Menerima hakikat diri

Kita adalah manusia yang bersifat lemah, penuh dengan kekurangan-kekurangan.seandainya Allah memaparkan segala kelemahan kita di hadapan manusia, nescaya kita tak akan mampu bertemu dengan mereka kerana malu yang tak tertanggung. Allah yang Maha Penyayang menutup kelemahan-kelemahan kita. Kita amat berharap Allah mengampuni segala kesalahan kita dan menutupnya juga di hari kebangkitan.

Kesombongan akan menjadikan manusia hina, sebagaimana Firaun dan Qarun, atau Abu Jahal dan Abu Lahab. Mereka tidak mahu menerima hakikat manusia yang sentiasa harus bergantung kepada Allah. Jika kita mengikut rentak mereka, kita juga akan mengalami kesudahan yang sama.

Rasulullah manusia mulia bahkan sebaik baik makhluk. Namun ketika masyarakat Thaif menolak dakwah dan menghalau baginda, baginda mengangkat tangan penuh khusyuk di hadapan Rabb mengadu akan kelemahan diri dan mengharap redha Ilahi. Kita, tidaklah lebih baik daripada Rasulullah, bahkan lebih patut mengharap redha kerana tiada jaminan akan syurga.

Menerima hakikat kelemahan diri kita bukan bererti harus duduk saja menanti mati tanpa ada upaya penambahbaikan. Tetapi dengan menerima hakikat diri membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh membina kekuatan sedaya mungkin.

Menyedari hakikat diri membuatkan kita tidak tertipu oleh pujian, dan tidak menghina orang lain. Kita juga akan lebih terbuka menerima nasihat dan teguran daripada sesiapapun. Setiap yang dilalui akan menjadi pengajaran bererti yang sentiasa kita ambil manfaat.

Selagi kita tidak sedar akan kelemahan diri dan mengakuinya, kita akan sentiasa terhijab daripada perubahan. Jika tanah tidak subur dengan tanaman, ia bukan masalah air hujan, tetapi masalah tanah yang tidak bersedia untuk menumbuhkan benih.

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Nasihat Adik beradik

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Allah Memberikan Apa Yang Kita Perlu