Posts

Guru Membentuk Aku Yang Kau Kenal

Image
Aku yang kau kenal dibentuk oleh guru.Aku yang kau nampak mantap dan hebat dibentuk oleh guru.Aku yang petah berbicara dididik oleh guru. Aku yang melangkah kemas dibimbing oleh guru.Aku yang hidup terpelajar kini semuanya hasil didikan insan-insan mulia bergelar guru. Sesiapa sahaja yang memberi aku pengajaran tentang kehidupan adalah guru bagiku, biarpun hanya secebis ilmu yang dikongsikan, atau sepatah kata yang diajarkan. Guru yang paling hebat dalam segenap hidupku adalah Rasulku. Sejak kulahir ke dunia, ibubapaku adalah guru yang paling sabar mendidik dan memberi bekal kehidupan. Dalam perjalanan aku melalui kehidupan ini, semakin banyak guru yang muncul dalam hidupku daripada generasi dulu hingga kini, guru yang mengajar di sekolah sehingga universiti. Aku akan sentiasa menghargai seorang guru, kerana guru membentuk aku yang kau kenal.

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan. Wahai sahabatku, Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah.

Melangkah Merubah Dunia

Image
Kaki belum melangkah namun jiwa sudah mula resah. Bertindak belum, berfikir sudah berkali-kali. Berbuat belum, membatalkan hasrat sudah berkali-kali. Itulah dilema sebelum melangkahkan kaki. Selagi engkau belum berani, bagaimana engkau dapat melangkah walaupun payah? Engkau harus berani. Jika tidak, kakimu akan terpaku, tak melangkah dan terus berundur, sedangkan engkau belum tahu apa akan terjadi. Yakinkan saja hatimu, supaya tak kaku langkah kakimu. Ini bukan bicara soal melangkah untuk berbuat kerosakan, ini soal melangkah untuk merubah dunia! Melangkah untuk memperbaiki keadaan Umat.

Hakikat Kehidupan Manusia

Image
Seputar tentang manusia Manusia hidup di atas muka bumi sebagai makhluk yang paling mulia, menguasai segala ciptaan lain. Segala tumbuhan, haiwan dan alam tunduk pada kehebatan manusia yang dikurniakan akal. Dengan potensi akal, manusia mampu menguasai makhluk lain sekalipun ia lebih besar daripada manusia secara fizikal. Apabila akal yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia gagal digunakan dengan baik, manusia akan jatuh menjadi makhluk yang paling hina. Oleh itu, seorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan kehidupan dengan baik jika dia tidak menggunakan akalnya untuk berfikir tentang segala ciptaan yang ada di sekelilingnya, dan juga di dalam dirinya sendiri.

Berlapang Dada Dalam Perbezaan Pendapat

Image
Allah menciptakan manusia dengan 1001 design luaran yang sememangnya berbeza, tak ada satu pun yang sama antara satu sama lain. Pasti ada bezanya, walaupun sedikit. Sekalipun pasangan kembar yang hampir sama, tapi masih tidak serupa. Itu daripada segi luarannya yang kelihatan, bagaimana pula soal pemikiran dan perasaan? Soal persepsi dan sudut pandang? Sudah tentu ada bezanya, kalau tidak banyakpun, sedikit. Ust. Pahrol Mohd Juoi (Ketua Editor Majalah Solusi) pernah berkata dalam satu ceramah yang saya hadiri, “biarpun kita berbeza, tapi tidak bertentangan”.

Bila Berbicara Soal Kebaikan

Image
Kebaikan . Sesuatu yang diimpikan oleh semua manusia. Sekalipun manusia yang jahat, pasti dia juga inginkan kebaikan buat dirinya. Sekalipun manusia itu sering menganiayai manusia lain dan melakukan kejahatan terhadap orang lain, ia tetap tidak suka dan benci orang lain melakukan kejahatan kepada dirinya. Itulah dia, fitrah manusia, inginkan kebaikan. Ingin menjadi baik dan sukakan kebaikan. Kalau begitu, kenapa masih ramai yang melakukan kejahatan? Menzalimi diri sendiri dan orang lain? Apakah kebaikan itu sendiri sudah dibenci sehingga kejahatan itu diimpi-impikan? Fitrah manusia itu baik, namun ia boleh berubah dan bertukar arah tatkala dirinya dibelenggu nafsu, digoda syaitan. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!” (Yaasin: Ayat 60)

Seputar Tentang Dakwah

Image
Dakwah secara literal bererti menyeru dan mengajak. Apabila kita melihat pengertian yang lebih khusus bersangkutan dengan Islam, ia adalah satu urusan menyeru manusia kepada Allah dengan Hikmah dan teladan yang baik untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Ia adalah satu proses yang telah berlaku, sedang dan akan terus berlaku sehingga hari kiamat, kerana ia adalah urusan Allah yang akan terus dipelihara-Nya. Sekalipun orang-orang yang berdakwah mati satu persatu, akan terus lahir di atas muka bumi ini orang-orang baru yang akan menanggung amanah tersebut. Kita juga menikmati Islam dan Iman pada hari ini setelah berlakunya proses Dakwah yang panjang sejak Rasulullah SAW dibangkitkan. Bahkan sebelum kebangkitan Rasulullah SAW lagi, telah berlaku proses dakwah oleh para nabi dan rasul sebelum baginda. Rasulullah SAW dibangkitkan sebagai pelengkap kepada dakwah para nabi dan rasul sebelumnya, dengan membawa sistem yang lengkap dan teratur, iaitu Islam it...