Posts

Memanfaatkan Segenap Ruang Beramal

Image
Life is colourful Apabila si miskin melihat si kaya, yang ia rasakan adalah "alangkah bertuahnya dia, banyak harta yang mampu ia sedekahkan" . Apabila si kaya melihat si miskin, ia merasakan sesuatu yang berbeza, "alangkah bahagianya dia, tak banyak harta untuk dipersoalkan di hadapan Allah nanti" . Setiap manusia mempunyai garis takdir yang berbeza dan memainkan peranan-peranan yang berbeza. Bukan semua orang mampu menjadi guru, bukan semua orang harus menjadi CEO , bukan semua orang harus menjadi nelayan, petani dan sebagainya. Bahkan bukan semua orang juga harus menjadi pemimpin negara. Demikian pula bukan semua orang kaya dan bukan semua orang miskin. Dalam posisi apapun kita berada, ruang beramal itu ada . Kadang-kadang kita meratapi sesuatu posisi yang tidak kita miliki sehingga kita tidak menjalankan peranan di posisi kita secara optimum . Bagi sebuah tubuh badan berfungsi, setiap sel harus menjalankan peranannya secara terbaik, walaupun ia buk...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 8

Image
Pelajaran #8: Syuro - Membawa ke Meja Rundingan Suami selalu merasakan ia punya kuasa veto dan kadang-kadang sampai menidakkan hak isteri bersuara. Apabila ternyata keputusan yang diambil suami membawa mudarat, ia akan turut memberi kesan kepada sang isteri. Akhirnya, yang hinggap adalah sindiran sinis sang isteri, "itulah, pandai sangat buat keputusan". Paling tidakpun, jika keputusan berjaya, sang suami mungkin pula bersuara, "nasib baik ikut cakap saya, kalau tidak...". Apapun kesan daripada sebuah keputusan peribadi, mungkin membuka ruang untuk ketidakpuashatian. Sebelah pihak akan merasa menang, sebelah pihak akan merasa tidak menyumbang. Atau sebelah pihak merasa gagal, sebelah pihak merasa dizalimi. Memang, keputusan perlu dibuat oleh pemimpin, namun suara rakyat harus didengari. Banyak keputusan-keputusan besar yang perlu kita buat yang turut memberi impak kepada pasangan juga. Contohnya ingin bertukar tempat kerja, ingin membeli kereta, membel...

Syurga Tidak Diraih Dengan Bersenang-Lenang

Image
Sekadar gambar hiasan. Ibrahim Bin Adham pernah ditanya tentang mengapa doa tidak dimakbulkan, lalu beliau memberi antara salah satu sebabnya adalah “kita tahu tentang syurga tetapi tidak bekerja untuk mendapatkannya” . Benar. Setiap Muslim pasti tahu bahawa adanya syurga dan neraka. Namun, kehidupan seharian sebahagian daripada kita seakan-akan jauh daripada merealisasikan azam untuk meraih syurga. Seakan-akan pengetahuan tentang syurga dan neraka itu hanya tersimpan di akal tetapi penghayatannya tidak masuk ke hati. Lalu amal seharian jauh menyimpang daripada jalan ke syurga. Kecilnya nikmat dunia yang diberikan kepada kita terasa begitu besar di dalam hati sampai kita merasa lupa pada besarnya azab di neraka dan abadinya nikmat di syurga . Sesungguhnya jalan ke syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci manusia sedangkan jalan ke neraka dipenuhi perkara-perkara yang memenuhi tuntutan syahwat. “Ketika Allah menciptakan syurga, Dia berfirman kepada Ji...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 7

