Posts

Showing posts from December, 2016

Tempuh

Tempuh Adalah sebuah kemestian Bagi mereka yang mahu ke depan Tempuh Berbeza laluan bagi setiap insan Asasnya berpaksikan keberanian Menempuh perjalanan tanpa kepastian Apakah impian akan diraih ke genggaman Tempuh Tidak bisa dengan alasan Tidak bermakna dengan separuh jiwa Tidak sepi daripada pengorbanan Tidak putus daripada tentangan Tempuh Biar panjang asalkan tenang Biar sukar asalkan tekad Biar goncang asalkan terus Tempuh Adalah sebuah kemestian Bagi mereka yang ingin bertemu Tuhan Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudah baginya jalan ke SYURGA

Begin with the end in mind

Saya petik ungkapan ini daripada penulis barat, Stephen Covey. Begin with the end in mind. Bagi mereka yang memahaminya, tentu merasakan betapa dalam hikmahnya. Bahawa kita perlu jelas akan tujuan atau matlamat akhir sebelum memulakan langkah awal. Berabad-abad sebelumnya, Umat Islam telahpun diajar bahawa setiap amal tergantung niatnya, bagi setiap orang apa yang ia niatkan (Hadith). Sebuah peringatan yang datang setelah berlalunya sebuah ekspedisi hijrah yang sangat sukar. Walaupun sama-sama menempuhinya, namun matlamat akhir membezakan nilainya. Kejelasan niat dan tujuan akhir sebuah kehidupan itu diterapkan dengan begitu dalam bagi seorang Muslim. Bahawa solatnya, ibadahnya, hidupnya dan matinya adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Bahawa ia akan dihadapkan di hadapan Allah untuk diperlihatkan segala catatan amalnya, tidak terkecuali seorangpun. The end in mind yang menjangkaui the end of life. The end in mind yang dikuatkan dalam dirinya 5 kali sehari, paling kurang. Ap