Posts

Showing posts from November, 2008

Analogi Serangan Pemikiran

Image
Dalam satu kelas murid-murid sekolah rendah darjah 6, seorang guru masuk dan semua murid bangun memberikan penghormatan. “Semua bangun….Selamat Pagi Cikgu!” arah seorang ketua darjah diikuti oleh murid-murid yang lain. “Baik semua duduk” arah guru tersebut, Puan Alia. Puan Alia juga dikenali sebagai Ustadzah Alia oleh para pelajarnya. Beliau mengajar subjek Pendidikan Islam. Di antara semua guru yang lain, beliau merupakan guru yang paling disayangi oleh murid-murid. Setiap kali waktu beliau mengajar, murid-murid sentiasa ceria kerana cara pendekatan yang digunakan oleh beliau lain daripada yang lain.

“Baiklah murid-murid Ustadzah yang disayangi sekalian, hari ini kita akan main satu permainan”, kata Ustadzah Alia. Mata murid-murid kelihatan berbinar-binar tanda keriangan.

Tatkala Kita Mengukir Senyum

Image
Salam sejahtera kepada semua pembaca dan saudara yang ku cintai. Sesungguhnya kita tidak bertemu dan berpisah melainkan dengan izin Allah yang menciptakan dan menentukan pertemuan dan perpisahan. Sesungguhnya hidup kita di dunia ini sementara kerana mati itu pasti dan hidup itu pasti berakhir di dunia ini. Ke mana kita sesudah itu? Ke alam yang abadi yang penuh dengan balasan, syurga atau neraka, nikmat atau azab.

Kita hidup dengan penuh kenikmatan yang tidak terhitung sebagaimana digambarkan oleh Allah bahawa kita takkan mampu menghitung nikmat-nikmat-Nya. Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Tidakkah kita sedar dan insaf bahawasanya Allah menciptakan kita bersebab dan ada tujuan? Sesungguhnya Allah menjadikan segalanya di atas muka bumi ini sebagai perhiasan untuk menguji siapa yang terbaik amalnya.