Posts

Showing posts from 2009

Bersandar Pada Kehebatan Orang Lain

Image
Ada orang berusaha keras untuk menjadi hebat, sementara yang lain hanya ingin dipandang hebat. Ada beza antara keduanya. Golongan yang pertama akan terus mengikhlaskan niat, mencipta kehebatan seperti dikehendaki Allah dan Rasul serta sentiasa sedar akan kelemahan diri dan memperbaikinya. Golongan kedua akan terus tenggelam dalam pujian dan pengiktirafan manusia. Merasa hebat, dipandang hebat, tapi indah khabar dari rupa. Selalunya orang yang ingin dipandang hebat hanya akan menyandarkan kehebatannya pada orang lain. Ertinya mereka sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri padahal kehebatan sebenarnya terdapat pada orang lain. Mereka itu mungkin diri kita sendiri yang suka diiktiraf berdasarkan kepada orang-orang yang kita kenal, ataupun orang-orang yang mengenali kita. Misalnya kita dikenali oleh tokoh negara atau seseorang yang diketahui kehebatannya, kita akan mula merasa bahawa kita juga harus menerima pengiktifaran yang sama. Kita mula berbicara “ah, aku kenal Menteri Besar

Watak dan Babak-babak Kehidupan

Image
"(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja." (An-Naazi’aat: 46) Perjalanan hidup ini terasa jauh, hakikatnya singkat. Entah, kadang sesuatu yang ingin dicapai terasa sangat jauh, sukar dan berliku. Namun sesuatu yang telah berlaku ibarat terlalu singkat, dekat dan masih diingat. Maha suci Tuhan yang menciptakan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Tersembunyi dalam Hikmah Ilahi dan dada-dada orang berilmu. Entah berapa kali aku terjatuh, dan bangun. Entah berapa kali aku gagal, dan menemui kejayaan. Silih berganti. Ibarat malam dan siang, juga gelap dan terang. Apabila aku merenung sejarah hidup sendiri, terasa begitu hebat plot-plot dan babak-babak yang telah ditakdirkan Tuhan, Allah yang Maha Menentukan.

Perubahan Materi VS Perubahan Rohani

Image
Hijrah seringkali dikaitkan dengan perubahan. Segala paparan sejarah berkenaan dengan kisah hijrah boleh dikatakan sudah diketahui umum. Walaupun tak semua yang mengetahui secara terperinci atau memahami hikmah di sebalik setiap peristiwa, namun umum mengetahui bahawa kisah hijrah menggambarkan sebuah perjalanan yang penuh dengan pengorbanan. Perpindahan yang menggambarkan bukti keimanan dan keazaman dalam perjuangan. Apabila kita mengimbau kembali sirah berkenaan dengan peristiwa hijrah, kita akan menyedari betapa hebatnya nilai ketamadunan Islam yang dibina daripada kesungguhan dan pengorbanan. Tak kurang juga kehebatan daripada segi strategi dan politik. Hijrah adalah sebuah momentum yang bukan dongengan, tapi dilakarkan oleh Rasulullah dan para sahabat 1431 tahun yang lalu. Ya, kisah lama yang segar dalam ingatan buat orang-orang yang mahu mengambil pelajaran.

Hamba Yang Merdeka

Image
Kita hamba, kepada siapa? Kita sedang dijajah apabila menjadikan diri hamba kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Sebaliknya, kita merdeka apabila menjadikan diri hamba kepada Allah. Hakikatnya, kita memang hamba Allah. Namun kita seringkali lalai dan diperhambakan oleh selain Allah. Islam datang dan memerdekakan manusia dengan menghapuskan perhambaan kepada makhluk dan selain Allah. Kelalaian kita menyedari hakikat ini menyebabkan kita sering merasa terpenjara, terikat dan terkongkong walaupun memiliki kebendaan yang hebat dan mampu memenuhi setiap keinginan diri. Persoalan kita hamba kepada siapa sudah lama terjawab. Sekarang kita harus membuat pilihan, sama ada ingin menjadi hamba yang ta’at atau yang ingkar. Apapun pilihan kita, ia sama sekali tidak menjejaskan Allah, penguasa segala hamba. Allah menawarkan kemerdekaan, jangan pula kita memilih keterikatan kepada makhluk dan kebendaan lalu meletakkan diri di dalam kebinasaan.

