Posts

Showing posts from November, 2012

Memanfaatkan Segenap Ruang Beramal

Image
Life is colourful Apabila si miskin melihat si kaya, yang ia rasakan adalah "alangkah bertuahnya dia, banyak harta yang mampu ia sedekahkan" . Apabila si kaya melihat si miskin, ia merasakan sesuatu yang berbeza, "alangkah bahagianya dia, tak banyak harta untuk dipersoalkan di hadapan Allah nanti" . Setiap manusia mempunyai garis takdir yang berbeza dan memainkan peranan-peranan yang berbeza. Bukan semua orang mampu menjadi guru, bukan semua orang harus menjadi CEO , bukan semua orang harus menjadi nelayan, petani dan sebagainya. Bahkan bukan semua orang juga harus menjadi pemimpin negara. Demikian pula bukan semua orang kaya dan bukan semua orang miskin. Dalam posisi apapun kita berada, ruang beramal itu ada . Kadang-kadang kita meratapi sesuatu posisi yang tidak kita miliki sehingga kita tidak menjalankan peranan di posisi kita secara optimum . Bagi sebuah tubuh badan berfungsi, setiap sel harus menjalankan peranannya secara terbaik, walaupun ia buk...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 8

Image
Pelajaran #8: Syuro - Membawa ke Meja Rundingan Suami selalu merasakan ia punya kuasa veto dan kadang-kadang sampai menidakkan hak isteri bersuara. Apabila ternyata keputusan yang diambil suami membawa mudarat, ia akan turut memberi kesan kepada sang isteri. Akhirnya, yang hinggap adalah sindiran sinis sang isteri, "itulah, pandai sangat buat keputusan". Paling tidakpun, jika keputusan berjaya, sang suami mungkin pula bersuara, "nasib baik ikut cakap saya, kalau tidak...". Apapun kesan daripada sebuah keputusan peribadi, mungkin membuka ruang untuk ketidakpuashatian. Sebelah pihak akan merasa menang, sebelah pihak akan merasa tidak menyumbang. Atau sebelah pihak merasa gagal, sebelah pihak merasa dizalimi. Memang, keputusan perlu dibuat oleh pemimpin, namun suara rakyat harus didengari. Banyak keputusan-keputusan besar yang perlu kita buat yang turut memberi impak kepada pasangan juga. Contohnya ingin bertukar tempat kerja, ingin membeli kereta, membel...

Syurga Tidak Diraih Dengan Bersenang-Lenang

Image
Sekadar gambar hiasan. Ibrahim Bin Adham pernah ditanya tentang mengapa doa tidak dimakbulkan, lalu beliau memberi antara salah satu sebabnya adalah “kita tahu tentang syurga tetapi tidak bekerja untuk mendapatkannya” . Benar. Setiap Muslim pasti tahu bahawa adanya syurga dan neraka. Namun, kehidupan seharian sebahagian daripada kita seakan-akan jauh daripada merealisasikan azam untuk meraih syurga. Seakan-akan pengetahuan tentang syurga dan neraka itu hanya tersimpan di akal tetapi penghayatannya tidak masuk ke hati. Lalu amal seharian jauh menyimpang daripada jalan ke syurga. Kecilnya nikmat dunia yang diberikan kepada kita terasa begitu besar di dalam hati sampai kita merasa lupa pada besarnya azab di neraka dan abadinya nikmat di syurga . Sesungguhnya jalan ke syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang dibenci manusia sedangkan jalan ke neraka dipenuhi perkara-perkara yang memenuhi tuntutan syahwat. “Ketika Allah menciptakan syurga, Dia berfirman kepada Ji...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 7

Image
Pelajaran #7 - Bersedia Berubah 1 Muharram sering dikaitkan dengan Hijrah (walaupun Hijrah sebenarnya bukan berlaku pada 1 Muharram, tapi tak ada masalah kita nak mengambil ruh Hijrah untuk dihayati bersama). Bersempena dengan 1 Muharram 1434H ini, saya ingin berkongsi tentang hijrah berkait dengan alam rumahtangga. Ramai yang masuk ke alam pernikahan tanpa kesediaan untuk melakukan perubahan terhadap diri, iaitu perubahan-perubahan yang perlu dilakukan tatkala lelaki bujang bertukar gelar menjadi suami atau anak dara bertukar gelar menjadi isteri, perubahan-perubahan yang merangkumi banyak aspek , baik daripada segi mentaliti, emosi, sikap, mahupun gaya hidup seharian. Mungkin kita masuk ke alam pernikahan dalam keadaan separa sedar , membiarkan sahaja pernikahan itu berlalu tanpa benar-benar memahami tuntutan-tuntutan sebagai suami atau isteri. Sedar-sedar sahaja sudah bergelar isteri atau suami orang. Oh, unbelievable! Atau mungkin kita langsung tak ambil peduli . We don...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 6

