Analogi Serangan Pemikiran

Dalam satu kelas murid-murid sekolah rendah darjah 6, seorang guru masuk dan semua murid bangun memberikan penghormatan. “Semua bangun….Selamat Pagi Cikgu!” arah seorang ketua darjah diikuti oleh murid-murid yang lain. “Baik semua duduk” arah guru tersebut, Puan Alia. Puan Alia juga dikenali sebagai Ustadzah Alia oleh para pelajarnya. Beliau mengajar subjek Pendidikan Islam. Di antara semua guru yang lain, beliau merupakan guru yang paling disayangi oleh murid-murid. Setiap kali waktu beliau mengajar, murid-murid sentiasa ceria kerana cara pendekatan yang digunakan oleh beliau lain daripada yang lain.

“Baiklah murid-murid Ustadzah yang disayangi sekalian, hari ini kita akan main satu permainan”, kata Ustadzah Alia. Mata murid-murid kelihatan berbinar-binar tanda keriangan.

“Semua sudah bersedia?”

“Sudah!” semua sekali menjawab.

“Baiklah kita mulakan. Di tangan kanan ustadzah ada pen dan di tangan kiri pula ada marker. Setiap kali ustadzah angkat tangan kanan sebut ‘pen’ dan setiap kali ustadzah angkat tangan kiri sebut ‘marker’. Boleh?”

“Boleh”, kata mereka sambil memperbetul posisi duduk tanda sedia.

Permainan pun bermula. Ustadzah Alia mengangkat tangannya kiri dan kanan bergilir-gilir dan bingitlah kelas tersebut dengan bunyi ‘pen’ dan ‘marker’. Murid-murid kelihatan yakin sekali dan mereka dapat menyebut dengan baik, serentak dan tepat.

“Bagus semua! Sekarang kita tukar pula. Setiap kali ustadzah angkat tangan kanan yang ada pen sebut ‘marker’ dan setiap kali ustadzah angkat marker sebut ‘pen’.”

Murid-murid kelihatan bingung dan risau. Permainan pun diteruskan.

Pada mulanya, mereka menghadapi masalah kerana pertukaran yang dilakukan. Mereka seringkali masih menyebut ‘pen’ untuk pen dan ‘marker’ untuk marker. Lama kelamaan, mereka menjadi terbiasa lantas dapat menyesuaikan diri dengan baik.

“Baiklah, bagus murid-murid sekalian. Sekarang ustadzah nak seorang untuk bangun dan menceritakan pengajaran daripada permainan kita tadi.” Semua terdiam dan tunduk takut dipanggil.

“Ahmad, kamu bangun dan ceritakan.”

Ahmad selaku ketua kelas pun bangun dengan bingung untuk memberikan komen.

“err…err…saya rasa permainan ini menguji otak kiri dan otak kanan lah ustadzah”

Murid-murid yang lain berseloroh tanda setuju dan kagum dengan pendapat yang diberikan.

“Bagus Ahmad, duduk.” Ustadzah tersenyum sambil mengalihkan pandangannya kepada semua murid-muridnya.

“Baiklah biar ustadzah ceritakan dengan jelas. Apa yang Ahmad katakan tadi juga betul tetapi bukan itu sebenarnya yang ingin ustadzah gambarkan. Sebenarnya ini berkaitan dengan kehidupan kita sekarang. Ya! Kehidupan Umat Islam. Kita tahu yang hak itu adalah hak dan yang batil itu tetap batil. Namun sekarang kita diajari oleh barat dan seterunya bahawa yang hal itu adalah batil dan yang batil itu adalah hak. Walaupun kita tidak dapat menerima pada mulanya, lama kelamaan kita akan menjadi terbiasa dan merasakan apa yang mereka hidangkan kepada kita itu betul belaka.” Terang ustadzah Alia dengan panjang lebar.

Murid-murid mengangguk tanda faham akan penjelasan yang diberikan sekaligus mereka merasa betul apa yang dikatakan oleh Ustadzah Alia.

“Jadi kita harus berpegang teguh kepada kebenaran dan jangan sekali-kali menukarkannya dengan kebatilan. Baiklah kita teruskan dengan topik pembelajaran kita hari ini. Semua buka buku teks tajuk ‘Serangan Pemikiran’….”

Pengajaran: Jangan tertipu dengan propaganda Yahudi dan Barat!

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Adik beradik

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Allah Memberikan Apa Yang Kita Perlu