Posts

Showing posts from November, 2011

Pencinta Maksiat

Image
Maksiat. Mulanya ia dibenci, dijauhi. Kemudian dicuba, terasa nikmatnya. Lalu ketagih, menjadi rutin. Lama-kelamaan, iapun dicintai, melekat di dalam hati. Sehingga akhirnya diri menjadi pembela dan pendokong maksiat. Dokongannya tak disebut, tapi amalnya menggambarkan kecintaan yang tak berbelah bahagi pada maksiat yang telah melekat di hati. Benarlah bagai dikata, bersabar untuk tidak melakukan maksiat itu lebih mudah daripada bersabar untuk tidak mengulanginya.

Bagaimana jiwa yang mencintai maksiat akan mampu mencegah orang lain daripada melakukannya, ketika diri sendiri sering kali terjebak ke dalamnya? Hati yang menanam cinta pada maksiat menahan anggota daripada beramal untuk menyekatnya. Mungkin maksiat yang dilakukan itu sembunyi-sembunyi, dan kecintaan itu tak dinampakkan kepada orang lain. Namun kesannya besar pada keteguhan hati. Langkah seringkali terhenti saat ingin melarang orang lain melakukannya. "Aku juga melakukan ini." Hati tak terasa terpanggil untuk meng…