itu semakin bertambah tatkala gelar Muslim itu di upgrade menjadi Mukmin. Tidak ada pertarungan yang tidak bermusuh. Tentu ada musuh, baru ada perlawanan.Maka perlawanan yang sedang kita hadapi adalah melibatkan musuh luaran mahupun dalaman, external dan internal.

Umat Dalam Satu Tubuh

Image
Biarpun mereka tak berada bersama kita, namun mereka tetap sebahagian daripada kita. Biarpun kita tak pernah merasai apa yang mereka rasai, kita tetap sebahagian daripada mereka. Kita ibarat tubuh yang satu, saling melengkapkan antara satu sama lain. Kaki tak dapat melangkah tatkala badan lemah atau akal tak berfungsi. Itulah hakikatnya. Namun, realitinya lain, jauh berbeza. Kita tak pernah merasakan bahawa mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka. Kita hidup seolah-olah mereka tidak pernah wujud ataupun tak bererti bagi kita. Bukan setakat tak ingin membantu, bahkan tak ingin langsung mengambil tahu. Siapakah mereka?

Islam Menyatukan Hati-hati

Image
Apa yang terjadi di Palestin hari ini atau lebih spesifik lagi di Gaza merupakan sesuatu yang tidak mungkin diredhai oleh Umat Islam sedunia melainkan mereka yang benar-benar buta dalam melihat situasi atau masih meletakkan mind-set bahawa krisis yang sedang berlaku adalah permasalahan bangsa Arab . Tak kurang juga yang masih terkapai-kapai mencari punca dan gagal melihat isu ini berkait dengan kita sebagai seorang manusia bahkan sebagai seorang muslim dan mukmin. Jenayah dan penjajahan yang sedang berlaku di Palestin merupakan suatu kekejaman yang langsung tidak layak berlaku pada era ini dan bertentangan yang amat sangat kepada konsep “ Human Rights ” yang mereka perjuangkan.

Tatkala Kita Mengukir Senyum

Image
Salam sejahtera kepada semua pembaca dan saudara yang ku cintai. Sesungguhnya kita tidak bertemu dan berpisah melainkan dengan izin Allah yang menciptakan dan menentukan pertemuan dan perpisahan. Sesungguhnya hidup kita di dunia ini sementara kerana mati itu pasti dan hidup itu pasti berakhir di dunia ini. Ke mana kita sesudah itu? Ke alam yang abadi yang penuh dengan balasan, syurga atau neraka, nikmat atau azab. Kita hidup dengan penuh kenikmatan yang tidak terhitung sebagaimana digambarkan oleh Allah bahawa kita takkan mampu menghitung nikmat-nikmat-Nya. Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Tidakkah kita sedar dan insaf bahawasanya Allah menciptakan kita bersebab dan ada tujuan? Sesungguhnya Allah menjadikan segalanya di atas muka bumi ini sebagai perhiasan untuk menguji siapa yang terbaik amalnya.