Pelajaran Daripada Pernikahan - 2
Pelajaran #2: Melebur Keegoan
Merasa lebih baik daripada pasangan adalah sebuah sikap yang akan memunculkan keegoan. Ini menghalang proses mencapai keharmonian rumahtangga. Masing-masing merasa lebih benar. Masing-masing merasa lebih patut dihormati, maka siapa yang akan belajar menghormati?
Walaupun suami, tak patut membuat kenyataan bahawa dirinya sentiasa lebih betul, lebih baik, lebih patut didengar pendapatnya. Suami yang mengambil sikap autokratik sebegini selalunya akan berakhir dengan mendapat protes daripada sang isteri. Bukan isterinya tidak mahu buat, bukan isterinya tidak mahu taat, tetapi cara menyuruh itu terlalu kasar, tidak hormat dan tidak memahami keadaan pasangan.
Tenang, jangan cepat beremosi. Syaitan pernah berkata kepada Allah, "aku lebih baik dari Adam, Engkau mencipta aku dari api sedang dia engkau cipta dari tanah". Jika kita ingin mengatakan kepada isteri kita, "aku sentiasa lebih baik darimu, aku suami, engkau isteri", tidakkah kita sedang mewarisi perangai syaitan? Firaun tidaklah lebih baik daripada Asiah, isterinya.
Tingkatkanlah rasa kasih sayang dan persefahaman, kurangkan sikap memaksa dan merasa suara kita sahaja yang patut dibenarkan. Memang bukan mudah. Kita sudah meletakkan sebuah kefahaman bahawa suami itu ketua dan isteri itu harus taat. Itu ketetapan yang tidak mungkin berubah. Namun, apabila pergi kepada pelaksanaan, ia harus membumi dan berpijak kepada realiti berbanding sentiasa terikat dengan teori.
Rasulullah SAW bahkan ketua negara, ketua Umat. Namun di rumahnya baginda tetap mengurus diri sendiri, memerah susu binatang, melipat pakaian. Demikianlah diriwayatkan oleh Aisyah (rujuk Syamaail Muhammad bab Tawadhu'). Kita tidaklah lebih hebat dan lebih mulia berbanding Rasulullah SAW. Kita harus membuang sifat ego dan melatih tawadhu', itu lebih memberi kesan yang baik kepada keharmonian rumahtangga.
Apabila suami melihat kain baju bertimbun tak berlipat, jangan cepat melenting, "kenapa awak tak lipat baju?". Sebaliknya, tenangkan diri dulu. Bersihkan niat. Katakan pada diri bahawa aku ingin mengikut sunnah nabi dengan membantu membuat kerja rumah. Setidak-tidaknya katakan pada isteri, "nanti kita lipat baju sama-sama ya". Atau lebih baiklah kalau suami lipat semua baju, agaknya apakah perasaan isteri? Bukankah itu lebih menerbitkan percintaan dalam rumahtangga? Isteri yang solehah akan segera memahami untuk sentiasa meringankan suaminya dan menjadi yang terbaik dalam rumahtangga. Sementara isteri kita belajar menjadi isteri yang baik, kita kena banyak belajar untuk bersabar (lain kali kita cerita tentang pelajaran sabar, Insya-Allah).
Tawadhu' tidak pernah menjatuhkan maruah diri kita. Tidaklah seseorang itu tawadhu' kerana Allah melainkan diangkat darjatnya di sisi Allah. Tawadhu' melahirkan kenyamanan orang lain terhadap kita. Apatah lagi jika kita bersikap tawadhu' dengan teman hidup yang sentiasa bersama kita. Jika dengan teman hidup yang begitu rapatpun kita tak mampu membuang sifat ego, jangan harap sifat ego itu dapat dikikis terhadap orang lain.
Ego bukan hanya terdapat pada suami, juga pada isteri. Apatah lagi bagi isteri yang mempunyai pendapatan melebihi suami, atau pangkat lebih tinggi berbanding suami. Jangan tersalah meletak kedudukan. Jangan campur adukkan status kerjaya dengan status kita dalam rumahtangga. Merasa lebih tinggi atau merasa diri lebih banyak menyumbang kepada keluarga akan membuatkan kita selalu mengungkit dan menyakiti pasangan. Itu tidak membantu langsung dalam keharmonian rumahtangga.
Kononnya kita ingin menegakkan hak diri, ternyata ia cuma menambah derita dan sengsara. Raihlah cinta terhadap pasangan dengan melebur keegoan yang membinasakan. Suami menyayangi dan berlemah lembut, isteri mentaati dan tahu menghormati. Insya-Allah, kita akan lebih bahagia.
Wallahua'lam.

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.