Kalau Bulan Bisa Berbicara

Image
Suatu malam yang hening, saya mendapat mesej daripada seorang teman: “Salam…Dah tengok bulan?” Saya yang sedang sibuk melakukan kerja di dalam bilik tidak pula merasa terpanggil untuk segera keluar. “Kemudianlah tengok. Tak ke mana bulan tu” , hati saya mendesis. Selang beberapa ketika, suatu panggilan masuk, saya jawab. “Eh Zul, ada di mana? Cepat keluar tengok bulan!” wah, teruja sekali bunyinya. “Ok” , Saya lantas mematikan panggilan dan segera keluar dan memandang ke langit. Terlihatlah akan indahnya bulan, dilingkari satu bulatan ibarat spektrum cahaya pelangi. Cahaya mengelilingi cahaya. Sungguh indah dan mempesonakan. Tidak lama selepas itu, masuk lagi satu panggilan daripada seorang teman lain, “Zul ada di mana? Tengok tak bulan?” “Ya, dah tengok, dah ada orang beritahu tadi”.

We Are Special!

Image
Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia, “We are special!". Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini.

Cukup Sampai Sini

Image
Telah lama kita lesu daripada kegigihan dalam perjuangan. Bukan sekali kita lari daripada menggalas amanah dan kewajipan. Terlalu sering kita beralasan setiap kali diseru untuk berkorban. Acap kali kita menjadi hamba kepada keinginan, membuang perasaan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Tiba masanya untuk kita membulatkan tekad melangkah gagah dalam perjuangan. Cukup sampai di sini teman, jangan bunuh dirimu sebelum ajal. Kelak kita akan mati sebelum mati. Pemuda punya obsesi dalam melakukan sesuatu. Telah lama obsesi kita dialihkan oleh musuh-musuh Islam kepada perkara-perkara yang merosakkan iman dan menumpulkan akal. Kita makan apa sahaja yang dihidangkan berupa hiburan, gaya hidup dan corak pemikiran.

Pemain dan Pengkritik

Image
Setiap permainan ada gelanggang. Untuk bermain, kita harus masuk ke dalam gelanggang, merasa segala sepak terjang di dalamnya. Umpama bermain bola, kita harus berada di dalam gelanggang untuk dapat menjaringkan gol. Jika kita menjadi pengkritik, kita takkan menjulang piala kemenangan. Pasukan A melawan pasukan B, salah satu akan menang. Mungkinkah pengkritik menang? Pengkritik boleh mengulas sesuka hatinya tentang tindakan pemain, namun dia takkan pernah merasai apa yang dilalui pemain, selagi dia belum terjun ke dalam gelanggang menjadi pemain.

Rezeki Di Tangan Tuhan

Image
Pernah suatu hari saya ingin melawat Mak Long di Temerloh. Saya daripada Kuantan. Dengan harga tiket RM 10 lebih kurang, saya bertolak ke Temerloh petang itu. Cadangnya cuma ingin tidur semalam dan pulang besoknya. Dalam perkiraan, cuma RM 20 diperuntukkan untuk pergi dan pulang. Setibanya di sana, abang dan kakak sepupu ramai, di bulan Ramadhan baru-baru ini. Kami sempat berbuka bersama. Malam itu, mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang, abang sepupu sempat menghulurkan RM 100 kepada saya. “Alhamdulillah, Terima kasih bang” . Dalam masa yang sama, kakak sepupu juga menghulurkan RM 50. “Subhanallah” , dalam hati saya serba salah. “Terima kasih kak” …Saya cuba menolak, namun dipaksa, “Ambillah, duit raya” . Malam itu mereka pulang ke Kuala Lumpur.

Hidup Tidak Boleh Reverse

Image
Hidup ini takkan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku takkan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tak dapat nak reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita takkan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan. Allah memberikan peluang membuat keputusan, kemudian memberikan peluang mengambil pelajaran. Bahkan dengan taubat, Allah akan memadamkan semuanya daripada tulisan. Namun kita sentiasa lupa. Jadi, apakah kita mahu terus melakukan kesalahan dan kelak menyesal? Atau berfikir sebelum melakukan sesuatu yang takkan dapat terpadam daripada sejarah hidup? Maha suci Tuhan yang masih memberikan Rahmat dan Nikmat dalam hidup yang penuh dosa dan noda.

