Posts

Shollu 'Alan Nabiy

Oleh : K.H.Rahmat Abdullah Apa yang kita fikirkan tentang seorang laki-laki berperangai amat mulia, yang lahir dan dibesarkan dicelah-celah kematian demi kematian orang-orang yang amat mengasihinya? Lahir dari rahim sejarah, ketika tak seorangpun mampu menguratkan keperibadian selain keperibadiannya sendiri. Ia produk ta’dib Rabbani (didikan Tuhan) yang menentang mentari dalam panasnya dan menggetarkan jutaan bibir dengan sebutan namanya, saat muaddzin mengumandangkan suara adzan. Di rumahnya tak dijumpai perabot mahal. Ia akan makan di lantai seperti orang biasa, padahal raja-raja dunia iri terhadap kekekehan struktur masyarakat dan kesetiaan pengikutnya. Tak seorang pembantunya pun mengeluh pernah dipukul atau dikejutkan oleh pukulannya terhadap benda-benda rumah. Dalam kesibukannya ia masih bertandang ke rumah puteri dan menantu tercintanya, Fatimah Azzahra dan Ali bin Abi Thalib. Fathimah merasakan kasih sayangnya tanpa membuatnya jadi manja dan hilang kemandirian. Saat Bani...

Coretan Alam

Awan mengandung hujan hidup terkandung ujian Bukit meneguhkan bumi iman meneguhkan hati Hijau pohon mempesona suci hati bercahaya Kabus membuatkan jalan sukar maksiat membuatkan hati gusar Indah lukisan alam ini ciptaan Yang Maha Suci. 22 Disember 2012, Lebuhraya LEKAS

Pelajaran Daripada Pernikahan 9 - Saling Memberi

Image
"Seandainya aku diizinkan untuk memerintahkan seseorang agar bersujud kepada orang lain, niscaya aku akan perintahkan kaum isteri untuk bersujud kepada suaminya." (HR Ahmad, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah) "Sebaik-baik kalian ialah orang yang paling baik perilakunya terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik dari kalian dalam memperlakukan isteriku." (HR At-Tirmidzi) Islam adalah agama yang adil. Islam meletakkan suami sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya, dan memberikan penghormatan yang selayaknya. Islam mewajibkan isteri untuk taat kepada suami, dan memberikan pembelaan yang secukupnya. Baik suami mahupun isteri punya kewajipan yang harus dilunaskan terhadap Allah. Suami isteri harus berlumba-lumba untuk memberi yang terbaik di dalam rumahtangga demi mengangkat darjatnya di sisi Allah. Menyedari hakikat tersebut, kita tidak akan saling menuntut. Sebaliknya, kita akan sentiasa berusaha untuk saling memberi. Kita tidak har...

Adakah Kita Bersedia?

Image
"Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna. Tetapi manusia hendak membuat maksiat terus menerus. Dia bertanya, "Bilakah hari Kiamat itu?"" (Al-Qiyaamah: 3-6) Masanya pasti tiba, tanpa ada keraguan padanya. Masa ketika ibu-ibu yang mengandung keguguran kerana dahsyatnya suasana. masa ketika saudara mara tak lagi saling mengenal kerana masing-masing sibuk menyelamatkan diri sendiri. Masa yang digambarkan di dalam Al-Quran dengan gambaran-gambaran dahsyat yang menggerunkan, yang tidak pernah dilalui oleh sesiapapun. Jika gambarannya pun sedemikian dahsyat, tentu realitinya lebih dahsyat! "Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), dan bulanpun telah hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan, pada hari itu manusia berkata, "ke mana tempat lari". Tidak! Tidak ada tempat berlindung! Hanya kepada Tuhanmu tempat kem...

Memanfaatkan Segenap Ruang Beramal

Image
Life is colourful Apabila si miskin melihat si kaya, yang ia rasakan adalah "alangkah bertuahnya dia, banyak harta yang mampu ia sedekahkan" . Apabila si kaya melihat si miskin, ia merasakan sesuatu yang berbeza, "alangkah bahagianya dia, tak banyak harta untuk dipersoalkan di hadapan Allah nanti" . Setiap manusia mempunyai garis takdir yang berbeza dan memainkan peranan-peranan yang berbeza. Bukan semua orang mampu menjadi guru, bukan semua orang harus menjadi CEO , bukan semua orang harus menjadi nelayan, petani dan sebagainya. Bahkan bukan semua orang juga harus menjadi pemimpin negara. Demikian pula bukan semua orang kaya dan bukan semua orang miskin. Dalam posisi apapun kita berada, ruang beramal itu ada . Kadang-kadang kita meratapi sesuatu posisi yang tidak kita miliki sehingga kita tidak menjalankan peranan di posisi kita secara optimum . Bagi sebuah tubuh badan berfungsi, setiap sel harus menjalankan peranannya secara terbaik, walaupun ia buk...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 8

Image
Pelajaran #8: Syuro - Membawa ke Meja Rundingan Suami selalu merasakan ia punya kuasa veto dan kadang-kadang sampai menidakkan hak isteri bersuara. Apabila ternyata keputusan yang diambil suami membawa mudarat, ia akan turut memberi kesan kepada sang isteri. Akhirnya, yang hinggap adalah sindiran sinis sang isteri, "itulah, pandai sangat buat keputusan". Paling tidakpun, jika keputusan berjaya, sang suami mungkin pula bersuara, "nasib baik ikut cakap saya, kalau tidak...". Apapun kesan daripada sebuah keputusan peribadi, mungkin membuka ruang untuk ketidakpuashatian. Sebelah pihak akan merasa menang, sebelah pihak akan merasa tidak menyumbang. Atau sebelah pihak merasa gagal, sebelah pihak merasa dizalimi. Memang, keputusan perlu dibuat oleh pemimpin, namun suara rakyat harus didengari. Banyak keputusan-keputusan besar yang perlu kita buat yang turut memberi impak kepada pasangan juga. Contohnya ingin bertukar tempat kerja, ingin membeli kereta, membel...

Syurga Tidak Diraih Dengan Bersenang-Lenang

Image
Sekadar gambar hiasan. Ibrahim Bin Adham pernah ditanya tentang mengapa doa tidak dimakbulkan, lalu beliau memberi antara salah satu sebabnya adalah “kita tahu tentang syurga tetapi tidak bekerja untuk mendapatkannya” . Benar. Setiap Muslim pasti tahu bahawa adanya syurga dan neraka. Namun, kehidupan seharian sebahagian daripada kita seakan-akan jauh daripada merealisasikan azam untuk meraih syurga. Seakan-akan pengetahuan tentang syurga dan neraka itu hanya tersimpan di akal tetapi penghayatannya tidak masuk ke hati. Lalu amal seharian jauh menyimpang daripada jalan ke syurga. Kecilnya nikmat dunia yang diberikan kepada kita terasa begitu besar di dalam hati sampai kita merasa lupa pada besarnya azab di neraka dan abadinya nikmat di syurga . Sesungguhnya jalan ke syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci manusia sedangkan jalan ke neraka dipenuhi perkara-perkara yang memenuhi tuntutan syahwat. “Ketika Allah menciptakan syurga, Dia berfirman kepada Ji...