Syurga Tidak Diraih Dengan Bersenang-Lenang
Sekadar gambar hiasan. |
Ibrahim Bin Adham pernah ditanya tentang mengapa doa tidak dimakbulkan, lalu beliau memberi antara salah satu sebabnya adalah “kita tahu tentang syurga tetapi tidak bekerja untuk mendapatkannya”.
Benar. Setiap Muslim pasti tahu bahawa adanya syurga dan neraka. Namun, kehidupan seharian sebahagian daripada kita seakan-akan jauh daripada merealisasikan azam untuk meraih syurga. Seakan-akan pengetahuan tentang syurga dan neraka itu hanya tersimpan di akal tetapi penghayatannya tidak masuk ke hati. Lalu amal seharian jauh menyimpang daripada jalan ke syurga.
Kecilnya nikmat dunia yang diberikan kepada kita terasa begitu besar di dalam hati sampai kita merasa lupa pada besarnya azab di neraka dan abadinya nikmat di syurga. Sesungguhnya jalan ke syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci manusia sedangkan jalan ke neraka dipenuhi perkara-perkara yang memenuhi tuntutan syahwat.
“Ketika Allah menciptakan syurga, Dia berfirman kepada Jibril: "Pergi dan lihatlah syurga." Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: "Demi keagungan-Mu ya Rabb, tidak seorangpun yang mendengar tentang syurga melainkan pasti ingin memasukinya." Kemudian Allah lapisi syurga dengan al-makaarih (hal-hal yang tidak disukai manusia) lalu Allah berfirman: "Hai Jibril, pergi dan lihatlah surga." Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: “Demi keagungan-Mu ya Rabb, sungguh aku risau tidak seorangpun yang berjaya memasukinya.”Ketika Allah menciptakan neraka, Dia berfirman kepada Jibril: "Pergi dan lihatlah neraka." Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: "Demi keagungan-Mu ya Rabb, tidak seorangpun yang mendengar tentang neraka lalu ingin memasukinya." Kemudian Allah lapisi neraka dengan asy-syahawaat (hal-hal yang disukai manusia) lalu Allah berfirman: "Hai Jibril, pergi dan lihatlah neraka." Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: "Demi keagungan-Mu ya Rabb, sungguh aku risau tidak akan ada orang yang bakal terlepas dari api neraka." (HR Abu Dawud)
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali Imran: 185)
Meraih syurga adalah suatu kemenangan yang hakiki, begitu juga diselamatkan daripada api neraka. Namun, kemenangan ini dikaburi dengan kenikmatan-kenikmatan sementara yang kita nikmati di dunia. Lalu kita berangan-angan bahawa kita memang layak untuk ke syurga. Kita merasa selesa dengan kesenangan dan merasakan bahawa tak mungkin kesenangan itu akan dicabut sampai bila-bila. Bagi orang-orang yang memilih untuk bersenang-lenang dan bermimpi-mimpi ke syurga, dengarkanlah firman Allah yang agung ini:
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)." (Al-Baqarah: 214)
Goncangan yang dialami oleh golongan terdahulu adalah sangat dahsyat. Sehinggakan keluar pertanyaan daripada Rasul sendiri dan orang-orang yang mengikutinya, bilakah pertolongan Allah? Ujian yang ditimpakan meliputi penderitaan fizikal dan goncangan emosi yang dahsyat. Adakah kita merasakan ujian yang ditimpakan untuk kita lebih berat? Gagal peperiksaan, diberhentikan kerja, tak dapat beli kereta baru kerana tak cukup duit, tak dapat beli gadget-gadget yang terkini, tak dapat kahwin isteri cantik, dan macam-macam lagi. Ujian yang sedang kita hadapi yang terasa berat ini sebenarnya jauh lebih ringan daripada apa yang dihadapkan kepada golongan terdahulu.
Tak payah pergi jauh, nak bandingkan ujian dan penderitaan kita (yang selalu terkait dengan tak mampu meraih kesenangan ini) dengan ujian Umat Islam di negara-negara lain (Palestin, Syria, Myanmar, Filipina, dan lain-lain yang bermati-matian mempertahankan agama sehingga mengorbankan harta, anak-anak, suami isteri, dan diri sendiri) pun tak terbanding. Maka sekali lagi kita persoalkan, adakah jalan kemewahan yang sedang kita lalui benar-benar akan membawa kita ke syurga? Apakah kita punya mahar yang cukup bernilai untuk meraih syurga Allah? Jika jawapannya tidak, maka kita takkan bersenang-lenang menikmati dunia.
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?". (Ali Imran: 142)
Apa yang pasti, syurga tidak diraih dengan bersenang-lenang dan bermimpi-mimpi. 10 sahabat yang dijamin masuk syurga bukan daripada kalangan bangsawan yang mencari kepuasan dunia daripada hartanya. Bukan juga pemimpin-pemimpin yang sentiasa menindas rakyat dan menjadikan jawatannya sebagai sumber pencarian. Mereka adalah di kalangan orang-orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, sentiasa bersedia menyahut seruan jihad untuk meninggikan kalimah Allah, menginfakkan seluruh kehidupannya untuk menegakkan Islam. Jauh benar perbezaan antara indikator kemewahan yang ingin kita capai, dengan indikator yang telah diletakkan oleh Rasul bagi mereka yang ingin meraih syurga. Contohilah kehidupan ahli-ahli syurga tersebut.
Jika kita benar-benar ingin meraih syurga, maka kita akan sentiasa sensitif dan responsif dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang menceritakan tentang kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi untuk meraih syurga: menjaga lisan, menjaga kemaluan, bertaqwa, berjihad, 7 golongan yang mendapat naungan Allah, dan banyak lagi isyarat yang digariskan oleh wahyu. Sentiasalah mengisi hati kita dengan janji-janji yang benar daripada Allah dan Rasul supaya kita sentiasa termotivasi untuk terus beramal dengan benar.
Penulisan ini bukan tentang tuduhan akan siapa yang masuk syurga atau masuk neraka, tetapi ini tentang sejauhmana kita telah bekerja untuk meraih syurga dan dijauhkan daripada neraka. Hakikatnya, semua itu atas Rahmat dan kasih sayang Allah. Kita yang tidak pernah tahu perkara ghaib secara pasti akan sentiasa berada dalam keadaan takut dan harap. Takut akan azab Allah. Harap akan nikmat Allah yang abadi. Kita jangan pernah jemu beramal kerana neraka tidak pernah jemu menyiksa penghuninya. Kita jangan pernah berputus asa akan meraih syurga kerana Rahmat Allah itu terbentang luas bagi mereka yang mahu berusaha.
Letakkan di tepi matlamat hidup untuk meraih gelar-gelar yang tinggi, harta yang melimpah ruah untuk dinikmati, Keturunan yang banyak untuk dibangga-banggakan, dan sekalian matlamat keduniaan yang lain. Letakkan di hati, bahawa yang ingin kita raih adalah SYURGA dan REDHA ALLAH yang kekal abadi. Dunia tidak akan lagi memenjara hati kita, bahkan ia akan berada dalam genggaman kita. Tidak terlalu gembira akan nikmat dunia, tidak terlalu bersedih akan kehilangannya.
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hamba-Ku yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia." (HR Bukhari)
Oh, indahnya syurga. Wallahua'lam.

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.