Konsistensi

Image
Konsistensi merupakan anak kunci kepada kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Orang yang konsisten mampu bertahan lama dalam sesebuah amal walaupun sedikit. Dalam Islam, konsep ‘Istiqamah’ telah lama diajarkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasul dalam sabdanya. Istiqamah adalah konsisten, tetap pendirian, teguh dan tidak berubah dalam melakukan atau mempertahankan sesuatu. Dalam melakukan apa jua amal, istiqamah sangat penting supaya matlamat yang dikehendaki daripada amal tersebut tercapai. Bukan sahaja dalam beramal, namun juga dalam mempertahankan kebenaran. Boleh jadi kita meninggalkan sesuatu amal atau pendirian kerana tidak terasa kesannya. Atau mungkin kita tidak terasa kesannya kerana tidak istiqamah. Yang mana yang betul? Mari kita meneroka hati dan berbicara tentang konsistensi atau istiqamah.

Perasaan dan Tindakan

Image
Kita hidup sebagai seorang manusia yang tidak pernah terpisah daripada perasaan. Kita akan sentiasa merasa-rasa sepanjang kehidupan. Ini bukan soal rasa deria, tapi soal rasa hati, mungkin jauh namun penuh erti. Perasaan itu timbul atau ditimbulkan dengan sengaja? Soalan ini nampak bodoh tapi ada bezanya. Kita dipukul oleh seseorang, tiba-tiba kita merasa marah. Marah itu timbul atau kita timbulkan sendiri? Saya tidak maksudkan implikasi daripada perasaan tersebut, tapi tentang kemunculan perasaan itu. Tatkala kita memandang seseorang dan jatuh hati, adakah perasaan itu timbul atau ditimbulkan? Selalunya perasaan itu datang tiba-tiba buat pertama kali, namun tanpa kita sedari ia berkembang dan akan terus menguasai diri jika kita terus melayannya. Dalam ertikata lain, kita hanyut dengan apa yang kita rasakan. Apabila kita marah, kita biarkan perasaan itu terus membiak. Apabila kita sedih, kita terus melayannya dan itu membuatkan kita menjadi semakin sedih. Boleh jadi juga perasaan itu

Mencari Cinta Sebalik Ramadhan

Image
"Dan di kalangan manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai sepertimana mereka mencintai Allah. Dan orang-orang beriman itu amat sangat cintanya pada Allah…” (Al-Baqarah: 165) Semua orang menjadi teruja apabila berbicara tentang cinta. Semua orang tahu bahawa cinta itu pelbagai bentuk dan halatujunya dan ia adalah satu perasaan yang sukar untuk dinafikan. Itulah kehebatan Allah dalam mencipta sebuah perasaan yang dinamakan CINTA. Tatkala kita mengetahui bahawa cinta itu dicipta Allah, pernahkah kita terfikir untuk apa ia diciptakan? Atau mungkin kita asyik merasa kenikmatan cinta sehingga kita sendiri lupa ke mana harus ia dihalakan dan apa yang Allah kehendaki daripada perasaan yang diciptakan tersebut. Kalau tidak kerana cinta, hidup kita entah bagaimana. Namun, kerana cinta juga, boleh jadi hidup kita ENTAH KE MANA.

Dibelenggu Pengalaman

Image
Pengalaman. Guru yang sangat berkesan. Boleh jadi satu memori hitam yang cukup menyakitkan. Apa yang sedang kita alami sekarang, sebentar lagi akan menjadi pengalaman. Setiap hari kita menimba pengalaman baru, meneroka alam kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang harus dialami, tiada kecuali. Sekadar pengalaman tidak cukup membuatkan kita menjadi lebih baik jika tidak ada yang kita pelajari daripadanya. Bahkan mungkin, pengalaman dapat membawa kita ke dalam kehidupan yang penuh kerisauan, ketakutan, kebimbangan dan ketidakpastian. Kita buntu, tidak berani melangkah kerana pengalaman silam cukup memeritkan. Apabila itu yang kita alami dan kita tidak bisa keluar daripada pola pemikiran tersebut, sedarilah bahawa kita sedang DIBELENGGU PENGALAMAN!

