"Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada
di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (As-Saff: 1)
Adik beradik, bergaduh macam mana manapun suatu saat akan rasa rindu dan terkenang-kenang. Air dicincang memang takkan putus kata pepatah Melayu. Tepat sungguh. Manakan tidak, kita membesar bersama, keluar dari rahim yang sama, darah daging dari mak ayah yang sama, hidup bersama. Bila dah dewasa, boleh jadi makin renggang jarak, dan masing-masing dihadapkan dengan ujian-ujian yang pelbagai, mengambil pilihan hidup yang berbeza-beza. Boleh jadi juga berlaku salah faham bila masing-masing dah berkerjaya, berumahtangga, beranak pinak. Rasa tak selesa mungkin muncul bila adik-beradik bagi nasihat soal kehidupan peribadi kita, soal keluarga kita, kita rasa over protective. Rasa tak nak adik beradik ambil tahu hal diri, keluarga dan anak-anak... tak boleh nak masuk campur. Tetapi kalau kita letakkan kasih sayang itu sebagai pertimbangan asas, kita akan sedar yang hakikatnya adik-beradik ni nak yang baik-baik untuk kita. Tindakan dan kata-kata nasihat tu adalah demi kebaikan kita. N...
“ Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (An-Nuur: 26) Allah tidak pernah memungkiri janji. Penantian ini boleh jadi panjang, boleh jadi akan berakhir. Tak siapa tahu bila Allah akan menentukan sesuatu terjadi pada dirinya. Bagi wanita dan lelaki bujang, sepertiku, tentu keinginan mendapatkan seorang teman itu ada. Seorang teman yang sah, yang menemani perjalanan yang panjang. Seorang teman daripada berlainan jantina. Jika kita menginginkan akhirat, teman yang kita harapkan bukan sekadar menjadi pendamping di dunia, namun juga sampai ke syurga, insya-Allah. Apakah kita sekadar mengharapkan teman untuk membuatkan kita merasa seron...
Memang langit tak selalu cerah. Secerah-cerah mentari menyinar, tak mustahil tiba-tiba mendung bertandang dan hujan lebat mencurah tanpa disangka. Suatu ketika saya mengikuti perkhemahan di Sungai Chamang, Bentong. Selesai semua peserta mengambil wudhu’ untuk Solat Subuh, tiba-tiba air deras datang, arus menggulung dan seketika itu juga warna air berubah menjadi sangat keruh berbanding sebelumnya. Begitu juga sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan peristiwa Tsunami yang sebelumnya tiada siapa dapat menjangkakan dengan tepat bahawa ia akan berlaku. Kejadian alam ini mengajar kita, memberi tanda akan Sunnatullah yang tak mungkin siapapun dapat menduga dengan tepat kerana ilmu itu hanya ada di sisi Allah. Perubahan boleh berlaku secara drastik dan begitu pantas. Kehidupan kita ini adalah sebahagian daripada fenomena alam, kerana kita sendiri adalah sebahagian daripada alam. Kehidupan ini penuh dengan misteri yang tidak terungkapkan. Kalaupun boleh diungkapkan, belum tentu dapat difah...
Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.