Buatmu Para Pembina
Walau segunung emas kumiliki
takkan mampu kubalas jasa dan bakti
kerana engkau memberi
bukan untuk kubeli
kerana engkau memberi
bukan untuk kubeli
Besarnya amanah engkau galas
segunung harapan engkau lunas
ditemani pengorbanan dan hempas pulas
mengukir kenangan yang membekas
bersama putaran masa berdetik pantas
segunung harapan engkau lunas
ditemani pengorbanan dan hempas pulas
mengukir kenangan yang membekas
bersama putaran masa berdetik pantas
Kejayaan membuatmu gembira
kegagalan mebuatmu turut merasa
ibarat petani gigih menyemai benih
rosaknya tuaian membuatmu sedih
kegagalan mebuatmu turut merasa
ibarat petani gigih menyemai benih
rosaknya tuaian membuatmu sedih
Di sebalik derai tawa
kadang seka air mata
ada jiwa yang terbina
ada ilmu yang dicerna
ada cinta yang membunga
kadang seka air mata
ada jiwa yang terbina
ada ilmu yang dicerna
ada cinta yang membunga
Aku takkan pernah lupa
pada kelembutan jiwa
pada keindahan kata
pada kejujuran cinta
yang penuh pesona
pada kelembutan jiwa
pada keindahan kata
pada kejujuran cinta
yang penuh pesona
Sekalipun engkau derita di dunia
aku mendoakan untukmu SYURGA.
aku mendoakan untukmu SYURGA.
Kutujukan kepada semua pembina insan, pendiri tamadun kemanusiaan berlandaskan petunjuk Tuhan. Moga kalian diganjari pahala yang tidak putus-putus.
“Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya.” (HR Muslim)
Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.