Kegagalan, Anak Tangga Kejayaan

Kegagalan adalah sesuatu yang tidak pernah diharapkan oleh sesiapapun, meskipun ia akan tetap berlaku dan dihadapi dalam kehidupan. Sehebat manapun kita berusaha menolaknya, ia seolah-olah mengekori kita dan menunggu masa untuk berlaku. Tidak bermaksud pula bahawa kita harus berpuas hati dengan kegagalan dan membiarkan ia berlaku, namun ini tentang bagaimana kita memandangnya, dan menghadapinya.

Saya pernah gagal, anda juga pernah gagal. Saya pernah dengar kata-kata, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan. Menarik, saya setuju. Kejayaan yang tidak didahului dengan kegagalan, sukar dirasakan kemanisannya. Bahkan mungkin sukar dihargai sesetengah orang, sehingga mereka terus give-up ketika kejayaan itu lenyap tiba-tiba. Mungkin juga tak mampu terima bahawa mereka telah GAGAL!

Nanti dulu, jangan kecewa dengan terlampau dahsyat (kecewa tu terdetik tak dipinta). Ibarat mendaki gunung, ada ketika kita harus menuruni lembah sebelum sampai kepada bahagian pendakian seterusnya. Begitulah naik-turun bukit demi bukit sebelum sampai ke puncak gunung. Saya suka mengibaratkan itu sebagai fasa perjalanan menuju tujuan dan matlamat. Ada ketika kegagalan itu harus berlaku agar kita lebih bersedia menempuh cabaran kehidupan yang mendatang di hadapan. Begitulah sehingga kita mati, menuju kehidupan abadi.

Kejayaan dan kegagalan itu boleh direlatifkan kepada banyak keadaan. Baik dalam menuntut ilmu, atau perniagaan, atau menghadapi hubungan sesama manusia. Dalam persahabatan misalnya, ada ketika kita bercakar dan bertengkar, namun setelah itu kita lebih memahami satu sama lain. Begitu juga setelah ditipu dalam perniagaan, kita lebih berhati-hati untuk mengambil langkah di masa akan datang. Seterusnya, dalam sekian banyak perkara yang harus kita hadapi dalam hidup ini, kejayaan dan kegagalan akan terus berganding bahu membina kehidupan yang lebih baik.

Pada saya, kegagalan adalah sebuah anugerah, menemani kita dengan penuh pengajaran, sepanjang perjalanan menuju matlamat dan cita-cita.

Wahai yang sering mencuba dan sering gagal, adakah kegagalan akan mematikan usaha anda?

Allah memandang pada pekerjaan dan kesungguhan kita, orientasinya adalah amal. Kita merancang untuk hasil yang terbaik, namun Allah yang menentukan kesudahannya.

Wallahua'lam.

Comments

  1. A man, must be brave enough to walk away!...

    ReplyDelete

Post a Comment

Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.

Popular posts from this blog

Nasihat Adik beradik

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Allah Memberikan Apa Yang Kita Perlu