Posts

Showing posts from September, 2010

Hidup Lama atau Hidup Berjasa?

Image
“Adakah engkau ingin hidup selama-lamanya dalam dunia yang akan musnah bila-bila masa?” Hidup kita di atas dunia ni, selama manapun, pasti ada akhirnya. Selama manapun, sebenarnya singkat. Firman Allah: “(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.” (An-Naazi’aat: 46) Allah menerangkan dalam satu ayat lain yang panjang tentang hakikat dunia: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suk

Mencari Kesempurnaan Makhluk

Image
“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui” Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahwa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. Rasulullah adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Namun, baginda sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah. Ya, sekali pandang kita rasa bahawa kita yang terbaik. Apabila kita mengubah sudut pandang, akan ternampaklah lompang-lompang yang terdapat pada diri kita. Cahaya lampu nampak hebat tatkala ia menerangi kegelapan malam, namun menjadi tak bernilai ketika mentari mula menerangi. Di

Apabila Tiba Ajalnya, Tidak Akan Ditangguh Lagi

Image
“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Al-Munaafiquun: 11) 27 Ramadhan 1431 H. Hari ini hati aku rasa sayu. Melihat sebuah kematian. Sebuah kematian yang menyedihkan. Mayat itu mungkin telah mati beberapa hari tanpa disedari. Sehinggakan tubuhnya kelihatan kebiruan. Darah sudah tidak merah. saat aku mengangkatnya, tubuhnya kaku. Keras, tak selembut manusia yang masih hidup dengan aliran darah yang segar. Baunya usah ditanya. Busuk. Giginya kuning. Matanya tertutup rapat. Perlahan-lahan kuangkat, kumasukkan ke dalam plastik. Temanku hanya melihat, dengan penuh penghayatan bahawa hidup ini pasti berakhir. Entah bagaimana pengakhiran kita. Beberapa hari sebelum dia mati, aku dah menyedari perubahan sikapnya. Kebelakangan ini dia kelihatan kurus dan semakin kurus sehinggalah akhirnya aku sempat bertemunya s

Bila Yang Dikejar Itu Dunia

Image
Bila yang dikejar itu dunia, hati kita akan sentiasa tak tenang. Seolah-olah kita sedang berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang paling memuaskan, namun hakikatnya jiwa terasa semakin haus. Semakin banyak keperluan duniawi yang kita dapatkan, semakin banyak pula yang kita inginkan. Ibarat kita mengejar bayang-bayang, perjalanannya menjadi semakin panjang dan bayang-bayang menjadi semakin jauh kerana kita sedang berlari menjauhi cahaya saat kita mengejarnya. Bila yang dikejar itu dunia, kita akan sentiasa tidak berpuas hati. Sememangnya tak ada di dunia ini sesuatu kepuasan yang paling mutlak. Sekenyang manapun perut, lapar akan terasa kembali. Senyenyak manapun tidur, pasti kita akan terjaga. Itulah kita. Walaupun kita menyedari hakikat ini, jiwa masih lagi tidak dapat terputus daripada orientasi keduniaan. Kita terjaga di pagi hari dengan niat yang satu, untuk mencukupkan keperluan duniawi. Akhirat tidak menjadi obsesi yang ingin dicari, yang diimpi-impi. Sedangkan perbandingan anta

Monolog Seorang Insan

Image
“Aku dah lama hidup…aku dah dewasa, aku harus mula serius dalam kehidupan ini…” “Ah, apa aku nak risaukan, kan hidup aku masih jauh perjalanan. Banyak lagi masa untuk aku bergembira…” “Betul jugak. Aku masih muda. Ah! Tapi aku tak tahu bila kematian akan datang…” “Apa nak dikira kematian? Tak perlu aku berfikir negatif. Hidup ni mesti happy!” “Ya, aku masih sihat. Tak mungkin aku akan mati dalam masa terdekat” “Ya! Macam tu baru lah jiwa muda!” “Aku nak rasa segala keseronokan yang orang lain rasa. Aku nak bergembira sepuas hati sementara umur masih muda. Tapi, macam mana kalau tiba-tiba aku mati?” “Apa nak dirisaukan? Bukankah Allah itu Maha Penyayang. Pasti dosaku diampunkan” “Ya, lagipun aku dah banyak beramal sebelum ni. Takkanlah Allah nak biarkan aku mati sebelum bertaubat.” “Kalau aku bertaubat pun, nanti aku akan ulang balik kesalahan aku. Baik aku teruskan buat maksiat, nanti dah dekat nak mati aku bertaubatlah” “Ya, dah banyak kali aku bertaubat dan aku rasa ma