Konsistensi
Konsistensi merupakan anak kunci kepada kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Orang yang konsisten mampu bertahan lama dalam sesebuah amal walaupun sedikit. Dalam Islam, konsep ‘Istiqamah’ telah lama diajarkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasul dalam sabdanya. Istiqamah adalah konsisten, tetap pendirian, teguh dan tidak berubah dalam melakukan atau mempertahankan sesuatu. Dalam melakukan apa jua amal, istiqamah sangat penting supaya matlamat yang dikehendaki daripada amal tersebut tercapai. Bukan sahaja dalam beramal, namun juga dalam mempertahankan kebenaran. Boleh jadi kita meninggalkan sesuatu amal atau pendirian kerana tidak terasa kesannya. Atau mungkin kita tidak terasa kesannya kerana tidak istiqamah. Yang mana yang betul? Mari kita meneroka hati dan berbicara tentang konsistensi atau istiqamah.
Semangat yang naik turun dalam beramal itu biasa berlaku pada siapa-siapa sahaja, sekalipun kepada para pejuang agama atau seorang da’i. Bagi pemuda yang semangatnya sentiasa berkobar-kobar, kita tidak dapat menolak kemungkinan bahawa semangat itu akan jatuh dengan tiba-tiba pada keadaan-keadaan tertentu dan kemudiannya naik kembali pada keadaan yang lain. Fluctuation dalam beramal ini adalah salah satu daripada bentuk ujian keimanan. Tidak ada istilah mujahadah jika kita sentiasa merasa mudah untuk beramal dan bertenaga sepanjang masa. Sabda Rasulullah:
“Bagi setiap amal itu ada masa semangat dan bagi setiap masa semangat itu ada masa futur (lemah). Barangsiapa ketika futurnya masih dalam garisan Sunnahku, maka dia akan diberi petunjuk. Dan barangsiapa ketika futurnya melampaui (daripada garis sunnah), maka hancurlah dia.” (HR Ibnu Hibban)
Ertinya graf amal kita itu ada naik turunnya. Selagi mana kita bermujahadah tatkala semangat menurun, dan berusaha untuk terus menjunjung perintah Allah dan Rasul, kita akan kembali mendapatkan tenaga. Namun, jika kita berpaling dan terus berputus asa daripada Rahmat Allah, musnahlah kita. Dalam kata yang mudah, jika kita bersemangat maka beramallah, dan jika kita tidak bersemangatpun, tetaplah beramallah walaupun tak terasa. Mudah-mudahan kita akan memulihkan kembali semangat yang hilang.
Istiqamah tak semudah bicara lisan. Kita memerlukan kefahaman dan keazaman untuk dapat terus bertahan.

Comments
Post a Comment
Apa pandangan anda? Kongsikan bersama pembaca yang lain.