Image
Pelajaran #7 - Bersedia Berubah 1 Muharram sering dikaitkan dengan Hijrah (walaupun Hijrah sebenarnya bukan berlaku pada 1 Muharram, tapi tak ada masalah kita nak mengambil ruh Hijrah untuk dihayati bersama). Bersempena dengan 1 Muharram 1434H ini, saya ingin berkongsi tentang hijrah berkait dengan alam rumahtangga. Ramai yang masuk ke alam pernikahan tanpa kesediaan untuk melakukan perubahan terhadap diri, iaitu perubahan-perubahan yang perlu dilakukan tatkala lelaki bujang bertukar gelar menjadi suami atau anak dara bertukar gelar menjadi isteri, perubahan-perubahan yang merangkumi banyak aspek , baik daripada segi mentaliti, emosi, sikap, mahupun gaya hidup seharian. Mungkin kita masuk ke alam pernikahan dalam keadaan separa sedar , membiarkan sahaja pernikahan itu berlalu tanpa benar-benar memahami tuntutan-tuntutan sebagai suami atau isteri. Sedar-sedar sahaja sudah bergelar isteri atau suami orang. Oh, unbelievable! Atau mungkin kita langsung tak ambil peduli . We don...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 6

Image
Pelajaran #6: Menjadi Pendengar Yang Setia Pendengaran adalah pancaindera yang lebih dahulu berfungsi ketika manusia dilahirkan, sebelum penglihatan dan lisan. Ini menggambarkan peranannya yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kita biasa mendengar radio tanpa melihat video, namun pelik jika kita harus menonton filem tanpa suara. Pendengaran adalah input penting yang diproses menjadi output, iaitu kata-kata yang kita ucapkan. Apabila pasangan kita berbicara, kita harus belajar mendengar dengan teliti, sepertimana kita ingin didengari dan difahami ketika kita berbicara. Jika kita tidak mendengar dengan teliti dan memahami, kita akan memberikan respons yang tidak adil dan menyakiti.  Jangan cepat membuat kesimpulan sebelum jelas dengan apa yang cuba disampaikan. Tak semua orang mampu untuk berbicara direct to the point . Jika kurang faham, tanya. Dapatkan kepastian. Jangan cantas kata-kata pasangan sesuka hati dan membuat kesimpulan yang sebenarnya tidak dimaksudkan pa...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 5

Image
Pelajaran #5: Saling Menghormati Perbezaan Alhamdulillah, penulisan kali ini dihasilkan setelah mengadakan perbincangan ringkas dengan isteri tercinta. Terima kasih atas idea-idea yang dilontarkan dan kesudian mendengar celoteh sang suami. Keserasian bukan mesti kita mempunyai pendapat dan sikap yang sama dalam semua perkara, tetapi ia adalah sebuah kemampuan kita memanfaatkan segala perbezaan untuk mencapai keharmonian , meraikan kepelbagaian untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Ibarat bezanya caj positif dan negatif yang menghasilkan sebuah bateri. Atau ibarat bezanya bunyi setiap note piano yang menghasilkan lagu. Semakin banyak perbezaan, semakin mencabar jalan mencapai keserasian, jika kita gagal menghormati perbezaan dan mengurusnya dengan baik. Oleh sebab itu kita digalakkan mencari yang sekufu agar lebih mudah mencapai keserasian. Baik daripada segi misi dan visi hidup (perkara paling utama), latar belakang keluarga, minat dan kecenderungan. Pemain badminton akan men...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 4

Image
Pelajaran #4: Memberi dan Memohon Maaf Pernah seorang pensyarah saya berpesan, sebuah pesanan yang ia terima daripada gurunya, "90% of marriage life is about forgiving, the other 10% is about forgetting things that you could not forgive". Menarik. Tak pasti daripada mana sumbernya, dalilnya, kajian kesnya. Namun, bagi saya, it makes sense! Kita tidak harus lokek untuk meminta maaf (atas kekurangan diri) dan memberi maaf (atas kekurangan pasangan). Berkait dengan kemaafan, mari kita melihat sebuah hadith daripada baginda Rasulullah SAW: "Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan , serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim) Dalam memohon maaf, kita harus tulus. Janganlah mulut kata "maafkan saya" , hati kata "bukan salah aku, sepatutnya kau yang minta maaf" . Kalau itu yang berlaku, kit...