Selagi Ada Waktu...

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Lama sunggu rasanya tak menulis. Alhamdulillah, masih ada ruang dan kesempatan untuk berkongsi sebutir dua kata-kata. Saya mula menulis di blog ini, hampir sama waktunya dengan saya mula belajar di UIA Kuantan, sejak 2007. Cepat sekali rasanya waktu berlalu, sekarang dah 2011. Sedar tak sedar, dah dekat 4 tahun lamanya. Besok, insyaALLAH akan menduduki peperiksaan terakhir (jika tak ada yang gagal, hehe) untuk sepanjang tempoh pengajian ijazah di UIA Kuantan.

Bila melihat abang-abang senior yang dah graduate, yang dah bekerja atau sambung master, rasa muda lagi diri ni. Bila tengok pulak adik-adik yang baru semester 1 menduduki peperiksaan, rasa macam dah veteran pula. Kitaran hidup ini, begitulah...

Bila kita belum melalui sesuatu, kita rasa nak cepat je sampai. Bila kita dah melepasinya, kita rasa macam nak kembali balik kepada titik asal, kerana nak melakukan lebih baik daripada apa yang kita telah lakukan. Nak menebus segala kelalaian dan nak memperbaiki segala kesilapan. However, it won't work that way. Hidup ini akan terus berlalu, dan kita tak ada pilihan melainkan untuk terus berjalan ke depan, tak mampu berpatah balik.

Selagi ada waktu yang Allah kurniakan kepada kita, selagi itulah kita berkesempatan untuk membuat persediaan, menghadapi kematian. Ya, apa sahaja yang bakal kita lalui dalam kehidupan ni, at the end, kita tetap akan mati dan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya menanti kita. Whether yang menanti tersebut adalah azab seksa kerana kelalaian kita, atau syurga...

Menyesali apa yang telah lepas, tak ada gunanya, jika tidak ada apa-apa yang boleh kita ambil pengajaran untuk kehidupan sekarang ini. Yang telah lepas, ya, biarkanlah ia lepas. Apa yang lebih penting, sekarang ini, dan kehidupan yang bakal kita lalui ke hadapan.

Sepertimana kehidupan kita yang telah kita jalani di masa lepas, yang ketika ini terasa sangat singkat dan dekat (ibarat baru semalam bermain lastik burung dengan kawan-kawan, main tuju kasut, main gasing..), seperti itulah masa depan itu akan datang kepada kita dengan sangat cepat. Apakah setelah kita sampai di titik kehidupan yang lebih depan, kita akan menyesali lagi kehidupan yang sedang kita lalui sekarang?

Ah, kita tahu waktu itu tak pernah berhenti dan kita pasti mati. Namun, mengapa hati masih lagi tak mahu menyedari dan beramal untuk menghadapi mati?

Selagi ada waktu...selagi ada rindu...

Eh silap, itu lirik lagu. Selagi ada waktu, selagi itu ada amanah.

Wallahua'lam.

Comments

Post a Comment

Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.

Popular posts from this blog

Nasihat Adik beradik

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Allah Memberikan Apa Yang Kita Perlu