Ciptaan Agung: Jantung Yang Sentiasa Berdegup


Apabila kita menyedut udara masuk ke dalam paru-paru, gas oksigen akan diserap dan larut ke dalam darah. Darah beroksigen ini akan masuk ke partition kiri atas (left atrium) jantung melalui pulmonary vein. Darah yang masuk ke partition ini kemudian dipam ke partition kiri bawah (left ventricle). Di antara dua partition ini terdapat injap yang memastikan darah tidak berpatah balik dan bergerak unidirection. Darah kemudian dipam keluar daripada jantung melalui aorta. Darah ini dibawa ke seluruh bahagian badan yang lain (selain paru-paru) untuk membekalkan oksigen.

Sel-sel dalam badan menggunakan oksigen dan menghasilkan karbon dioksida untuk dikeluarkan daripada badan. karbon dioksida ini diserap dan larut ke dalam darah, kemudian dibawa ke partition kanan atas (right atrium) jantung melalui vena cava. Darah yang datang daripada bahagian atas badan akan melalui superior vena cava, dan darah daripada bawah badan akan melalui inferior vena cava. Darah kemudian dipam ke partition kanan bawah (right ventricle), melepasi sebuah lagi injap, kemudian dipam keluar daripada jantung melalui pulmonary artery. Darah ini menuju ke paru-paru untuk membebaskan karbon dioksida keluar daripada badan, dan menyerap oksigen ke dalam darah.

Secara ringkas, udara masuk ke paru-paru, kemudian oksigen larut ke dalam darah yang akan dibawa ke bahagian kiri jantung. Jantung mengepam darah ini ke seluruh badan, membekalkan oksigen dan melarutkan karbon dioksida yang dibebaskan daripada sel-sel badan. Darah berisi karbon dioksida ini kembali ke bahagian kanan jantung, dipam ke paru-paru untuk membebaskan karbon dioksida dan mendapatkan bekalan oksigen baru. Darah yang sudah dipenuhi oksigen ini akan kembali lagi ke jantung.

Begitulah kitaran itu berulang-ulang sepanjang kehidupan kita, jantung ini terus berdegup dan menjalankan fungsinya yang kompleks tetapi sempurna ini. Apabila terhenti sahaja kitaran ini, maka badan kita akan berhenti berfungsi.

Persoalannya, siapakah yang menciptakan sebuah sistem yang sangat efektif dan menakjubkan ini? Itulah Dia, Allah, yang Maha Mencipta.

Cuba anda kira nadi anda, berapa kali berdegup dalam masa 1 minit? Sebanyak itulah jantung kita berdegup dalam masa 1 minit. Kalau kita sudah hidup 20 tahun? Berapa kali jantung kita sudah berdegup, without fail??? Itu belum termasuk degupan yang lebih laju ketika kita bergerak aktif, atau ketakutan.

Katakan jantung kita berdegup 70 kali seminit:

1 tahun = 365 hari = 8,760 jam = 525,600 minit = 36,792,000 degupan.
20 tahun = 735,840,000 kali degupan!

Subhanallah!


"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?" (Fussilat, 41: Ayat 53)

Pesanan saya, peliharalah jantung kita, ia tanda besar keagungan Allah :)

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Adik beradik

Bila Ibadah Hilang Manisnya