Posts

Dibelenggu Pengalaman

Image
Pengalaman. Guru yang sangat berkesan. Boleh jadi satu memori hitam yang cukup menyakitkan. Apa yang sedang kita alami sekarang, sebentar lagi akan menjadi pengalaman. Setiap hari kita menimba pengalaman baru, meneroka alam kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang harus dialami, tiada kecuali. Sekadar pengalaman tidak cukup membuatkan kita menjadi lebih baik jika tidak ada yang kita pelajari daripadanya. Bahkan mungkin, pengalaman dapat membawa kita ke dalam kehidupan yang penuh kerisauan, ketakutan, kebimbangan dan ketidakpastian. Kita buntu, tidak berani melangkah kerana pengalaman silam cukup memeritkan. Apabila itu yang kita alami dan kita tidak bisa keluar daripada pola pemikiran tersebut, sedarilah bahawa kita sedang DIBELENGGU PENGALAMAN!

Hikmah Sebalik Ketentuan

Image
Banyak perkara yang telah, sedang dan akan berlaku dalam kehidupan kita. Segala yang telah lepas takkan mungkin kembali, menjadi kenangan dan ingatan sampai mati. Segala yang sedang berlaku akan menjadi kenangan hari esok manakala segala yang akan berlaku belum pasti dan di luar ilmu kita. Kita bisa meneka dan membuat andaian, namun belum tentu tepat dan mungkin meleset sama sekali. “Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui” Itulah kehidupan, ciptaan Tuhan. Kadang-kadang kita terlalu menyesali apa yang telah berlalu dan terlalu risau akan apa yang bakal datang sehinggakan kita terlepas pandang apa yang sedang berlaku. Kita hilang fokus dan terus menerus menyesali diri sehingga segala yang sedang berlaku terus berlalu. Acap kali juga kita menjadi sangat risau akan hari esok sehinggakan takut untuk menghadapi apa yang sedang berlaku. Seringkali juga kita terlupa bahawa Allah punya Ketentuan. Ketentuan Allah pasti ada hikmahnya, dalam sedar ataupun tidak.

Umat Dalam Satu Tubuh

Image
Biarpun mereka tak berada bersama kita, namun mereka tetap sebahagian daripada kita. Biarpun kita tak pernah merasai apa yang mereka rasai, kita tetap sebahagian daripada mereka. Kita ibarat tubuh yang satu, saling melengkapkan antara satu sama lain. Kaki tak dapat melangkah tatkala badan lemah atau akal tak berfungsi. Itulah hakikatnya. Namun, realitinya lain, jauh berbeza. Kita tak pernah merasakan bahawa mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka. Kita hidup seolah-olah mereka tidak pernah wujud ataupun tak bererti bagi kita. Bukan setakat tak ingin membantu, bahkan tak ingin langsung mengambil tahu. Siapakah mereka?

Sinergi Tua dan Muda

Image
Kita mungkin pernah mendengar orang-orang muda berbicara begini: “Orang-orang tua ni susah sikit. Mereka ni kolot. Susah nak terima pendapat orang lain. Asyik-asyik dengan teori lama dan tak relevan dengan zaman kini. Biarlah mereka dengan cara mereka. Lambat dan tak proaktif.” Dalam masa yang sama, orang-orang tua pula berbicara begini: “Orang-orang muda ni semangat mereka lebih sikit, susah nak kawal. Kita bagi nasihat pun tak mahu dengar. Biarlah mereka dengan cara mereka. Kita nak tengok setakat mana mereka punya kepandaian.” Haruskah begitu?

Tragedi 2 Jun 2009

Image
Ini kisah benar tentang diriku. Mudah-mudahan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dan membawa pembaca menghayati erti kehidupan. 2 Jun 2009, Selasa – Petang Selasa itu aku menunggang motosikal menuju ke Terminal Makmur, ingin membeli tiket pulang ke Pulau Pinang Khamis malam dan membaiki handset. Tiba di terminal, aku langsung menuju ke kaunter bas Utama Ekspres. “Tiket Khamis malam ni ada tak bang ke Butterworth?”. “Ada, jam 9 malam. Berapa orang?”. “Seorang. Berapa ringgit?”. “Rm 51″. Setelah mendapatkan tiket, aku sempat mencari kedai untuk membaiki handset di bawah terminal. Kedai Hotlink. “Bang, nak repair handset boleh? masuk air”. “Hmm…ni kalau repair ni lagi mahal daripada handset second hand ni dik. Macam mana?”. Aku berfikir sejenak, “Tak apalah bang, terima kasih saja ya. Bagi saya charger motorola satu.” Aku membeli charger motorola untuk mengecas handset yang diberi pinjam sahabatku. Kemudian aku singgah di cybercafe bersebelahan terminal. Selesai urusan, aku turu...

Merenung Makna Ikhlas

Image
“Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!” Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar bila kita berat untuk melakukan sesuatu namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan. Dalam hati kita bermonolog, “betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat" . Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya, Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan? Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas? Timbul pula persoalan lain, adakah ikhlas itu akan datang tiba-tiba atau perlu dilatih? Mari kita lihat firman Allah yang bermaksud: “Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (A...

Pulihkan Semangatmu

Image
Semangat kita naik turun. Ada masa kita ingin melakukan segala-galanya dan ada masa kita ingin tinggalkan segala-galanya. Apa yang kita harus percaya ialah dalam diri kita ada potensi luar biasa yang diberikan oleh pencipta untuk digilap dan digali. Potensi kita akan mati jika dibiarkan terus berkubur bersama kelemahan dan keluh-kesah. Sebaliknya ia akan berkembang jika dicanai dengan semangat juang yang tinggi. Saat semangat itu luntur, bagaimana potensi akan bisa berkembang? Jadi kita harus mengembalikan semangat demi menggilap potensi ke tahap yang optimum. Sehebat mana pun besi yang diberikan kepada kita, ia akan berkarat jika dibiarkan di tengah hujan panas selama beberapa ketika. Namun, potensi besi boleh terlihat dalam kapal terbang yang berlegar di udara, pada kapal yang berlayar di lautan, pada senapang yang menembak tepat dan pada tiang yang menjadi pasak bangunan. Mungkinkah besi akan bererti jika tidak di lebur dan dicanai dengan sehabis baik? Setelah diketuk dan diproses...