Bermulanya Jalan Ke Neraka


Ia bermula dengan bisikan halus yang berbicara
tatkala hati terasa ingin bermaksiat
“Ini biasa. Tiada apa yang harus dirisaukan”

Ia bermula dengan langkah kecil yang diatur
ketika kaki ingin melangkah ke tempat maksiat
“Jangan ragu-ragu, teruskan sahaja niatmu”

Ia bermula dengan sebuah SMS yang dihantar
daripada seorang teruna kepada dara
“Balaslah, nanti dia kata sombong”

Ia bermula dengan anggapan
ketika ingin memohon keampunan
“Nanti dulu, umur masih muda”

Ia bermula dengan tidak peduli
akan pintu-pintu yang menuju kepadanya
“Berbuatlah, untuk pertama kali ini sahaja, selepas itu hentikanlah”

Ia bermula dengan merasa tidak apa
mengangkat sedikit suara pada yang ditegah
“Tak kiralah mak ayahpun, masih manusia yang berdosa”

Ia bermula dengan nikmat
yang terasa melimpah dan tak akan tamat
“Nanti dulu taubat, besok masih sempat”

Akhirnya,

Penyesalan menghantui
Kekecewaan tak lagi bererti
Jalan pulang kelihatan suram
Nyawapun dicabut pergi
Masapun berakhir

Ia bermula
dengan merasa biasa
pada perkara-perkara kecil
yang kita rasakan takkan membawa kita ke sana
rupanya di situlah mulanya..


Comments

Popular posts from this blog

Bila Yang Dikejar Itu Dunia

Manusia Sengal

Begin with the end in mind