Posts

Umat Dalam Satu Tubuh

Image
Biarpun mereka tak berada bersama kita, namun mereka tetap sebahagian daripada kita. Biarpun kita tak pernah merasai apa yang mereka rasai, kita tetap sebahagian daripada mereka. Kita ibarat tubuh yang satu, saling melengkapkan antara satu sama lain. Kaki tak dapat melangkah tatkala badan lemah atau akal tak berfungsi. Itulah hakikatnya. Namun, realitinya lain, jauh berbeza. Kita tak pernah merasakan bahawa mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka. Kita hidup seolah-olah mereka tidak pernah wujud ataupun tak bererti bagi kita. Bukan setakat tak ingin membantu, bahkan tak ingin langsung mengambil tahu. Siapakah mereka?

Sinergi Tua dan Muda

Image
Kita mungkin pernah mendengar orang-orang muda berbicara begini: “Orang-orang tua ni susah sikit. Mereka ni kolot. Susah nak terima pendapat orang lain. Asyik-asyik dengan teori lama dan tak relevan dengan zaman kini. Biarlah mereka dengan cara mereka. Lambat dan tak proaktif.” Dalam masa yang sama, orang-orang tua pula berbicara begini: “Orang-orang muda ni semangat mereka lebih sikit, susah nak kawal. Kita bagi nasihat pun tak mahu dengar. Biarlah mereka dengan cara mereka. Kita nak tengok setakat mana mereka punya kepandaian.” Haruskah begitu?

Tragedi 2 Jun 2009

Image
Ini kisah benar tentang diriku. Mudah-mudahan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dan membawa pembaca menghayati erti kehidupan. 2 Jun 2009, Selasa – Petang Selasa itu aku menunggang motosikal menuju ke Terminal Makmur, ingin membeli tiket pulang ke Pulau Pinang Khamis malam dan membaiki handset. Tiba di terminal, aku langsung menuju ke kaunter bas Utama Ekspres. “Tiket Khamis malam ni ada tak bang ke Butterworth?”. “Ada, jam 9 malam. Berapa orang?”. “Seorang. Berapa ringgit?”. “Rm 51″. Setelah mendapatkan tiket, aku sempat mencari kedai untuk membaiki handset di bawah terminal. Kedai Hotlink. “Bang, nak repair handset boleh? masuk air”. “Hmm…ni kalau repair ni lagi mahal daripada handset second hand ni dik. Macam mana?”. Aku berfikir sejenak, “Tak apalah bang, terima kasih saja ya. Bagi saya charger motorola satu.” Aku membeli charger motorola untuk mengecas handset yang diberi pinjam sahabatku. Kemudian aku singgah di cybercafe bersebelahan terminal. Selesai urusan, aku turu...

Merenung Makna Ikhlas

Image
“Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!” Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar bila kita berat untuk melakukan sesuatu namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan. Dalam hati kita bermonolog, “betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat" . Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya, Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan? Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas? Timbul pula persoalan lain, adakah ikhlas itu akan datang tiba-tiba atau perlu dilatih? Mari kita lihat firman Allah yang bermaksud: “Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (A...

Pulihkan Semangatmu

Image
Semangat kita naik turun. Ada masa kita ingin melakukan segala-galanya dan ada masa kita ingin tinggalkan segala-galanya. Apa yang kita harus percaya ialah dalam diri kita ada potensi luar biasa yang diberikan oleh pencipta untuk digilap dan digali. Potensi kita akan mati jika dibiarkan terus berkubur bersama kelemahan dan keluh-kesah. Sebaliknya ia akan berkembang jika dicanai dengan semangat juang yang tinggi. Saat semangat itu luntur, bagaimana potensi akan bisa berkembang? Jadi kita harus mengembalikan semangat demi menggilap potensi ke tahap yang optimum. Sehebat mana pun besi yang diberikan kepada kita, ia akan berkarat jika dibiarkan di tengah hujan panas selama beberapa ketika. Namun, potensi besi boleh terlihat dalam kapal terbang yang berlegar di udara, pada kapal yang berlayar di lautan, pada senapang yang menembak tepat dan pada tiang yang menjadi pasak bangunan. Mungkinkah besi akan bererti jika tidak di lebur dan dicanai dengan sehabis baik? Setelah diketuk dan diproses...

Antara 'Down' dan 'Down Syndrome'

Image
Tempoh hari saya sedang bersolat maghrib di sebuah surau di Taman Indera Sempurna. Setelah selesai solat, kedengaran suara seorang budak membaca Al-Quran tergagap-gagap dengan suara kuat dan pelik bunyinya. Suara itu mengulang-ulang bacaan yang sama beberapa kali dan datang daripada sebalik tirai bahagian perempuan. Dalam hati saya mengagak “mungkin sakit agaknya” dan saya mendengar dengan teliti apa yang diucapkannya. Sesekali dia membaca Bismillah, sesekali membaca Al-Fatihah…Begitulah, sehinggalah selesai imam membaca doa. Ahli jemaah bersurai dan saya menuju ke belakang, terlihat anak kecil tadi lantas tersenyum kepadanya. Dalam hati saya berbisik, “budak ini istimewa. Tidak down walaupun memiliki Down Syndrome”

Perspektif Kehidupan

Image
Hidup ini indah. Adakala keindahan itu dilindung mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti. Adakala kita berkobar-kobar dan mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita merasa sangat lemah dan terbayang neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tak bermakna. Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian-perhentian dalam kehidupan.