Image
Pelajaran #6: Menjadi Pendengar Yang Setia Pendengaran adalah pancaindera yang lebih dahulu berfungsi ketika manusia dilahirkan, sebelum penglihatan dan lisan. Ini menggambarkan peranannya yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Kita biasa mendengar radio tanpa melihat video, namun pelik jika kita harus menonton filem tanpa suara. Pendengaran adalah input penting yang diproses menjadi output, iaitu kata-kata yang kita ucapkan. Apabila pasangan kita berbicara, kita harus belajar mendengar dengan teliti, sepertimana kita ingin didengari dan difahami ketika kita berbicara. Jika kita tidak mendengar dengan teliti dan memahami, kita akan memberikan respons yang tidak adil dan menyakiti.  Jangan cepat membuat kesimpulan sebelum jelas dengan apa yang cuba disampaikan. Tak semua orang mampu untuk berbicara direct to the point . Jika kurang faham, tanya. Dapatkan kepastian. Jangan cantas kata-kata pasangan sesuka hati dan membuat kesimpulan yang sebenarnya tidak dimaksudkan pa...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 5

Image
Pelajaran #5: Saling Menghormati Perbezaan Alhamdulillah, penulisan kali ini dihasilkan setelah mengadakan perbincangan ringkas dengan isteri tercinta. Terima kasih atas idea-idea yang dilontarkan dan kesudian mendengar celoteh sang suami. Keserasian bukan mesti kita mempunyai pendapat dan sikap yang sama dalam semua perkara, tetapi ia adalah sebuah kemampuan kita memanfaatkan segala perbezaan untuk mencapai keharmonian , meraikan kepelbagaian untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Ibarat bezanya caj positif dan negatif yang menghasilkan sebuah bateri. Atau ibarat bezanya bunyi setiap note piano yang menghasilkan lagu. Semakin banyak perbezaan, semakin mencabar jalan mencapai keserasian, jika kita gagal menghormati perbezaan dan mengurusnya dengan baik. Oleh sebab itu kita digalakkan mencari yang sekufu agar lebih mudah mencapai keserasian. Baik daripada segi misi dan visi hidup (perkara paling utama), latar belakang keluarga, minat dan kecenderungan. Pemain badminton akan men...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 4

Image
Pelajaran #4: Memberi dan Memohon Maaf Pernah seorang pensyarah saya berpesan, sebuah pesanan yang ia terima daripada gurunya, "90% of marriage life is about forgiving, the other 10% is about forgetting things that you could not forgive". Menarik. Tak pasti daripada mana sumbernya, dalilnya, kajian kesnya. Namun, bagi saya, it makes sense! Kita tidak harus lokek untuk meminta maaf (atas kekurangan diri) dan memberi maaf (atas kekurangan pasangan). Berkait dengan kemaafan, mari kita melihat sebuah hadith daripada baginda Rasulullah SAW: "Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan , serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim) Dalam memohon maaf, kita harus tulus. Janganlah mulut kata "maafkan saya" , hati kata "bukan salah aku, sepatutnya kau yang minta maaf" . Kalau itu yang berlaku, kit...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 3

Image
Pelajaran #3: Menerima Kekurangan Banyak masa kita akan dihabiskan bersama pasangan, terutama bagi yang baru berumahtangga. Walaupun pada mulanya kita lebih banyak malu-malu dan tidak mahu menonjolkan cacat cela diri terhadap pasangan, lama-kelamaan akan diketahui juga. Baik cacat cela yang berbentuk fizikal diri atau cacat cela yang berbentuk perangai kita yang sudah sekian lama. Wajar, jika kita menemui banyak kekurangan-kekurangan pada diri pasangan kita apabila masa berlalu. Demikian juga dia akan mengetahui kelemahan kita. Dulu, dia nampak sopan. Selepas kahwin beberapa lama, baru tahu kentutnya kuat dan busuk. Sendawanya juga dahsyat dan nafasnya berbau. Peluhnya masam. Macam-macam lagi yang nampak sebagai cacat cela bagi kita (ada orang tak kisah pasangan kentut kuat dan busuk, pun rasa wangi). Sikapnya yang kurang menyenangkanpun mula kelihatan. Ternyata dia jenis cakap tak berlapik. Hati kita, dia tak jaga. Hati dia, sensitif pula. Boleh jadi juga dia jenis cepat mara...

