BEZA

Manusia sinonim dengan perbezaan
baik dari utara ke selatan
atau kiri ke kanan

Jika ada dua yang berbeza
jangan dihukum salah satunya
persoalannya ialah kenapa berbeza
dan salahkah berbeza?

Berbeza bukan mesti bererti berpecah
Bersama bukan mesti bererti bersatu
kam fiinaa wa laisa minnaa - berapa ramai bersama kita bukan daripada kalangan kita
wa kam minnaa wa laisa fiinaa - berapa ramai daripada kalangan kita bukan bersama kita

Di mana letaknya adab ikhtilaf
jika semuanya sekepala?
di mana letak indahnya kepelbagaian
jika tiada lagi saling hormat dan cinta?

Takut kita disibukkan dengan berbezanya kiri dan kanan
sehingga terlalai daripada melangkah ke depan
takut kita sibuk menghitung perbezaan
sehingga lupa membangunkan keserasian.

Perbezaan
tidak selesai dengan cara pemaksaan
akhirnya berbalik kepada persoalan iman
berbalik kepada persoalan asas perjuangan
berbalik kepada duduk letak tujuan
dan dalam mana kefahaman.

Ayuh bakarkan bendera assobiyah
dan julang tinggi bendera Islam.

18 Mac 2013

Comments

Popular posts from this blog

Bila Yang Dikejar Itu Dunia

Manusia Sengal

Begin with the end in mind