Hikmah Sebalik Ketentuan

Image
Banyak perkara yang telah, sedang dan akan berlaku dalam kehidupan kita. Segala yang telah lepas takkan mungkin kembali, menjadi kenangan dan ingatan sampai mati. Segala yang sedang berlaku akan menjadi kenangan hari esok manakala segala yang akan berlaku belum pasti dan di luar ilmu kita. Kita bisa meneka dan membuat andaian, namun belum tentu tepat dan mungkin meleset sama sekali. “Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui” Itulah kehidupan, ciptaan Tuhan. Kadang-kadang kita terlalu menyesali apa yang telah berlalu dan terlalu risau akan apa yang bakal datang sehinggakan kita terlepas pandang apa yang sedang berlaku. Kita hilang fokus dan terus menerus menyesali diri sehingga segala yang sedang berlaku terus berlalu. Acap kali juga kita menjadi sangat risau akan hari esok sehinggakan takut untuk menghadapi apa yang sedang berlaku. Seringkali juga kita terlupa bahawa Allah punya Ketentuan. Ketentuan Allah pasti ada hikmahnya, dalam sedar ataupun tidak.

Umat Dalam Satu Tubuh

Image
Biarpun mereka tak berada bersama kita, namun mereka tetap sebahagian daripada kita. Biarpun kita tak pernah merasai apa yang mereka rasai, kita tetap sebahagian daripada mereka. Kita ibarat tubuh yang satu, saling melengkapkan antara satu sama lain. Kaki tak dapat melangkah tatkala badan lemah atau akal tak berfungsi. Itulah hakikatnya. Namun, realitinya lain, jauh berbeza. Kita tak pernah merasakan bahawa mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka. Kita hidup seolah-olah mereka tidak pernah wujud ataupun tak bererti bagi kita. Bukan setakat tak ingin membantu, bahkan tak ingin langsung mengambil tahu. Siapakah mereka?

Sinergi Tua dan Muda

Image
Kita mungkin pernah mendengar orang-orang muda berbicara begini: “Orang-orang tua ni susah sikit. Mereka ni kolot. Susah nak terima pendapat orang lain. Asyik-asyik dengan teori lama dan tak relevan dengan zaman kini. Biarlah mereka dengan cara mereka. Lambat dan tak proaktif.” Dalam masa yang sama, orang-orang tua pula berbicara begini: “Orang-orang muda ni semangat mereka lebih sikit, susah nak kawal. Kita bagi nasihat pun tak mahu dengar. Biarlah mereka dengan cara mereka. Kita nak tengok setakat mana mereka punya kepandaian.” Haruskah begitu?

Tragedi 2 Jun 2009

Image
Ini kisah benar tentang diriku. Mudah-mudahan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dan membawa pembaca menghayati erti kehidupan. 2 Jun 2009, Selasa – Petang Selasa itu aku menunggang motosikal menuju ke Terminal Makmur, ingin membeli tiket pulang ke Pulau Pinang Khamis malam dan membaiki handset. Tiba di terminal, aku langsung menuju ke kaunter bas Utama Ekspres. “Tiket Khamis malam ni ada tak bang ke Butterworth?”. “Ada, jam 9 malam. Berapa orang?”. “Seorang. Berapa ringgit?”. “Rm 51″. Setelah mendapatkan tiket, aku sempat mencari kedai untuk membaiki handset di bawah terminal. Kedai Hotlink. “Bang, nak repair handset boleh? masuk air”. “Hmm…ni kalau repair ni lagi mahal daripada handset second hand ni dik. Macam mana?”. Aku berfikir sejenak, “Tak apalah bang, terima kasih saja ya. Bagi saya charger motorola satu.” Aku membeli charger motorola untuk mengecas handset yang diberi pinjam sahabatku. Kemudian aku singgah di cybercafe bersebelahan terminal. Selesai urusan, aku turu