Pelajaran Daripada Pernikahan - 2

Image
Pelajaran #2: Melebur Keegoan Merasa lebih baik daripada pasangan adalah sebuah sikap yang akan memunculkan keegoan. Ini menghalang proses mencapai keharmonian rumahtangga. Masing-masing merasa lebih benar. Masing-masing merasa lebih patut dihormati, maka siapa yang akan belajar menghormati? Walaupun suami, tak patut membuat kenyataan bahawa dirinya sentiasa lebih betul, lebih baik, lebih patut didengar pendapatnya. Suami yang mengambil sikap autokratik sebegini selalunya akan berakhir dengan mendapat protes daripada sang isteri. Bukan isterinya tidak mahu buat, bukan isterinya tidak mahu taat, tetapi cara menyuruh itu terlalu kasar, tidak hormat dan tidak memahami keadaan pasangan. Tenang, jangan cepat beremosi. Syaitan pernah berkata kepada Allah, "aku lebih baik dari Adam, Engkau mencipta aku dari api sedang dia engkau cipta dari tanah" . Jika kita ingin mengatakan kepada isteri kita, "aku sentiasa lebih baik darimu, aku suami, engkau isteri" , tidakka...

Belajar Daripada Kisah Musa AS dan Ghulam

Image
Nabi Musa AS lahir ketika kekuasaan Firaun berada di puncaknya. Firaun mengaku dirinya sebagai Tuhan. Sesukar-sukar perjalanan dakwah kita, tidaklah sampai menghadapi seorang raja atau kerajaan yang mengaku diri sebagai Tuhan. Kita harus memahami, bahawa peluang dakwah itu tetap ada dalam kondisi sedahsyat apapun. Jangan menutup ruang dakwah dengan pelbagai alasan tentang persekitaran. Allah telah menggambarkan bahawa dakwah itu berlaku dalam sedahsyat-dahsyat kerajaan Firaun. Begitu juga dalam kisah Ghulam, Allah menghantar seorang budak sahaja untuk berhadapan dengan raja yang mengaku diri sebagai Tuhan. Tidak ada faktor yang dapat dijadikan alasan untuk dakwah itu tidak berjalan. Faktor usia, faktor masa, faktor persekitaran, semuanya tidak harus menolak kita ke belakang. Kita harus siap menyampaikan dakwah sekalipun persekitaran yang ada itu kelihatan sangat rosak dan tidak nampak bibit-bibit kebaikan. Allah tetap melahirkan nabi Musa AS sekalipun ternyata Firaun be...

Pelajaran Daripada Pernikahan

Image
Alam pernikahan adalah sebuah proses kehidupan . Banyak perkara boleh dipelajari, banyak pengalaman boleh ditimba, banyak manfaat boleh diambil. Apabila berbicara soal nikah, memang fikiran selalu membayangkan yang indah, namun harus diingat bahawa langitpun tak sentiasa cerah. Saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang beberapa pelajaran daripada sebuah pernikahan. Walaupun usia pernikahan masih segar (setelah genap 2 bulan hari ini), saya tetap ingin berkongsi. Semoga usaha untuk menyampaikan dalam bentuk penulisan akan membuatkan saya lebih matang, seterusnya memberi manfaat juga kepada para pembaca. Bagi yang akan bernikah, ini sebagai persediaan. Bagi yang sudah bernikah, ini sebagai tazkirah (peringatan). Jika kurang, harap ditambah. Jika salah, harap dibetulkan. Pelajaran #1: Luruskan Niat Niat adalah sebuah perkara pokok dalam kehidupan. Memandangkan pernikahan adalah salah sebuah proses kehidupan (bukan destinasi), maka niat juga harus diberi penekanan dalam ...