Posts

Aku Hanya Insan

Image
Aku hanya insan tak selalu taat bak malaikat tak selalu ingkar bak syaitan Aku hanya insan punya perasaan punya keinginan punya naluri punya obsesi Aku hanya insan dalam dunia akhir zaman penuh khayalan mimpi, godaan angan-angan Aku hanya insan sekalipun aku selalu ingkar dan selalu gagal aku tetap insan mengimpikan syurga takutkan neraka Aku hanya insan hidup sementara mati bila-bila Aku hanya insan… Pun begitu, aku punya Tuhan punya panduan punya peraturan punya nabi penunjuk jalan punya amanah dan tanggungan Terimalah bahawa aku hanya insan dan akan tetap menjadi insan jangan dikejikan kesalahan jangan dipujikan kebaikan 25 November 2010

Gelora

Image
Tersudut di lubuk hati paling dalam bercambah bersama butir-butir gelisah meraung, menjerit tanpa suara meminta, merayu penuh derita andai saja batasan tiada nescaya ia berkuasa, bermaharajalela Hilang sesekali muncul seringkali tenang bila ia pergi goncang bila ia kembali Berlembut ia terus meruntun berkeras ia terus mengganas Walau kecil tetap bahaya hingga sampan bisa terbalik Kalau besar lebih bahana hingga kapal bisa tenggelam Di laut manapun ia hadir gulungannya tetap menggila di hati manapun ia bertandang rengkuhannya tetap berbisa Hadirnya tak dijemput perginya harus diusir Andai saja batasan tiada nescaya ia berkuasa, bermaharajalela. zulyunus 10.30 am 24 Oktober 2010

Melalui Detik-detik 'Down'

Image
Memang langit tak selalu cerah. Secerah-cerah mentari menyinar, tak mustahil tiba-tiba mendung bertandang dan hujan lebat mencurah tanpa disangka. Suatu ketika saya mengikuti perkhemahan di Sungai Chamang, Bentong. Selesai semua peserta mengambil wudhu’ untuk Solat Subuh, tiba-tiba air deras datang, arus menggulung dan seketika itu juga warna air berubah menjadi sangat keruh berbanding sebelumnya. Begitu juga sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan peristiwa Tsunami yang sebelumnya tiada siapa dapat menjangkakan dengan tepat bahawa ia akan berlaku. Kejadian alam ini mengajar kita, memberi tanda akan Sunnatullah yang tak mungkin siapapun dapat menduga dengan tepat kerana ilmu itu hanya ada di sisi Allah. Perubahan boleh berlaku secara drastik dan begitu pantas. Kehidupan kita ini adalah sebahagian daripada fenomena alam, kerana kita sendiri adalah sebahagian daripada alam. Kehidupan ini penuh dengan misteri yang tidak terungkapkan. Kalaupun boleh diungkapkan, belum tentu dapat difah...

Ancaman Daripada Segenap Sudut

Image
“Jika musuhmu menyerangmu daripada segenap sudut yang ada, adakah kau akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut?” Jika matamu selamat daripada melihat aurat, belum tentu telingamu selamat daripada mendengar orang mengumpat. Jika tanganmu bebas daripada mencuri, belum tentu kakikmu terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat. Jika mulutmu bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluanmu terhindar daripada dosa dan rangsangan. Musuh itu pasti menyerang dan menjerumusukanmu daripada segenap sudut dan melalui segala kemungkinan yang ada. Musuh itu berupa nafsu daripada dalam dirimu sendiri, atau godaan daripada luar. Dalam dunia yang sedang kita hadapi sekarang, serangan itu semakin menjadi-jadi. Daripada segala perkara dan alat yang kita gunakan dalam kehidupan seharian, musuh-musuh kita menggunakannya untuk melemahkan dan menghancurkan kita. Hanya dengan menghidupkan laptop dan melayari internet, kita terus terdedah kepada serangan tersebut sekalipun kita tak berniat un...

Berharap Kepada Yang Tak Punya

Image
"Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?” Pengharapan adalah sesuatu yang dapat memberikan kekuatan. Walaupun kita berada dalam suatu kesusahan yang sangat berat, pengharapan akan memberikan kesegaran kepada Iman untuk sentiasa bertahan. Kita percaya bahawa masih ada jalan keluar kepada permasalahan. Kita percaya bahawa pasti ada pertolongan. Namun, pada siapa harus kita berikan pengharapan tersebut? Adakah pada makhluk seperti kita yang juga tak punya untuk memberi? Atau pada Tuhan yang sentiasa menanti untuk diseru nama-Nya pagi dan petang? Bahkan Dialah yang memenuhi segala permintaan. Seringkali kita meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia untuk dipenuhi. Padahal orang yang kita harapkan tersebut tak berdaya untuk memenuhi harapan dirinya sendiri. Adalah lebih bahaya kalau orang yang kita harapkan sebenarnya tak pernah mengharap kepada Tuhan sekalian alam. Dia menggantungkan kepercayaan kepada dirinya semata-mata tanpa sedikitp...

Hidup Lama atau Hidup Berjasa?

Image
“Adakah engkau ingin hidup selama-lamanya dalam dunia yang akan musnah bila-bila masa?” Hidup kita di atas dunia ni, selama manapun, pasti ada akhirnya. Selama manapun, sebenarnya singkat. Firman Allah: “(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.” (An-Naazi’aat: 46) Allah menerangkan dalam satu ayat lain yang panjang tentang hakikat dunia: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suk...

Mencari Kesempurnaan Makhluk

Image
“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui” Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahwa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. Rasulullah adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Namun, baginda sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah. Ya, sekali pandang kita rasa bahawa kita yang terbaik. Apabila kita mengubah sudut pandang, akan ternampaklah lompang-lompang yang terdapat pada diri kita. Cahaya lampu nampak hebat tatkala ia menerangi kegelapan malam, namun menjadi tak bernilai ketika mentari mula menerangi. Di ...