Merenung Makna Ikhlas

Image
“Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!” Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar bila kita berat untuk melakukan sesuatu namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan. Dalam hati kita bermonolog, “betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat" . Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya, Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan? Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas? Timbul pula persoalan lain, adakah ikhlas itu akan datang tiba-tiba atau perlu dilatih? Mari kita lihat firman Allah yang bermaksud: “Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (A

Pulihkan Semangatmu

Image
Semangat kita naik turun. Ada masa kita ingin melakukan segala-galanya dan ada masa kita ingin tinggalkan segala-galanya. Apa yang kita harus percaya ialah dalam diri kita ada potensi luar biasa yang diberikan oleh pencipta untuk digilap dan digali. Potensi kita akan mati jika dibiarkan terus berkubur bersama kelemahan dan keluh-kesah. Sebaliknya ia akan berkembang jika dicanai dengan semangat juang yang tinggi. Saat semangat itu luntur, bagaimana potensi akan bisa berkembang? Jadi kita harus mengembalikan semangat demi menggilap potensi ke tahap yang optimum. Sehebat mana pun besi yang diberikan kepada kita, ia akan berkarat jika dibiarkan di tengah hujan panas selama beberapa ketika. Namun, potensi besi boleh terlihat dalam kapal terbang yang berlegar di udara, pada kapal yang berlayar di lautan, pada senapang yang menembak tepat dan pada tiang yang menjadi pasak bangunan. Mungkinkah besi akan bererti jika tidak di lebur dan dicanai dengan sehabis baik? Setelah diketuk dan diproses

Antara 'Down' dan 'Down Syndrome'

Image
Tempoh hari saya sedang bersolat maghrib di sebuah surau di Taman Indera Sempurna. Setelah selesai solat, kedengaran suara seorang budak membaca Al-Quran tergagap-gagap dengan suara kuat dan pelik bunyinya. Suara itu mengulang-ulang bacaan yang sama beberapa kali dan datang daripada sebalik tirai bahagian perempuan. Dalam hati saya mengagak “mungkin sakit agaknya” dan saya mendengar dengan teliti apa yang diucapkannya. Sesekali dia membaca Bismillah, sesekali membaca Al-Fatihah…Begitulah, sehinggalah selesai imam membaca doa. Ahli jemaah bersurai dan saya menuju ke belakang, terlihat anak kecil tadi lantas tersenyum kepadanya. Dalam hati saya berbisik, “budak ini istimewa. Tidak down walaupun memiliki Down Syndrome”

Perspektif Kehidupan

Image
Hidup ini indah. Adakala keindahan itu dilindung mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti. Adakala kita berkobar-kobar dan mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita merasa sangat lemah dan terbayang neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tak bermakna. Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian-perhentian dalam kehidupan.

Pesan Buat Da'i

Image
Ramai orang yang berbicara saban hari ingin merubah kerosakan dalam masyarakat, namun mereka menghabiskan masa untuk melakukan kerja-kerja untuk diri sendiri lebih banyak daripada berfikir tentang merubah keadaan masyarakat, dan sebenarnya tidak berminat untuk terus bekerja keras untuk umat. Mereka punya potensi yang diketahui namun tak ingin digali, mereka punya ilmu yang tak ingin difahami dan direalisasikan dalam hidup sebagai seorang Da’i. mereka itu mungkin kita sendiri, yang tak pernah cuba mengerti hakikat ini.

Islam Menyatukan Hati-hati

Image
Apa yang terjadi di Palestin hari ini atau lebih spesifik lagi di Gaza merupakan sesuatu yang tidak mungkin diredhai oleh Umat Islam sedunia melainkan mereka yang benar-benar buta dalam melihat situasi atau masih meletakkan mind-set bahawa krisis yang sedang berlaku adalah permasalahan bangsa Arab . Tak kurang juga yang masih terkapai-kapai mencari punca dan gagal melihat isu ini berkait dengan kita sebagai seorang manusia bahkan sebagai seorang muslim dan mukmin. Jenayah dan penjajahan yang sedang berlaku di Palestin merupakan suatu kekejaman yang langsung tidak layak berlaku pada era ini dan bertentangan yang amat sangat kepada konsep “ Human Rights ” yang mereka perjuangkan.