Meraih Rahmat dan Cinta Ilahi
Saya nak berkongsi suatu pengisian yang saya dapat daripada sebuah ceramah. Semoga bermanfaat untuk para pembaca. Mohon ditambah kalau ada yang kurang dalam perkongsian ini.
Jika nikmat kurniaan Allah adalah berdasarkan kepada amal kita, sudah tentu kita akan gagal dan mengalami defisit amal. Amal kita langsung tidak setimpal dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Mampukah kita membayar nikmat Allah dengan amal-amal kita?
Ketika seorang rahib memohon untuk masuk syurga dengan amalnya beratus tahun, Allah meletakkan sebelah matanya atas sebelah timbangan dan meletakkan segala amalnya di sebelah timbangan yang lain, ternyata timbangan itu lebih berat di bahagian mata. Itu baru nikmat mata, belum terbanding dengan segala nikmat lain yang dianugerahkan. Maka, kurniaan Allah itu adalah atas rahmat dan kasih sayang-Nya, yang menjangkaui kemampuan kita untuk membayar balik dengan apa jua amal. Sungguh, Allah benar-benar pemurah kepada hamba-Nya, sekalipun bagi yang kufur.
Bagaimanakah kita merasa cukup dengan amal yang sedikit, sedangkan banyaknya amalpun masih tidak cukup untuk menggantikan kurniaan Allah kepada kita? Seharusnya kita sentiasa merasa tidak cukup beramal dan berlumba-lumba mencari dan mengerjakan amal yang terbaik yang berat pada timbangan mizan. Kita tidak tahu secara pasti adakah sesebuah amal kita diterima. Maka kita harus berusaha meningkatkan amal dan tidak meremehkan mana-mana amal sekalipun nampak biasa dan kecil. Siapa tahu, amal kita yang ikhlas mengutip sampah dan memasukkan ke dalam tong sampah itu lebih bernilai di sisi Allah berbanding amal kita berceramah tetapi niatnya tidak tulus.
Rasulullah dengan darjat baginda yang tinggi dan mulia, dijamin syurga baginya, tetap saja bersolat malam sampai bengkak-bengkak kaki baginda. Ternyata, ia adalah sebuah tanda syukur seorang nabi kepada Ilah yang Maha Kuasa. Ya, kita harus bersyukur atas segala kurniaan Allah kepada kita. Syukur itulah yang akan mendorong kita untuk terus beramal dan melahirkan cinta. Apabila sudah masuk cinta ke dalam hati, maka kita tidak akan pernah berkira-kira untuk beramal demi Dia yang dicintai.
Apabila cinta, kita akan sentiasa berhubung dengan apa jua cara (yang diajarkan Baginda SAW). Apabila cinta, kita akan sentiasa rindu untuk bertemu. Apabila cinta, kita akan bersedia untuk mengorbankan jiwa raga demi memenuhi perintah-Nya. Apabila cinta, kita akan sentiasa berusaha mengecap redha-Nya yang dicintai. Dia yang tidak lupa memberi kita udara sekalipun kita lupa kepada-Nya dalam kesibukan harian. Dia yang tidak lupa membuatkan jantung kita berdegup sekalipun kita sedang hanyut dalam maksiat. Dia yang tidak lupa membangkitkan kita di pagi hari untuk hidup sehari lagi, sekalipun perkara pertama yang kita ingat apabila terjaga bukanlah Dia.
Ya Allah, rahmatilah kami dan jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dan mencintai-Mu. Jadikanlah cinta-Mu yang paling ingin kami kecapi berbanding cinta makhluk ciptaan-Mu. Berikanlah cinta-Mu kepada kami, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu. Ameen.
Wallahua'lam.

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.