Posts

Pencinta Maksiat: Bhgn 2

Image
Kita harus segera muhasabah diri, adakah kita salah seorang daripada pencinta maksiat ? Jika ya, kita harus segera bertaubat sebelum terlambat. Sesungguhnya hidup ini singkat, kematian itu dekat. Perhitungan itu cepat dan azab Allah itu amat dahsyat dan berat.  Apakah kita rela menanggung seksa-Nya semata-mata untuk melampiaskan kecintaan kita kepada maksiat? Kecintaan yang membawa kepada kehancuran, kepada kemunduran pemikiran dan kecelaruan emosi. Kecintaan yang seringkali menimbulkan penyesalan. Kecintaan yang menarik kita dekat kepada neraka, yang azabnya tidak pernah mampu kita bayangkan. "Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergolak. Yang mengelupaskan kulit kepala." (Al-Ma'aarij: 15-16) Dek kerana lamanya kita membiarkan hati terus dipeluk hawa, tenggelam bersama kancah-kancah noda dan dosa, maka iapun menjadi keras membatu. Peringatan dan ayat-ayat Allah tak lagi mampu menembusinya lantas mengalirkan air mata.  Apa yang kita ra...

Pesan-pesan Taqwa

Image
Taqwa bukan perkara remeh Mari kita berbicara dengan hati kita, tentang taqwa. Takut kepada Allah. Berhati-hati dalam setiap langkah. Merasai pengawasan Allah dalam setiap detik kehidupan. Taqwa adalah suatu bekal yang sangat penting dalam setiap keadaan, sepanjang zaman. Rasulullah berpesan agar kita bertaqwa di mana sahaja kita berada, “Dari Abu Dzar bin Junadah dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal radhiyallahu’anhuma, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam baginda bersabda, “ Bertaqwalah kepada Allah di manapun engkau berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”” (HR Tirmidzi) Taqwa adalah pemberat timbangan amal di akhirat. Allah mengingatkan tentang bekal taqwa dalam sebuah ayat Al-Quran, "Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa . Dan bertaqwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.” (Al-Baqarah: 197) Taqwa juga adalah sifat utama...

Kelebihan Bukan Kemuliaan, Kekurangan Bukan Kehinaan

Image
Suatu hari saya dan beberapa orang teman duduk bersama seorang ustaz untuk mendengar tazkirah. Sesi itu begitu ringkas dan mengena. Ustaz mulakan dengan sebuah simulasi. 2 orang kawan saya diberi sebuah buku setiap seorang. Seorang diberi buku yang tebal, sedangkan seorang lagi bukunya nipis. Lalu kata ustaz kepada yang diberi buku tebal, "katakan ustaz hadiahkan buku ini buatmu, apa perasaanmu?", jawabnya, "gembira!". Lalu ustaz beralih kepada yang diberi buku nipis, "bagaimana denganmu?", katanya, "kurang gembira kerana lebih nipis berbanding dia". Ustaz kemudian memberikan arahan seterusnya, "sekarang, kamu berdua diminta membaca buku tersebut dan bentangkan pada pertemuan kita yang akan datang". Di ketika itu, yang berbuku tebal berkerut dahinya, yang berbuku nipis tersenyum gembira. Ustazpun tersenyum. 'Ibrahpun bermula. Kita selalu gembira dengan kelebihan yang banyak dan bersedih dengan sedikitnya kelebihan. Kita lupa, b...

Towards A Marriage Life

Image
Excuse me for the broken english I'll be using. Tiba-tiba rasa nak bermadah dalam english walaupun bukan specialist writer. Today is 1st August 2012, the very first day of the month I'll be getting married, which is on the very last day of this month. I will be set free on the Independent Day, will I? The feeling is unexplainable by words because it's not a story with specified plots. Life, is always a mysterious journey. We never know the station we are going to pass until we reach at that point. Sometimes, we reached so sudden that we felt that it's too early, whilst sometimes it's so late till we can't wait any longer. People might say that they understand the feeling I'm going through, as the awaited day is coming near. But the truth is they never actually know exactly what I feel inside, as I never know what actually YOU are thinking right now. They can tell me about their experience, how they felt and how they gone through their previous countdown ...

Ikhlas Sepanjang Perjalanan

Image
Apa juga amal, baik yang kecil mahupun besar, niat yang ikhlas tak pernah terpisah daripada syarat diterima amal tersebut oleh Allah. Demikian Rasulullah SAW menekankan persoalan ini dalam hadith, “Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya, dan bagi setiap amal apa yang ia niatkan...”, supaya Umat Islam sentiasa segar dalam niat Ubudiyyah kepada Allah. Hanya kerana Allah dan untuk Allah. Banyak dalil yang boleh kita cari untuk bercerita tentang niat. Kita bukan berhadapan dengan kekurangan dalil, namun kurang penghayatan. Amal yang kelihatan seperti ibadah boleh bertukar menjadi tidak bernilai dengan niat yang tersasar. Sedangkan amal yang kelihatan kecil dan kurang signifikan di mata manusia, boleh menjadi sesuatu yang amat besar nilainya di sisi Allah dengan niat yang tulus. Solat yang didasari riyak adalah dicela, sedangkan salam dan senyum yang ikhlas untuk menghubungkan silaturrahim kerana Allah itu besar nilainya. Kita harus sentiasa meluruskan niat. Selagi ada ...

Dekatkah Kita Dengan Al-Quran?

Image
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Marilah kita sama-sama meningkatkan kedekatan hati kita dengan kalam Ilahi ini yang menjadi cahaya dalam kehidupan kita. Kita mulakan dengan konsisten dalam membacanya. Kita mulakan dengan perkiraan matematik yang mudah. Saya telah membuat percubaan membaca beberapa mukasurat Al-Quran dengan kelajuan yang biasa, tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat. Berikut variasi masa yang saya catatkan; mukasurat 44 – 2 minit 4 saat mukasurat 45 – 2 minit 12 saat mukasurat 46 – 1 minit 53 saat mukasurat 47 – 2 minit 13 saat mukasurat 48 – 2 minit 24 saat mukasurat 49 – 2 minit 21 saat Mukasurat 48 mengambil masa yang paling lama kerana ia mengandungi 1 ayat sahaja yang panjang daripada Surah Al-Baqarah, ayat 282. Saya ambil ini sebagai masa maksimum yang akan saya luangkan bagi membaca 1 muka daripada Al-Quran, saya genapkan kepada 2 minit 30 saat, atau 2 minit setengah. Sekarang, mari kita hitung bersama-sama. Da...

Ramadhan: Pengembaraan Menjadi Hamba

Image
 "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183) Bismillaahirrahmaanirrahiim. Di manakah hamba yang hatinya sentiasa dekat dengan Al-Quran, terikat dengan Masjid, menangis di malam hari sendirian sambil mengharap cinta Ilahi? Di manakah hamba yang sentiasa rindu akan kembali kepada Ilahi, bertemu dengan kekasih sejati dalam keadaan saling redha meredhai? Boleh jadi hamba itu sedang hanyut dalam dunia yang begitu mempersonakan, sehingga dia terlupa dan terleka akan tujuan dia diciptakan. Namun, Allah tidak membiarkan hamba-Nya terus alpa, Dia menganugerahkan Ramadhan, sebagai sebuah stesen untuk menyuburkan kembali keimanan. Bulan ini dapat menjadi sarana kita mendekatkan diri kepada Allah, mengawal hawa nafsu, menjauhkan diri daripada neraka dan mendekatkan kita ke syurga. Ramadhan adalah sela masa terbaik untuk kita mengukuhkan kedekatan hati kita den...