Posts

A Moment

A moment can be captured But could never be stopped Hardship won't last Joy won't stay They might come one after another Or they might come together A passed moment would never return A future moment could never be confirmed Sometimes we look back and feel sad Then we look forward and feel worry Moments given to us have been taken They used to be called NOW Moments coming to us will be given They are called LATER What we don't do NOW We will regret LATER Appreciate this moment Stop complaining every single things And start doing goods Because... A moment can be captured But could never be stopped - Zoul U Knows, 19th Oct 2019, 8.54am -

Nasihat Adik beradik

Adik beradik, bergaduh macam mana manapun suatu saat akan rasa rindu dan terkenang-kenang. Air dicincang memang takkan putus kata pepatah Melayu. Tepat sungguh. Manakan tidak, kita membesar bersama, keluar dari rahim yang sama, darah daging dari mak ayah yang sama, hidup bersama. Bila dah dewasa, boleh jadi makin renggang jarak, dan masing-masing dihadapkan dengan ujian-ujian yang pelbagai, mengambil pilihan hidup yang berbeza-beza. Boleh jadi juga berlaku salah faham bila masing-masing dah berkerjaya, berumahtangga, beranak pinak. Rasa tak selesa mungkin muncul bila adik-beradik bagi nasihat soal kehidupan peribadi kita, soal keluarga kita, kita rasa over protective. Rasa tak nak adik beradik ambil tahu hal diri, keluarga dan anak-anak... tak boleh nak masuk campur. Tetapi kalau kita letakkan kasih sayang itu sebagai pertimbangan asas, kita akan sedar yang hakikatnya adik-beradik ni nak yang baik-baik untuk kita. Tindakan dan kata-kata nasihat tu adalah demi kebaikan kita. N

Manusia Sengal

Kebencian menjadi kegilaan, Gila dan dahaga darah insan, Nyawa murah di rumah Ibadah, Bebas, bangga, musnah kemanusiaan, Fahaman sesat, jiwa pengganas. Pelampau tak kenal agama, Tumpah darah dan air mata, Mencemar tamadun manusia, Menyemai seribu dusta, Melampias dendam durjana. Betapa akal terasuk, Jiwa terbawa ingin yang busuk, Menghambur peluru kotor, Bersama bebal yang menebal, Dan mentaliti yang sengal. Barangkali ia merasa murni, Mengalirkan darah suci, Membersih muka bumi, Tak tersisa hamba Ilahi, Kecuali insan penuh berahi. Sampai bila kau dapat melata, Dengan segala yang bakal sirna, Hanyut dalam mimpi dunia, Merasa benar membuat angkara, Memusnah yang Tuhan Anugerah. Suatu saat mulutmu terkunci, Tanganmu berbicara lantang, Akan segala nyawa yang melayang, Kakimu menjadi saksi, Akan segala langkah yang memusnah, Barulah engkau sedar apa itu benar. Kebenaran takkan pernah tenggelam, Betapa manusia cuba memadam, Kebatilan takkan pernah mena

Pelajaran daripada pernikahan 13 – Membina kedekatan hati.

Kadang-kadang suami isteri berhadapan dengan situasi sukar untuk memahami pasangan, terutama apabila berhadapan dengan sesebuah konflik. Ungkapan daripada pasangan terasa seolah-olah seperti suatu simpulan kemas yang tak mampu untuk dirungkai. Atau sebaliknya, kata-kata kita seakan-akan tidak sampai kepada pasangan. Boleh jadi disebabkan ketegangan yang berlaku, kita menggunakan suara yang lebih tinggi dan keras untuk berinteraksi dan berkomunikasi, baik secara berhadapan atau secara maya. Lantaran keadaan yang berlaku, perbualan yang seharusnya menjadi topik berdua kini mula didengar oleh orang lain baik kerana suaranya yang tinggi atau status ‘facebook dan insta’ nya yang menjadi-jadi. Sedangkan pasangan kita tidaklah jauh sehingga tidak mampu mendengar. Paling tidak, kita akan bertemu setiap hari. Atau jika jauh, telefonnya dan whatsapp nya masih berfungsi, masih boleh berhubung hanya dengan sentuhan jari. Ketika itu yang jauh bukanlah jarak, bukanlah teknologi. Di saat

Tempuh

Tempuh Adalah sebuah kemestian Bagi mereka yang mahu ke depan Tempuh Berbeza laluan bagi setiap insan Asasnya berpaksikan keberanian Menempuh perjalanan tanpa kepastian Apakah impian akan diraih ke genggaman Tempuh Tidak bisa dengan alasan Tidak bermakna dengan separuh jiwa Tidak sepi daripada pengorbanan Tidak putus daripada tentangan Tempuh Biar panjang asalkan tenang Biar sukar asalkan tekad Biar goncang asalkan terus Tempuh Adalah sebuah kemestian Bagi mereka yang ingin bertemu Tuhan Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudah baginya jalan ke SYURGA

Begin with the end in mind

Saya petik ungkapan ini daripada penulis barat, Stephen Covey. Begin with the end in mind. Bagi mereka yang memahaminya, tentu merasakan betapa dalam hikmahnya. Bahawa kita perlu jelas akan tujuan atau matlamat akhir sebelum memulakan langkah awal. Berabad-abad sebelumnya, Umat Islam telahpun diajar bahawa setiap amal tergantung niatnya, bagi setiap orang apa yang ia niatkan (Hadith). Sebuah peringatan yang datang setelah berlalunya sebuah ekspedisi hijrah yang sangat sukar. Walaupun sama-sama menempuhinya, namun matlamat akhir membezakan nilainya. Kejelasan niat dan tujuan akhir sebuah kehidupan itu diterapkan dengan begitu dalam bagi seorang Muslim. Bahawa solatnya, ibadahnya, hidupnya dan matinya adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Bahawa ia akan dihadapkan di hadapan Allah untuk diperlihatkan segala catatan amalnya, tidak terkecuali seorangpun. The end in mind yang menjangkaui the end of life. The end in mind yang dikuatkan dalam dirinya 5 kali sehari, paling kurang. Ap

Berapa Ramai Orang Yang Hidupnya Sia-sia

Image
Genap sudah usiaku 28 tahun. Hampir separuh umur kalau dianggar berdasarkan rata-rata umur manusia iaitu 60-an. Namun, siapa pula yang menjamin bahawa usia pasti berakhir pada sekitar 60-an? Bila-bila masa sahaja usia ini akan menemui titik hujungnya, noktah. Bahkan di ketika ini, ramai juga temanku di sekolah dan universiti yang telah pergi. Ada yang sakit, lalu bertemu ajalnya. Ada yang lemas di sungai, lalu bertemu ajalnya. Ada yang kemalangan di jalan raya, lalu bertemu ajalnya. Bahkan ada juga yang hilang bersama MH370 dan tidak tahu nasibnya. Ada yang sebaya denganku, ada yang lebih muda dan ada yang lebih tua sedikit. Pokoknya, semuanya pergi secara TIBA-TIBA. Usia bukan hanya angka yang menunjukkan tempoh masa, tetapi ia juga adalah penanda akan pengalaman hidup yang telah semakin bertambah. Seiring bertambahnya pengalaman hidup (Baca: semakin tua), adakah bertambah juga kematangan hidup? Begitu juga seiring jelasnya garis takdir yang telah berlalu, adakah bertambah jelas