Posts

Bila Rosak

Bila rosak semua sesak cakap banyak mendesak-desak Tuduh sana sini anak isteri belum dibaiki lupa diri seronok sendiri Bila elok semua suka bila rosak semua mengata Nak baiki... bila lagi? 5 Januari 2010

Suatu Saat

Image
Betapapun manusia ingkar berbuat mungkar bertindak tidak wajar menjadi fujjaar pasti suatu saat dia gusar walau sebentar ketika dia tersedar bahawa Allah itu Maha Besar... 3 Januari 2011

Bila Ibadah Hilang Manisnya

Image
Ibadah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah , baik ibadah-ibadah khusus yang mempunyai aturan-aturan tertentu yang telah digariskan mahupun ibadah-ibadah umum yang lebih luas dan subjektif. Selagimana sesuatu kebaikan itu dilakukan kerana Allah dan tidak bertentang dengan aturan Allah, maka ia termasuk dalam Ibadah. Firman Allah: "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku." (Adz-Dzaariyaat: 56) Ibadah, baik yang wajib mahupun sunat, seharusnya dapat membawa seseorang merasa lebih nikmat dan indah dalam hidup ini. Setiap kali masuk ke dalam solat, hatinya merasa sungguh tenteram bersama Tuhannya. Apabila keluar daripada solat, hatinya selalu rindu untuk menghadap-Nya lagi. Tatkala kalam Ilahi dilantunkan, hatinya luluh sehingga mengalirlah butir-butir air daripada pelupuk matanya. Bahkan apabila bibirnya sendiri membaca Al-Quran, hatinya semakin teguh untuk melangkah dalam kehidupan. Itu belum bercerita tenta...

Pemilikan Hakiki

Image
"...kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi..." (Al-Baqarah: 255) "Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Al-Baqarah: 284) "...kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi..." (Al-Munaafiquun:7) Merasa bahawa kita memiliki sesuatu secara mutlak akan mengundang kesengsaraan jiwa kerana apa yang ada pada kita itu boleh hilang bila-bila masa. Maka kita tidak akan redha atau berpuas hati dengan sebuah kehilangan, dan akan menjadi tertipu dengan sebuah pemilikan yang sementara. Kita tidak memiliki apa-apa dan kita juga bukan milik siapa-siapa selain Dia. Allahlah yang memiliki jiwa-jiwa kita dan segala yang ada di langit dan di bumi. Sedarlah bahawa kita akan kembali, kerana pemilikan Dia adalah sebuah pemilikan tunggal, hakiki dan abadi. Adapun istilah 'milik' yang kita gunakan dalam pembicaraan sehari-hari itu hanyalah sebuah kata yang hakikatnya merujuk kepada sesuatu yang dianugerahkan ...

Meniti Takdir Kehidupan

Image
" Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Ali-Imran: Ayat 6) Allah telah menciptakan kita dalam bentuk yang terbaik seperti dikehendaki-Nya. Apabila kita meyakini hal tersebut, maka kita tidak akan membanding-bandingkan rupa paras kita dengan orang lain lalu mengutuk diri sendiri. "Dia cantik, aku hodoh","dia hensem, aku buruk", "dia tinggi, aku rendah" , dan pelbagai lagi statement yang menggambarkan betapa kita tidak berpuas hati dengan ketentuan yang telah ditetapkan Allah. Bukan sahaja dalam elemen material yang nampak seperti rupa paras, tetapi juga dalam kehidupan seharian yang berbentuk peristiwa dan kejadian. Setiap yang berlaku pada kita semuanya berada dalam pengetahuan-Nya. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu itu berlaku dalam jalan cerita hidup kita, janganlah kita mengeluh, "mengapa in...

Aku Hanya Insan

Image
Aku hanya insan tak selalu taat bak malaikat tak selalu ingkar bak syaitan Aku hanya insan punya perasaan punya keinginan punya naluri punya obsesi Aku hanya insan dalam dunia akhir zaman penuh khayalan mimpi, godaan angan-angan Aku hanya insan sekalipun aku selalu ingkar dan selalu gagal aku tetap insan mengimpikan syurga takutkan neraka Aku hanya insan hidup sementara mati bila-bila Aku hanya insan… Pun begitu, aku punya Tuhan punya panduan punya peraturan punya nabi penunjuk jalan punya amanah dan tanggungan Terimalah bahawa aku hanya insan dan akan tetap menjadi insan jangan dikejikan kesalahan jangan dipujikan kebaikan 25 November 2010

Gelora

Image
Tersudut di lubuk hati paling dalam bercambah bersama butir-butir gelisah meraung, menjerit tanpa suara meminta, merayu penuh derita andai saja batasan tiada nescaya ia berkuasa, bermaharajalela Hilang sesekali muncul seringkali tenang bila ia pergi goncang bila ia kembali Berlembut ia terus meruntun berkeras ia terus mengganas Walau kecil tetap bahaya hingga sampan bisa terbalik Kalau besar lebih bahana hingga kapal bisa tenggelam Di laut manapun ia hadir gulungannya tetap menggila di hati manapun ia bertandang rengkuhannya tetap berbisa Hadirnya tak dijemput perginya harus diusir Andai saja batasan tiada nescaya ia berkuasa, bermaharajalela. zulyunus 10.30 am 24 Oktober 2010