Posts

Kembalikan Hak Cinta

Image
Adakah kita memahami hak-hak cinta? Jika masih samar, maka kita akan mudah tergelincir ke dalam tindakan mengkhianati hak-hak cinta. Pengkhianatan terhadap hak-haknya adalah sesuatu yang zalim dan salah. Segala tindakan atau perbuatan yang mencerminkan sebuah pengkhianatan hak-hak cinta juga menjadi tindakan yang salah. Hak cinta perlu dikembalikan, agar ia membina, bukan memusnahkan . Agar ia membuat kita teguh dalam kebenaran, bukan hanyut dalam kemaksiatan . Orang yang menyalahkan cinta atas keterlanjuran dirinya sendiri, sebenarnya tidak pernah memahami apa itu cinta. Orang yang meraikan cinta sehingga memesongkan dirinya dalam kesyirikan telah salah memberi erti pada cinta. Akhirnya, hak cinta tidak tertunai. Mencinta Allah Melebihi Segalanya Hak cinta adalah mencintai Allah melebihi segalanya. Kita mencintai pemberi menjangkaui segala hadiah/pemberiannya. Pelik, bagi orang-orang yang melupakan pemberi dan berlebihan mencintai hadiah/pemberiannya. Allah adalah pemberi sega...

Al-Quran Adalah Sumber Tertinggi

Image
Bismillaahirrahmaanirrahiim. "Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman , dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam." (An-Nahl: 102) "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa " (Al-Baqarah: 2) Dua ayat di atas memberikan penjelasan bahawa Al-Quran ini adalah sumber keteguhan orang-orang beriman, petunjuk bagi mereka yang hendak bertaqwa. Ketika ia tidak lagi menjadi sumber kekuatan dan petunjuk yang menghidupkan dan memberi arah tuju kehidupan, maka yang perlu dipersoalkan adalah keimanan dan ketaqwaan kita. Bukan, bukan ada salahnya pada kitab Al-Quran yang mulia. Al-Quran yang kita baca hari ini adalah Al-Quran yang sama dibaca oleh ...

Membina Manusia Mengikut Acuan Islam

Image
Pembinaan manusia adalah sebuah proses yang sangat rumit, kerana manusia mempunyai seribu satu perangai yang tidak boleh dilayani dengan satu pendekatan yang serupa untuk semua orang. Membina seorang Muslim untuk menjadi seorang yang komited dengan Islam adalah sebuah proses yang sangat penting dan utama. Banyak perkara yang perlu dibentuk dan dibina sehingga seseorang itu benar-benar menjadi celupan Allah, masuk keseluruhan hidupnya ke dalam agama Islam. Mengabaikan proses pembinaan ini (yang juga lebih tepat disebut tarbiyyah ) bererti membiarkan dunia ini dimonopoli oleh manusia-manusia yang rosak dan tidak berakhlak. Ketika Muslim sendiri tidak lagi beriltizam dengan Islam, maka mereka pasti akan beriltizam dengan cara hidup selain Islam yang membawa kepada kehancuran kerana tidak teguh dan rapuh. Cara hidup yang paling tepat tentunya yang datang daripada pencipta manusia, Allah SWT. Matlamat kita jelas, meninggikan kalimah Allah SWT di seluruh muka bumi. Perjuangan ini haru...

Meraih Rahmat dan Cinta Ilahi

Image
Saya nak berkongsi suatu pengisian yang saya dapat daripada sebuah ceramah. Semoga bermanfaat untuk para pembaca. Mohon ditambah kalau ada yang kurang dalam perkongsian ini. Jika nikmat kurniaan Allah adalah berdasarkan kepada amal kita, sudah tentu kita akan gagal dan mengalami defisit amal. Amal kita langsung tidak setimpal dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Mampukah kita membayar nikmat Allah dengan amal-amal kita? Ketika seorang rahib memohon untuk masuk syurga dengan amalnya beratus tahun, Allah meletakkan sebelah matanya atas sebelah timbangan dan meletakkan segala amalnya di sebelah timbangan yang lain, ternyata timbangan itu lebih berat di bahagian mata. Itu baru nikmat mata, belum terbanding dengan segala nikmat lain yang dianugerahkan. Maka, kurniaan Allah itu adalah atas rahmat dan kasih sayang-Nya, yang menjangkaui kemampuan kita untuk membayar balik dengan apa jua amal. Sungguh, Allah benar-benar pemurah kepada hamba-Nya, sekalipun bagi yang ku...

