Tatkala Kita Mengukir Senyum
Salam sejahtera kepada semua pembaca dan saudara yang ku cintai. Sesungguhnya kita tidak bertemu dan berpisah melainkan dengan izin Allah yang menciptakan dan menentukan pertemuan dan perpisahan. Sesungguhnya hidup kita di dunia ini sementara kerana mati itu pasti dan hidup itu pasti berakhir di dunia ini. Ke mana kita sesudah itu? Ke alam yang abadi yang penuh dengan balasan, syurga atau neraka, nikmat atau azab.
Kita hidup dengan penuh kenikmatan yang tidak terhitung sebagaimana digambarkan oleh Allah bahawa kita takkan mampu menghitung nikmat-nikmat-Nya. Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Tidakkah kita sedar dan insaf bahawasanya Allah menciptakan kita bersebab dan ada tujuan? Sesungguhnya Allah menjadikan segalanya di atas muka bumi ini sebagai perhiasan untuk menguji siapa yang terbaik amalnya.
Aku menulis ini untuk peringatan diriku dan dirimu wahai teman dan saudaraku.
Tatkala kita mengukir senyum kerana mendapat apa yang kita mahukan, ada saudara-saudara kita yang merangka jalan-jalan perjuangan demi mendapatkan tanah mereka yang dirampas. Bahkan tanah milik Umat Islam sejagat di Masjid Al-Aqsa. Tatkala kita mengukir senyum kerana dapat berborak-borak dengan si dia yang kita cintai, mereka merintih di malam hari memohon kekuatan untuk berjuang mempertahankan kesucian Tanah Umat Islam.
Tatkala kita mengukir senyum melihat anak-anak kecil berlari-lari dan bermain-main penuh riang, ada anak-anak kecil yang mengorbankan masa riang mereka dan menjadi senjata yang melemahkan musuh Islam di sana. Bukan sekadar batu bahkan darah mereka menjadi taruhan. Tatkala kita mengukir senyum kerana merasa menang, ada saudara kita yang betul-betul berjuang demi kemenangan yang belum tercapai, demi kemenangan yang telah dijanjikan.
Tatkala kita takut anak-anak kita dipaparkan tentang kematian, anak-anak mereka saban hari berhadapan dengan kematian tanpa sebarang rungutan.
Tatkala kita mengukir senyum melihat alam yang penuh indah di negara kita, mereka menitiskan airmata melihat rumah-rumah mereka dirobohkan dan anak-anak mereka dibunuh. Tatkala kita mengukir senyum kerana dapat mencontohi gaya dan cara hidup barat, mereka kecewa dengan Umat Islam yang sudah larut dalam acuan kehancuran yang menjadi propaganda barat.
Di manakah mereka tatkala kita mengukir senyum? Apakah yang sedang mereka lakukan tatkala kita mengukir senyum? Pernahkah kita terfikir dan turut serta dalam perjuangan mereka tatkala kita mengukir senyum?
Senyumlah kerana senyum itu sedekah. Senyumlah kerana merasa yakin bahawa Allah pasti membantu orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Tatkala kita mengukir senyum…Ukirkan keinsafan jauh di lubuk hati kita.
Tatkala kita mengukir senyum…mereka juga mengukir senyum kerana mereka tahu Allah menjanjikan Syurga bagi jiwa yang syahid.

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.