Hamba Yang Merdeka
Kita hamba, kepada siapa?
Kita sedang dijajah apabila menjadikan diri hamba kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Sebaliknya, kita merdeka apabila menjadikan diri hamba kepada Allah. Hakikatnya, kita memang hamba Allah. Namun kita seringkali lalai dan diperhambakan oleh selain Allah. Islam datang dan memerdekakan manusia dengan menghapuskan perhambaan kepada makhluk dan selain Allah. Kelalaian kita menyedari hakikat ini menyebabkan kita sering merasa terpenjara, terikat dan terkongkong walaupun memiliki kebendaan yang hebat dan mampu memenuhi setiap keinginan diri. Persoalan kita hamba kepada siapa sudah lama terjawab. Sekarang kita harus membuat pilihan, sama ada ingin menjadi hamba yang ta’at atau yang ingkar. Apapun pilihan kita, ia sama sekali tidak menjejaskan Allah, penguasa segala hamba. Allah menawarkan kemerdekaan, jangan pula kita memilih keterikatan kepada makhluk dan kebendaan lalu meletakkan diri di dalam kebinasaan.
Nilai seorang hamba Allah
Seorang hamba akan terus melaksanakan segala perintah tuannya sekalipun sukar atau dibenci orang lain. Seorang hamba Allah itu tidak merasa hina disisi manusia selagi ia melakukan pekerjaan yang diredhai, bahkan diperintahkan oleh Allah. Ia akan sentiasa siap menerima dengan patuh apa saja arahan daripada Allah tanpa sedikitpun keraguan ataupun penentangan. Ini menjadikan seorang hamba Allah itu dapat berjalan di tengah-tengah kelompok manusia tanpa sedikitpun rasa takut dan gentar kepada selain Allah.
Tidak ada perintah yang lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah Allah. Maka seorang hamba Allah takkan sekali-kali melakukan sesuatu untuk memuaskan orang lain, sekalipun dirinya sendiri sedangkan Allah murka kepadanya. Ia merdeka daripada keterikatan kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Kebergantungannya hanya kepada Allah yang semakin hari semakin kuat, sehingga ia mampu hidup berdikari dan tidak mengharap ihsan orang lain. Cukuplah Allah sebagai pelindung baginya.
Itulah nilai seorang hamba Allah, makin hari makin tenang dalam dakapan kasih sayang Allah.
Hamba Allah yang sejati
Mari kita hayati Firman Allah dalam surah Al-Furqan ayat 63 – 76:
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk”;
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.
(Al-Furqan: 63 – 76)
Cukup jelas firman Allah berkenaan dengan ciri-ciri hamba Allah yang sejati. Janganlah kita lalai lagi, marilah bersama-sama memilih untuk menjadi hamba yang taat dan mengejar syurga Allah. Marilah menuju kemerdekaan yang ditawarkan oleh Allah buat hamba-Nya. Merdeka daripada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan.
Kesimpulannya, Jadilah “HAMBA YANG MERDEKA"!

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.