Garis-garis Takdir Kehidupan

Image
Setiap orang mempunyai garis takdirnya sendiri yang telah tertulis sejak azali. Sebelum sesuatu terjadi, tak siapa tahu tentang apa yang bakal menimpa dirinya. Apatah lagi untuk mengetahui tentang ketentuan orang lain. Kita sentiasa ingin tahu tentang kejadian yang akan datang dalam hidup kita, sedangkan kita tak mungkin tahu kerana ia adalah perkara ghaib yang tersembunyi dalam ilmu Allah. Keinginan manusia yang tinggi untuk mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa depan terbukti dengan terhasilnya filem-filem yang cuba menggambarkan kemampuan menilik masa depan. Lama dulu, kita pernah menonton cerita Back To The Future . Banyak lagi filem-filem yang menggambarkan keadaan masa depan yang hanya berlandaskan kepada imaginasi yang fana. Di satu sudut lagi, terdapat begitu banyak sang bomoh penipu yang menilik nasib yang bakal menimpa seseorang sedangkan si bomoh sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi pada dirinya pada esok hari.  Hakikatnya, hanya Allah yang m...

Mengemudi Bahtera Pernikahan

Image
Di sebalik akad yang satu, ada cinta yang terpatri dalam wilayah yang dihalalkan Ilahi. Ada janji yang dimaterai kukuh. Pernikahan adalah sebuah fenomena yang sudah wujud sejak azali demi menyatukan dua hati. Lalu bahtera pernikahan itupun berlayar meninggalkan zaman bujang di belakang bersama segala suka duka yang dilalui, menuju ke sebuah destinasi cinta abadi. Suami yang bertanggungjawab memimpin perjalanan bahtera ini, baik ketika air tenang membelai atau gelora datang membantai. Suami yang diberi amanah, dilantik menjadi nakhoda yang harus bertanggungjawab pada segala yang akan dilalui oleh bahtera ini. Di sebalik akad yang satu, ada sebuah peristiwa besar yang bersejarah. Ada jangkaan peristiwa masa depan yang bakal menggugah. Sang suami, harus membawa bahtera ini menuju ke destinasi dengan selamat. Pernikahan bukan untuk meraikan pemilikan. Kita tidak memiliki pasangan kita kerana kita tak berkuasa menahan dia daripada diambil Ilahi. Ketentuan sang isteri bukan tertulis d...

Kekecewaan Adalah Aset Kebahagiaan

Image
Dalam perjalanan hidup ini, pasti ada perkara-perkara yang mengecewakan kita. Baik kekecewaan yang besar mahupun kecil. Baik yang digambarkan dengan tindakan atau hanya disimpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Ia adalah sebuah proses kehidupan. Jatuh adalah perkara biasa yang dialami oleh seorang budak yang sedang belajar berjalan. Kekecewaan ibarat sebuah lompong dalam hati kita. Semakin dalam dan perit kekecewaan yang kita hadapi, sebenarnya semakin besar lompong-lompong yang boleh kita isi dan ganti dengan kebahagiaan. The deeper you are hurt, the bigger the space for happiness to be filled in your life. Ada perkara besar yang berlaku dalam hidup seseorang tetapi tidak membuatkan dia begitu kecewa. Sebaliknya, ada perkara kecil sahaja yang berlaku dalam hidup seseorang yang lain yang membuatkan dia merasa sangat kecewa dan terkesan. Sebenarnya, bukan kejadian atau fenomena yang menentukan tahap kekecewaan yang akan kita hadapi, tetapi keadaan hati kita yang akan menentukan s...